Pada satu hari Rasulullah telah lalu dua kubur lalu baginda bersabda kepada para sahabatnya:
إِنَّهُمَا لَيُعَذَّبَانِ وَمَا يُعَذَّبَانِ مِنْ كَبِيرٍ ثُمَّ قَالَ : بَلَى أَمَّا أَحَدُهُمَا فَكَانَ يَسْعَى بِالنَّمِيمَةِ وَأَمَّا أَحَدُهُمَا فَكَانَ لا يَسْتَتِرُ مِنْ بَوْلِهِ قَالَ : ثُمَّ أَخَذَ عُودًا رَطْبًا فَكَسَرَهُ بِاثْنَتَيْنِ ثُمَّ غَرَزَ كُلَّ وَاحِدٍ مِنْهُمَا عَلَى قَبْرٍ ثُمَّ قَالَ : لَعَلَّهُ يُخَفَّفُ عَنْهُمَا مَا لَمْ يَيْبَسَا
Mafhumnya: "Sesungguhnya kedua-dua ahli kubur ini sedang disiksa dan mereka disiksa bukan kerana dosa besar". Kemudian baginda menambah:Adapun yang seorang disiksa kerana namimah (fitnah/adu domba) dan yang seorang lagi disiksa kerana tidan beristibra' ketika kencing". Kemudian baginda mengambil satu dahan pohon yang hijau lalu dipecahkan kepada dua lalu dipacak setiap satu atas kubur dan baginda bersabda: "Mudahan diringankan daripada azab kedua-duanya selagi dahan hijau ini tidak kering".
(Bukhari dan Muslim)
Hadis ini menjadi dalil bahawa mayat dalam kubur boleh diringankan azab. Tetapi, apa kaitannya dengan dua dahan hijau tadi?
Ada pendapat mengatakan kerana dua dahan tersebut bertasbih dan tasbih meringankan azab . Namun, apakah dahan hanya bertasbih sementara ia masih hijau?ini tidak benar kerana semua benda bertasbih sama ada yang hijau atau kering sebagaimana firman Allah SWT dalam surah Al-Israk, ayat 44:
( تسبح له السموات السبع والأرض ومن فيهن وإن من شيء إلا يسبح بحمده ولكن لا تفقهون تسبيحهم )
Maksudnya: Tujuh petala langit dan bumi serta mereka yang ada di dalamnya bertasbih kepada Allah. Tiada sesuatu apapun melainkan semuanya bertasbih memujinya, namun kamu tidak memahami ucapan tasbih mereka.
Justeru, daun hijau itu lebih merupakan syafaat Rasulullah SAW yang khusus untuk baginda.
0 comments:
Post a Comment