لو أنفقت ما في الأرض جميعا ما ألفت بين قلوبهم ولكن الله ألف بينهم إنه عزيز حكيم
Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, niscaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah Telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya dia Maha gagah lagi Maha Bijaksana.
(Surah Al-Anfal: Ayat 63)
Dalam beberara minggu terakhir ini, isu perpaduan antara UMNO dan PAS kembali hangat diperkatakan. Komen-komen daripada pelbagai pihak kembali muncul di media. Komen daripada sang mufti, tok guru pondok, tokoh akademik dan pimpinan masyarakat digali dan dipaparkan oleh media massa arus perdana bagi tujuan mewajarkan idea perpaduan UMNO-PAS. Namun, semua lontaran idea tersebut berpijak kepada idealisma yang naif politik dari kalangan yang bukan pemain laskar politik negara. Orang yang bukan perencana wajah politik ini, bukan mereka yang akan bertanggungjawab menanggung akibat daripada apa yang mereka lontarkan mengenai politik.
Lagak orang suci hati, mereka menyeru perpaduan demi ummat Melayu. Saya yakin, andainya perpaduan itu dibentuk lalu berlaku mainan politik dan ada pihak yang menanggung kerugian, pemukul gendang perpaduan itu kelak akan cuci tangan dan akan berkhulwat di gua batu. Mereka akan mengatakan "aku tak tahu apa-apa".

Perpaduan politik UMNO-PAS, sejauh ini diwarnai dengan pengkhianatan.
يا أيها النبي حسبك الله ومن اتبعك من المؤمنين
Cukuplah Allah buat kita dan pendokong yang beriman!
0 comments:
Post a Comment