Pemilik Blog

Pemilik Blog
Ust Kama (PerenungLangit)

TAQWIM HIJRI

Waktu Malaysia

WAKTU SOLAT

TEACHERS ONLINE

IDME E-OPERASI SPLKM HRMIS EHASIL PenyataGaji apdm NKRA(KEBERHASILAN) FROG VLE Pajsk

PDPR 2024

Blog PDPR PDPR Kedah SpKedah Hantar RPH SKSS

LAMAN ARAB

AL_QARADHAWI Al-Meshkat Islamweb Islam Online LiveIslam Soidul Fawaid Toriqul Islam Al-Islam Islamqa Multaqa Ahlul Hadis Toriqut Taubah Zadul Ma'ad Mausu'ah Al-I'jaz Al-Ilmi Nidaul Iman Lahaonline Sahab.net Al-Sunnah.com Al-Sunnah.com

PORTAL PILIHAN

AKSESORI

Facebook BOX.NET Youtube Imageshack Babylon translation Merriam Webster Online Kamus Online Bahasa Arab Online Dictionary: English-Malay Ujia Kecepatan Menaip Mediafire Rapidshare 4Shared Ziddu Slide Filehippo 2Shared 2Shared PDFChaser MIXPOD Al-Ma'ani EVERNOTE BOX.NET Photobucket Photobucket Photobucket Unit Coverter

Rujukan

Kahar Al Kazzab ditangkap

September 16, 2009

Inilah Kahar Al-Kazzab

Seorang lelaki yang mendakwa dirinya Rasul bagi bangsa Melayu bernama Abd Kahar Ahmadhari ini dilaporkan telah ditangkap dab bekal berhari raya dalam penjara (itupun kalau dia menyambut hari raya anjuran nabi Muhammad SAW).

Sumber berita:BERNAMA

Gejala munculnya individu yang mendakwa dirinya sebagai nabi, rasul, imam mahdi, nabi Isa, pemuda Bani Tamim dan sebagainya tidak pernah berhenti. Sejak zaman dahulu hingga kini, terus ada orang yang mendakwa dirinya antara insan pilihan yang tersebut. Ironinya, biarpun dakwaan terdahulu telah dibanteras dan muncul dakwaan baru, orang yang mempercayainya dan mendukung dakwaannya terus ada. Lebih malang lagi, kalangan yang mendokong dan mempercayai dakwaan palsu tersebut adalah mereka yang mengakui dirinya Islam dan beriman dengan nabi Muhammad SAW.

Sedangkan, mengimani bahawa nabi Muhamamd adalah rasul terakhir yang diutuskan Allah SWt adalah antara sendi pentinmg dalam beragama dengan agama Islam. Allah telah berfirman dengan satu penjelasan muktamad mengenai noktah kenabian dan ke rasulan sebagaimana dalam surah Al-Ahzab, ayat 40:

مَا كَانَ مُحَمَّدٌ أَبَا أَحَدٍ مِنْ رِجَالِكُمْ وَلَكِنْ رَسُولَ اللَّهِ وَخَاتَمَ النَّبِيِّينَ وَكَانَ اللَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيماً

"Bukanlah Muhammad itu bapa mana-mana lelaki dari kalangan kamu, akan tetapi adalah Rasul Allah dan penutup segala nabi-nabi dan Allah adalah maha mengetahui segala sesuatu".

Sebuah hadis yang terdapat dalam Saheh Bukhari dan Muslim diriwayatkan daripada Abi Hazim, beliau berkata bahawa beliau telah duduk selama bertahun dengan Abu Hurairah dan beliau mendengar Abu Hurairah telah berkata bahawa Rasulullah telah bersabda:

كانت بنو إسرائيل تسوسهم الأنبياء كلما هلك نبي خلفه نبي، وإنه لا نبي بعدي

"Adalah Bani Israil itu diperintah oleh nabi-nabi yang ramai. Setiap kali wafat seorang nabi, digantikan nabi yang lain sesudahnya. Dan sesungguhnya tiada lagi nabi sesudahku".

Kenyataan bahawa tiada lagi nabi sesudah nabi Muhammad SAW adalah satu kesepakatan di kalangan ulama Islam. Apabila Rasulullah wafat dan kepimpinan negara diambil alih oleh Abu bakar, antara perkara pertama yang dilakukannya adalah memerangi Musailamah Si Pendusta yang mengaku dirinya nabi. Demikian juga Sajah yang mengakui nabi wanita. Para sahabat tidak pernah meredhai orang yang mengakui nabi sesudah nabi Muhammad bermaharaja lela di atas muka bumi dan menyesatkan manusia.

Terdapat madah berhelah yang cuba dimainkan oleh golongan sesat ini dengan mengatakan bahawa sememangnya tiada lagi nabi sesudah nabi Muhammad tetapi masih ada rasul. Pintu kenabian telah ditutup tetapi pintu kerasulan belum ditutup. Barangkali atas logik bodoh sebeginilah si Kahar mengaku dirinya sebagai rasul Melayu.

Jika orang-orang ini faham konsep kenabian tentu tidak akan bermadah putarbelit sebegini. Adalah jelas bahawa setiap rasul adalah nabi. Mana mungkin seseorang itu menjadi rasul kalau tidak nabi. Rasul diperintahkan menyampaikan dakwah sedangkan nabi tidak. Justeru, apakah seorang rasul hanya diperintah menyampaikan dan tidak perlu untuk diri sendiri?

Malangnya...masih ramai yang terpedaya. Si Kahar itu berjaya mengumnpulkan lebih 50 juhala untuk menjadi pendokongnya. Terdahulu, Ayah Pin yang terang sesat itu pun diberitakan mempunyai pendokong lebih 20 ribu orang!


0 comments:

Post a Comment