Pemilik Blog

Pemilik Blog
Ust Kama (PerenungLangit)

TAQWIM HIJRI

Waktu Malaysia

WAKTU SOLAT

TEACHERS ONLINE

IDME E-OPERASI SPLKM HRMIS EHASIL PenyataGaji apdm NKRA(KEBERHASILAN) FROG VLE Pajsk

PDPR 2024

Blog PDPR PDPR Kedah SpKedah Hantar RPH SKSS

LAMAN ARAB

AL_QARADHAWI Al-Meshkat Islamweb Islam Online LiveIslam Soidul Fawaid Toriqul Islam Al-Islam Islamqa Multaqa Ahlul Hadis Toriqut Taubah Zadul Ma'ad Mausu'ah Al-I'jaz Al-Ilmi Nidaul Iman Lahaonline Sahab.net Al-Sunnah.com Al-Sunnah.com

PORTAL PILIHAN

AKSESORI

Facebook BOX.NET Youtube Imageshack Babylon translation Merriam Webster Online Kamus Online Bahasa Arab Online Dictionary: English-Malay Ujia Kecepatan Menaip Mediafire Rapidshare 4Shared Ziddu Slide Filehippo 2Shared 2Shared PDFChaser MIXPOD Al-Ma'ani EVERNOTE BOX.NET Photobucket Photobucket Photobucket Unit Coverter

Rujukan

Hikayat dan legenda yang diwarisi

September 29, 2009


Dalam satu sesi pengajaran…

“Kamu semua kenal Hang Tuah?”Aku bertanya kepada murid-muridku

“Kenal ustaz…”mereka membala, yakin.

“Daripada mana kamukenal dia?”

“Dari buku cerita, ustaz…

“Kamu percaya Hang Tuah itu ada? Aku mencuba keyakinan mereka

“Percaya, ustaz…”begitu pasti mereka menyahut.

“Hang Tuah hanyalah sebuah hikayat…boleh jadi ada…boleh jadi tiada…seperti cerita-cerita hikayat yang lain…hikayat Malim Deman,hikayat burung Bayan dan sebagainya…”, aku membalas.

“Tapi…bukahkah ada ceritanya dalam buku ustaz?”seorang murid tak berpuas hati.

“Ya…dengarkan pantun ustaz…” aku membacakan sebuah pantun.

Kelip kelap kusangka api

Kalau api mana dapurnya

Hilang lenyap kusangka mati

Kalau mati mana kuburnya.

“Adakah kamu tahu di mana kubur Hang Tuah?” lanjutku sesudah itu.

“Hang Tuah dah lama meninggal ustaz…macam mana nak cari kuburnya…” seorang murid yang lain memberi alasan.

“Nabi Muhammad dan sahabatnya Abu Bakar,Umar dan lain-lain lebih lama meninggal dahulu sebelum Hang Tuah, tapi kubur mereka ada di Madinah….”aku mengingatkan.

“Jadi…Hang Tuah itu mungkin ada…mungkin tiada…sebab ia adalah sebuah hikayat….” Lanjutku.

“Ustaz macam mana dengan mahsyuri?” seorang murid melabarkan persoalan ke seorang takoh silam yang lain.

“Cerita Mahsyuri itu sebuah legenda…legenda itu cerita dongeng…

“Tapi bagaimana dengan sumpahan mahsyuri?” seorang murid yang terbilang cerdik dalam kelas bertanya.

“Sumpahan itu hanya cerita orang tua-tua. Itu cuma legenda. Kamu selalu menonton cerita legenda yang sering ditayang dalam TV? cerita legenda dari Indonesia,” soalku.

“Ya ustaz…selalu…”

“Cerita-cerita itu adalah legenda. Mahsyuri mungkin ada…tetapi cerita mengenainya yang mati dibunuh dan keluar darah putih,sumpahannya menjadikan Langkawi padang jarak padang tekukur 7 keturunan…adalah tokok tambah yang melengkapkan sebuah legenda…”

Demikianlah cerita-cerita yang mempengaruhi bangsa ini. Orang tua-tua kita bukan ahli dalam menulis cerita. Mereka hanya mendengar cerita daripada nenek moyang mereka. Cerita yang berpindah dari satu mulut ke satu mulut sebelum sampai ke zaman ia mula ditulis, sudah banyak ditokok tambah dengan pelbagai dongeng,mitos, legenda dan kadang-kadang sampai ke peringkat tahayyul.

"Kita sebagai generasi baru yang mendapat pelajaran perlu menilai setiap cerita dan tidak menerimanya dengan mudah.Kita lebih pandai dan berpelajaran berbanding nenek moyang kita yang terdahulu..." , demikianlah aku memberitahu murid-muridku dalam sesi hari ini.

0 comments:

Post a Comment