Gerai itu terletak di tepi jalan Sg. Batang. Ia merupakan sebuah gerai menjual air tebu segar. Aku singgah untuk membeli air tebu di situ bersama Ust Sukri pada bulan Ramadhan yang lalu. Melihat gerai itu tertulis "Air tebu segar" kami ingin sekali mencicipi kesegarannya waktu berbuka. Sejauh mana kesegarannya. Seorang anak muda menjaga gerai tersebut sementara rumah keluarganya tidak jauh dari situ.
"Mana dapat tebu ?", tanya ust Sukri.
"Tanam sendiri...", jawap pemuda itu.
"Kami mahu tebu yang asli...tiada dicampur air..ada ke?"aku bertanya.
"Ada...nanti, tengah mesin...", jawabnya sambil menunjukkan ke arah rumahnya nun di kejauhan. Kelihatan seseorang sedang sibuk dengan mesin perahan air tebu. Aku kira tentu bapanya.
Perbualan kami menjuruskan ke arah perniagaan air tebu. Ketika ditanya mengenai purata jualannya sehari, dia memberitahu sehari jualan air tebunya mencapai RM200.00. Katanya ramai yang mencari air tebu segar. Sebotol mineral 1 liter dijualnya RM4.00. tapi hari itu, dia jual kepada kami RM3.00 seliter.
Kalau RM200.00 sehari, sebulan RM6000.00. Aku mencongak. Nampak aja gerai air tebu biasa tetapi pulangan perniagaan boleh tahan.
Sesungguhnya razeki Allah ada di mana-mana. Sekiranya kita mengambil iktibar daripada keberhasilan anak muda itu dan perniagaannya, apalah hendak dirisaukan dengan razeki. Ia ada di mana-mana asalkan rajin berusaha. Allah maha kaya dan Dia menaburkan di sana sini buat manusia.
0 comments:
Post a Comment