Pemilik Blog

Pemilik Blog
Ust Kama (PerenungLangit)

TAQWIM HIJRI

Waktu Malaysia

WAKTU SOLAT

TEACHERS ONLINE

IDME E-OPERASI SPLKM HRMIS EHASIL PenyataGaji apdm NKRA(KEBERHASILAN) FROG VLE Pajsk

PDPR 2024

Blog PDPR PDPR Kedah SpKedah Hantar RPH SKSS

LAMAN ARAB

AL_QARADHAWI Al-Meshkat Islamweb Islam Online LiveIslam Soidul Fawaid Toriqul Islam Al-Islam Islamqa Multaqa Ahlul Hadis Toriqut Taubah Zadul Ma'ad Mausu'ah Al-I'jaz Al-Ilmi Nidaul Iman Lahaonline Sahab.net Al-Sunnah.com Al-Sunnah.com

PORTAL PILIHAN

AKSESORI

Facebook BOX.NET Youtube Imageshack Babylon translation Merriam Webster Online Kamus Online Bahasa Arab Online Dictionary: English-Malay Ujia Kecepatan Menaip Mediafire Rapidshare 4Shared Ziddu Slide Filehippo 2Shared 2Shared PDFChaser MIXPOD Al-Ma'ani EVERNOTE BOX.NET Photobucket Photobucket Photobucket Unit Coverter

Rujukan

Renungan: Untuk apa aktiviti menyihatkan badan?

March 18, 2010

Apalah guna badan yang sihat? Apalah guna umur yang panjang? Setiap hari berjoging di taman rekreasi. Masuk gim, bina badan. Lincah menangkis bulu badminton. Cekap menampar bola pimpong. Segala sukan dapat ditarikan.Peluh keluar, badan sihat. Badan sihat umur panjang. Mudah-mudahan. 

Kemana pagi tadi? Tak nampak solat subuh di masjid?


Oh...sungguh penat. Semalam habiskan 5 game badminton dengan kawan-kawan.

Oh...sepulang dari gim petang kelmarin, terasa lenguh segala urat dan sendi.

Apalah guna memburu kesihatan jasmani kalau kesihatan jasmani itu tidak boleh membawa kepada bertambahnya amal, meningkatnya taqarraub? Apalah ertinya mengorbankan masa untuk menyimbahkan peluh di badan kalau simbahan peluh itu tidak dapat menyiram semangat perjuangan dalam agama?

Sememangnya seorang mukmin yang kuat itu lebih baik daripada mukmin yang lemah. Tetapi menjadi seorang yang kuat jasmani tetapi lemah iman tidaklah membawa apa-apa makna. Lebih baik menjadi seorang yang lemah jasmanni asalkan kuat iman. 

Beruntung sekali kalau jasmani pun kuat, iman pun mantap! 


Tapi kalau iman mantap, hendaklah selalu nampak solat subuh di masjid. Kalau tak nampak solat subuh di masjid, tidaklah mantap iman. Hanya dengan kekuatan iman, seseorang itu mampu bangun meninggalkan ranjangnya yang selesa. Dengan kekuatan iman, seseorang itu sanggup membelah dingin dini ke rumah Allah.

Para sahabat nabi, ramai kalangan mereka punya betis yang kecil kurus kerana selalu menghadapi susah dalam perjalanan jihad. Sementara, orang-orang kafir berbadan tegap yang bertubuh sasa.

Dalam Manaqib Ibn Mas'ud diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:


أتعجبون من دقة ساقيه والذي نفسي بيده لهم في الميزان أثقل من أحد
" Adakah kamu rasa hairan dengan kecil betisnya seseorang. Demi yang jiwaku ditangannya, bagi pemiliknya, ketika ditimbang ( di mizan), ia lebih berat daripada bukit Uhud".

Disebutkan bahawa nabi SAW bersabda:

يؤتى يوم القيامة بالرجل السمين فلا يزن عند الله جناح بعوضة
 "Akan dibawa datang pada hari kiamat, seorang lelaki yang gemuk, maka tidaklah memberatkan timbangannya di sisi Allah walau sesayap nyamuk".
(Sumber: Tafsir Ibn Kasir:Tafsir Surah Al-A'raf: Ayat 8-9)

Justeru, bagus sekali punya jadual-jadual aktiviti menyihatkan badan. Namun, jika jadual aktiviti yang padat itu tidak diselarikan dengan peningkatan amal dan pelestarian jalan para solehin dalam kehidupan harian, maka percuma dan sia-sialah keterlibatan itu. Betapapun anda bersungguh-sungguh menjaga kesihatan, maut pasti menjemput anda. Jika kehidupan di dunia dibina sedangkan ia sementara, padahal kehidupan akhirat yang kekal abadi dilayukan, dilonglaikan, sesungguhnya itu jalan hidup yang merugikan.
Alangkah baik...jika kita rajin bersukan, beraktiviti menyihatkan badan, kemudian ia tidak menjadi alasan pula untuk bermalasan dalam menambahkan amal. Amat baik kalau badan sihat digunakan untuk mujahadah meningkatkan syiar Agama Allah di muka bumi ini. 
Kalau badan yang sihat sekadar digunakan untuk meningkatkan daya kekuatan hubungan badan dengan isteri tercinta, maka  sekadar itulah yang akan diperolehi! Demikian, kalau ia cuma sekadar buat merasa selesa dan segar untuk melangsungkan kerja-kerja rutin harian anda, itulah sahaja hasil buat dituai di dunia!

Sesunguhnya...ramai kalangan manusia adalah yang merugikan diri sendiri.

0 comments:

Post a Comment