"Kami bangsa Kagayan. Menurut  nenekku, siapa yang puasa pada hari pertama, dia hendaklah berpuasa pada  keseluruhan bulan Ramadhan. Jika tidak, dia berdosa besar...", demikian  seorang muridku menceritakan.
"Jadi? siapa yang tidak berpuasa pada hari pertama, bolehlah dia ponteng pada hari-hari lain di bulan Ramadhan?", soalku.
"Ya, begitulah...", akui murid itu."Betul ke tu ustaz?", dia bertanya.
"Tentulah salah. Meninggalkan puasa pada mana-mana hari tanpa alasan yang dibenarkan adalah dosa besar....", jawabku.
Mengapa  banyak kepercayaan dan pendapat karut dibuat berkaitan puasa oleh  masyarakat terdahulu?Dari sumber manakah datangnya fatwa-fatwa sebegini?  Islam yang aku pelajari tidak pernah menemukan aku dengan fatwa-fatwa  aneh ini. Padahal, Islam yang aku pelajari adalah bersumberkan Al-Quran  dan Hadis serta perbahasan para ulama dan kitab-kitab karangan yang  pelbagai. Aku meyakini kebenaran ilmu Islamku dan penyimpangan  fatwa-fatwa tersebut.
Dulu,  sewaktu aku di kepulauan dalam masyarakat Suluk, aku diberitahu bahawa  siapa yang tidak mandi puasa, maka puasanya tidak sah. Oleh itu, masuk  sahaja bulan Ramadhan, seseorang itu hendaklah mandi puasa. Ada seorang  memberitahuku bahawa puasa dalam sebulan hanya ada 3 hari iaitu puasa menghantar anak bulan, puasa menyalam matahari dan  satu lagi istilah yang aku lupa namanya. Di samping itu, terdapat  kejahilan dalam menanggapi perkara-perkara yang membatalkan puasa.  Menelan air liur dikatakan batal puasa. Kalau puasa tak boleh mandi.  Kerja nelayan tak boleh puasa sebab terlibat dengan aktiviti penyelaman.  Terluka membatalkan puasa dan bermacam-macam lagi.
"Jangan  merujuk hal agama dengan nenek moyang kamu...rujuklah kepada ustaz dan  ustazah!", demikian aku menegaskan buat murid-murid yang sedang  bersekolah di pedalaman ini.
 
 

%20-%20Google%20Chrome.png)






































































%20to%20Inch%20-%20Google%20Chrome.png )
 


























































0 comments:
Post a Comment