Pemilik Blog

Pemilik Blog
Ust Kama (PerenungLangit)

TAQWIM HIJRI

Waktu Malaysia

WAKTU SOLAT

TEACHERS ONLINE

IDME E-OPERASI SPLKM HRMIS EHASIL PenyataGaji apdm NKRA(KEBERHASILAN) FROG VLE Pajsk

PDPR 2024

Blog PDPR PDPR Kedah SpKedah Hantar RPH SKSS

LAMAN ARAB

AL_QARADHAWI Al-Meshkat Islamweb Islam Online LiveIslam Soidul Fawaid Toriqul Islam Al-Islam Islamqa Multaqa Ahlul Hadis Toriqut Taubah Zadul Ma'ad Mausu'ah Al-I'jaz Al-Ilmi Nidaul Iman Lahaonline Sahab.net Al-Sunnah.com Al-Sunnah.com

PORTAL PILIHAN

AKSESORI

Facebook BOX.NET Youtube Imageshack Babylon translation Merriam Webster Online Kamus Online Bahasa Arab Online Dictionary: English-Malay Ujia Kecepatan Menaip Mediafire Rapidshare 4Shared Ziddu Slide Filehippo 2Shared 2Shared PDFChaser MIXPOD Al-Ma'ani EVERNOTE BOX.NET Photobucket Photobucket Photobucket Unit Coverter

Rujukan

Kampung Sibugal Besar-Masih menanti jalan beraspal

September 23, 2008


Aku telah lama memikirkan untuk membuat catatan ini. Sedikit catatan tentang tempat berkhidmat baruku. Itulah sebuah kampung bernama Sibugal Besar.
Menulis sesuatu memang punya resiko yang tersendiri. Namun, berfikir tentang resiko, kita tidak ada satu apapun yang boleh kita lakukan. Justeru...aku menetapkan bahawa aku akan menulis segalanya yang hatiku ingin menulisnya.


Kampung Sibugal Besar tidak jauh sangat daripada bandar Sandakan. Di sana terletaknya Sk. Sibugal Besar. Dari jalan Sg Batang, untuk sampai ke sekolah tersebut jaraknya sekitar 2 KM. Menurut anggaran rambang yang aku petik dari sumber perbualan dengan beberapa individu yang telah lama menghuni kampung tersebut, penduduk kampung Sibugal Besar mencecah 5 ribu orang dan kebanyakannya berketurunan Kagayan.
Jalan masuk ke kampung Sibugal Besar, sehingga hari ini belum berturap. Aku mencongak tahun berapa sekarang dan berapa lama sudah negara merdeka. Tahun 2008, sudah 51 tahun negara merdeka. Jalan ke kampung Sibugal Besar masih berbatu, dengan lopak-lopak takungan air berlumpur di musim hujan dan menebarkan debu-debu kuning dan merah di musim kemarau. Jika kampung Sibugal Besar terletak nun jauh di ulu Sabah, ia tidak menghairankan, tetapi ia terletak sekitar 10 batu dari Pusat Bandaraya Semulajadi Sandakan. Di mana silapnya maka sehingga kini jalannya masih belum berturap?
Aku sempat mendengar keluhan warganya. Kata mereka, menjelang pilihanraya 2008 baru-baru ini, kerja-kerja mengukur telah dimulakan. Jentera-jentera yang bakal digunakan bagi tujuan menurap jalan telah di bawa masuk ke kampung Sibugal Besar.Ketika itu, warga tersenyum syukur kerana penantian bertahun akhirnya membuahkan hasil. Tetapi, sebaik sahaja pilihanraya tamat, penantian mereka terus menjadi penatian tak berpenghujung. Harapan tinggal harapan apabila semua jentera dibawa keluar dan semua kerja-kerja menurap yang sepatutnya bermula tidak juga bermula.
Barangkali...penantian perlu dilanjutkan lagi untuk 4 tahun mendatang!

3 comments:

Anonymous said...

askum..ust .Saya merupakan bekas pelajar Sk sibugal besar 1996,dan tinggal di kg sungai batang.Pastinya ust melihat perbezaan ketara antara kg sungai batang dan sibugal besar yang cuma berjiran cuma.tidak dinafikan projek pembangunan di kg sibugal sentiasa terbantut.Tapi kg sungai batang sudah gah dengan jalan aspalnya,dan kini sudah jadi tapak pendidikan terbesar di sandakan.Alhamdulllah,kini kg sibugal besar sudah mula mendapat perhatian....cuma satu harapan saya agar kg Gayan Baru(Bakau) juga mendapat perhatian dari pihak kerajaan.Kg Gayan Baru kini yang terletak di hujung Kg sibugal besar masih menunggu ihsan kerajaan...buat Ust...selamat berkhidmat...penduduk Kg sibugal besar setahu saya,sangat menghormati gilongan pendididk yang datang ke sini.....

PERENUNG LANGIT said...

Ya, Alhamdulillah...kini jalan telah berturap cantik. Tahniah dan syabas buat mereka yang terlibat.

Anonymous said...

ASKUM
MELALUI KOMEN SAYA PADA 24 DEC 2010

RUMAH SAYA DI KG SUNGAI BATANG TELAH DIROBOHKAN UNTUK PROJEK PENDIDIKAN.KINI KG SUNGAI BATANG TELAH BERWAJAH BARU.RATA2 PENDUDUKNYA TELAH BERPINDAH KE BATU 16 DAN SEBILANGAN LAGI MEMBINA RUMAH DI KG GAYAN BARU,SIBUGAL BESAR.HAMPIR 2 TAHUN BERLALU,KESUSAHAN PENDUDUK YANG MENDUDUKI KG GAYAN BARU MULA BERKURANG.TETAPI KEMUDAHAN UNTUK ORANG DI SINI MASIH SEPI.ORANG TUA SAYA ANTARA YANG TERAWAL MEMBINA RUMAH DI SINI.HAMPIR SETAHUN BERGELAP,MENYAMBUNG ELEKTRIK DAN MEMBELI AIR PAIP KE RUMAH LAIN,AKHIRNYA KAMI MEMBUAT KEPUTUSAN MEMASANG AIR DAN ELEKTRIK SENDIRI.MEMASANG ELEKTRIK SAHAJA KAMI MENELAN KOS LEBIH 5 RIBU KERANA PERLU MEMBELI TIANG ELEKTRIK SENDIRI.JALAN SEMEN UNTUK KEGUNAAN ORANG SEKITAR ADALAH IHSAN ABANG SAYA YANG KERJA DI SYARIKAT PEMBINAAN,SEMEN YANG DI TABUR LEBIH 6@7 KALI MENUTUPI JALAN DENAI YANG BECAK.BUKAN MEMBANGGA DIRI,CUMA KAMI MASIH BERHARAP IHSAN UNTUK MERENUNG DAN MELIHAT CERITA ORANG KAMI DI SINI,YANG RATA2 PENGHUNINYA ADALAH PENGUNDI TEGAR BN.

Post a Comment