Pemilik Blog

Pemilik Blog
Ust Kama (PerenungLangit)

TAQWIM HIJRI

Waktu Malaysia

WAKTU SOLAT

TEACHERS ONLINE

IDME E-OPERASI SPLKM HRMIS EHASIL PenyataGaji apdm NKRA(KEBERHASILAN) FROG VLE Pajsk

PDPR 2024

Blog PDPR PDPR Kedah SpKedah Hantar RPH SKSS

LAMAN ARAB

AL_QARADHAWI Al-Meshkat Islamweb Islam Online LiveIslam Soidul Fawaid Toriqul Islam Al-Islam Islamqa Multaqa Ahlul Hadis Toriqut Taubah Zadul Ma'ad Mausu'ah Al-I'jaz Al-Ilmi Nidaul Iman Lahaonline Sahab.net Al-Sunnah.com Al-Sunnah.com

PORTAL PILIHAN

AKSESORI

Facebook BOX.NET Youtube Imageshack Babylon translation Merriam Webster Online Kamus Online Bahasa Arab Online Dictionary: English-Malay Ujia Kecepatan Menaip Mediafire Rapidshare 4Shared Ziddu Slide Filehippo 2Shared 2Shared PDFChaser MIXPOD Al-Ma'ani EVERNOTE BOX.NET Photobucket Photobucket Photobucket Unit Coverter

Rujukan

Wahai pemuda Hizbut Tahrir

September 30, 2008

Abstrak
"Sebenarnya aku bukan suka berdebat dengan pemuda hizbi ini. Berdebat tidak menghasilkan apa-apa. Sekarang bukan masa kita berdebat mengenai siapa betul dan siapa salah. Sekarang adalah masa berkerja. Allah swt tidak akan menilai seseorang dengan melihat idea canggihnya tentang ummat Islam sejagat, tetapi Allah akan menilai apa yang orang itu lakukan untuk ummat Islam sejagat".
Seorang pemuda hizbi menghantar sms kepadaku memaklumkan bahawa anak bulan Syawal telah kelihatan di beberapa buah negara di timur tengah. Oleh itu pada hari ini adalah hari raya. Dia pun mengucapkan selamat hari raya.
Aku membalas sms tersebut dengan mengatakan bahawa jika anda yakin hari ini hari raya, silakan berbuka. Tetapi perlu diingat bahawa tidak berpuasa satu hari dalam bulan Ramadhan adalah dikira dosa besar. Pemuda tersebut membalas pula mengatakan bahawa berpuasa pada 1 Syawal pula adalah haram.
Aku sms pula mengatakan bahawa meninggalkan satu hari Ramadhan adalah dosa besar tetapi berpuasa pada hari yang diharamkan seperti 1 Syawal bukanlah dosa besar. Pilihlah...kataku.
Demikianlah dilema pemuda yang terpengaruh dengan idea hizbut tahrir. Mereka berpendirian bahawa jika ada sebuah negara telah nampak anak bulan sama ada Ramadhan atau Syawal, umat Islam seluruh dunia hendaklah mengambilnya sebagai ru'yah yang digunapakai untuk menentukan awal ramadhan atau Syawal. Mereka membawa idea penyatuan ru'yah ke arah penyatuan Islam yang bernaung di bawah seorang khalifah. Padahal, penyatuan rukyah yang didendangkan itu membawa perpecahan pula.
Sungguh merisaukan memikirkan kecenderungan golongan ini dalam beberapa isu.
Soal penentuan Ramadhan dan hari raya dengan ru'yah ini telah dibahaskan oleh para ulama. Sebuah hadis yang menjadi sandaran untuk memahami isu ini ialah;
الصوم يوم تصومون والإفطار يوم تفطرون والأضحى يوم تضحون
Maksudnya: Puasa itu ialah pada hari di mana kamu semua berpuasa dan berbuka (hari raya )adalah pada hari di mana kamu semua berbuka dan hari raya kurban adalah pada hari di mana kamu semua berkurban.(hadis Riwayat Abu Daud dan Tirmizi dan disahihkan oleh Albani)
Hadis ini membawa maksud kita wajib berpuasa bersama orang lain yang berpuasa di negeri kita dan berhari raya bersama mereka. Kalau ia membawa maksud kesatuan ru'yah, tentu ia telah diperintahkan oleh Rasulullah pada zamannya.
Syeikh Usaimin mengatakan bahawa bulan digunakan untuk menentukan waktu bulanan dan matahari digunakan untuk menentukan waktu harian.
Bulan digunakan dalam menentukan imsak dan berbuka sebulan Ramadhan, manakala matahari digunakan untuk menentukan waktu imsak dan berbuka setiap hari. Setiap negeri berbeza dari segi waktu imsak dan berbuka setiap hari, maka, demikianlah setiap negeri juga berbeza waktu imsak dan berbuka bagi sebulan Ramadhan.
Dalam Al-Quran, surah Al-Baqarah, Ayat 187
وَكُلُوا وَاشْرَبُوا حَتَّى يَتَبَيَّنَ لَكُمُ الْخَيْطُ الأَبْيَضُ مِنَ الْخَيْطِ الأَسْوَدِ مِنَ الْفَجْرِ ثُمَّ أَتِمُّوا الصِّيَامَ إِلَى اللَّيْلِ
(Dan makan serta minumlah sehingga jelas bagimu benang putih (waktu siang) di antara benang hitam (waktu malam) iaitu waktu fajar, kemudian sempurnakanlah puasa sehingga malam (maghrib)".}
Dan sabda Rasulullah SAW:
إِذَا أَقْبَلَ اللَّيْلُ مِنْ هَا هُنَا ، وَأَدْبَرَ النَّهَارُ مِنْ هَا هُنَا ، وَغَرَبَتْ الشَّمْسُ فَقَدْ أَفْطَرَ الصَّائِمُ
(Apabila malam datang dari arah sini (timur) dan siang belalu dari sini (Timur) dan tenggelamlah matahari, maka sesungguhnya boleh berbukalah oleh orang yang berpuasa)
Kata Syeikh Usaimin: "Tidak mungkin seseorang boleh mengatakan bahawa dua dalil di atas adalah terpakai untuk semua orang Islam di semua negara secara serentak!
Kesimpulannya, ummat ini telah berlalu 14 kurun dan belum pernah terjadi penyatuan ru'yah. Perbezaan ru'yah pada zaman dahulu tidak mendatangkan akibat perpecahan. Mengapa pula hari ini datang segolongan umat ini mengajak ke arah penyatuan ru'yah dan mendakwa ia adalah untuk penyatuan Islam. Apakah ummat pada zaman dahulu berpecah belah dengan sebab berbeza ru'yah?

Rujukan
Islamqa
Islam online:1, 2 ,3

3 comments:

Anonymous said...

assalamualaikum, ust kama

boleh baca link ini ya ust

http://www.mykhilafah.com/fikih/1555-persoalan-berkenaan-penetapan-awal-dan-akhir-ramadan-dengan-ruyatul-hilal

Anonymous said...

Penetapan Awal Akhir Ramadhan Dan Persatuan Umat Islam


Perbezaan penetapan awal dan akhir Ramadhan masih menyisakan persoalan di kalangan kaum muslim. Meskipun harusnya tidak menjadi masalah, akan tetapi tidak urung muncul pro dan kontra tengah-tengah masyarakat. Untuk itu, kami merasa perlu untuk menjelaskan perbezaan pendapat itu, sekaligus teknik untuk mentarjih, mana pendapat yang selayaknya diikuti oleh masyarakat.


http://www.opensubscriber.com/message/islah-net@yahoogroups.com/2290446.html

Anonymous said...

Penulis Sgt keliru dlm berhujah

Post a Comment