Hari ini, saya rasa kaget apabila saya membelek-belek bungkusan kopi 3 in 1 jenama Old Town White Coffee yang menjadi minuman sarapan pagi saya di sekolah, tercatat kod E 471. Sejenak saya tertekan dalam kehairanan. Tercatat jelas logo halal JAKIM di bungkusan itu. Bukankah kod itu adalah kod lemak babi?
Saya mesti mencari satu kepastian yang meyakinkan! Demikian, saya pun cuba mencari untuk memahami makna sebuah perkataan.
Emulsifier...kod E 471.
Saya pernah memaparkan tentang Kod-kod yang dikatakan mengandungi lemak babi di laman blog ini satu ketika dahulu. Kod-kod itu bersumberkan artikal Dr. Amjad Khan dari Institut Penyelidikan Perubatan USA (Rujuk: Perenung Langit: 25 Julai 2009). Kod-kod tersebut sangat mengganggu fikiran saya. Saya amat bimbang ketika memilih makanan. Banyak makanan yang saya tolak daripada memasuki mulut saya dan keluarga saya. Hanya kerana terdapat kod-kod tersebut, saya menyimpulkan makanan itu mengandungi ekstrak babi. Lebih malang, dalam banyak keadaan, apabila makanan itu dikeluarkan dari dalam negara Malaysia, tercatat pada bungkusannya kod-kod tersebut dan tercatat juga logo halal JAKIM.
Apa ini?Mana satu mahu pakai ini. Kenapa pihak JAKIM tidak mengambil tidakan syarikat-syarikat terkenal yang mengeluarkan makanan dan menggunakan logo halal JAKIM tetapi mengandungi lemak babi? Saya pernah menaggapi kebimbangan ini dengan menyalahkan pihak JAKIM.
Saya tidak pernah ambil tahu apa maksud kod-kod tersebut. Apa yang saya tahu, ada kod itu, ada lemak babilah.
Antara kod yang paling banyak ditemui adalah kod E 471. Sesetengah bungkusan makanan menulis emulsifier (E 471). Apakah emulsifier itu?
Simplistik, saya pernah mempercayai ia adalah lemak babi. Rupanya bukan begitu. Emulsifier adalah bahan yang diproses daripada sumber tertentu untuk menjadi bahan aditif (tambahan) dalam makanan. Sumber tersebut sama ada haiwan maupun tumbuhan (Rujuk Wikipedia)
Bagi makanan-makanan keluaran dalam negara yang mengandungi logo halal JAKIM padahal tertera E 471 di bungkusannya, ia adalah emulsifier yang bersumberkan bahan yang halal iaitu tumbuhan (soya atau kelapa sawit). Pihak JAKIM telah mengesahkannya dan memberikan logo halal untuk produk terbabit, justeru tidaklah perlu dibimbangkan.
Kecuali kalau kita ingin pergi periksa sendiri emulsifier apa yang digunapakai.
Apa yang pasti, Kod E 471 tidaklah bermaksud lemak babi secara keseluruhannya. Kalaupun ia dari sumber haiwan tidak semestinya babi. Cuma mungkin haiwan yang tak disembelih secara halal. Kalau produk itu berasal dari dalam negara, JAKIM punya bidang kuasa menyelia dan memberikan taraf halal kepadanya.
Tetapi kalau produk itu dari luar negara, ada kod E 471, tak ada pula logo halal, anda mahu makan juga terpulanglah kepada anda. Mungkin ada emulsifier dari babi. Mungkin juga dari lembu, biri-biri dan sebagainya. Mungkin dari tumbuhan dan itu tentulah tak jadi masalah. Sebaiknya kalau produk luar negara yang ada kod itu, janganlah dimakan.
__________________________________________________
Dari:http://fakarudinft.blogspot.com/
Pernah satu ketika kita dihebohkan ada sesetengah produk makanan tidak halal kerana dikatakan mengandungi E471 yang kononya adalah bahan berasaskan khinzir.
Ingin saya betulkan disini bahawa ini adalah tidak tepat sama sekali.
Sebenarnya E471 adalah merujuk kepada bahan emulsifier makanan yang bertujuan sebagai aditif makanan, biasanya digunakan untuk makanan yang melibatkan lemak dan air contohnya ais krim, kek, coklat dan lain-lain.
Berfungsi untuk memudahkan percampuran bahan yang berasaskan minyak dan air bergabung, kalau tidak kita tak dapat makan ais krim yang sedap, Kerana nanti susu dan air berpisah, sterusnya akan menjadi "ais krim Malaysia" yang keras tu..
Sumber untuk pembuatan E471 ini sama ada tumbuhan atau haiwan. Jika tumbuhan tiada masalah..tetapi jika haiwan (tidak semestinya khinzir) perlulah dipastikan haiwan yang halal atau tidak dan disembelih atau tidak..
untuk maklumat semua, produk yang telah mendapat sijil halal Jakim (Malaysia) / Produk Malaysia adalah menggunakan E471 yang diperbuat daripada tumbuhan iaitu dari minyak kelapa sawit, oleh itu tidak perlulah kita risaukan..
Moga artikel ini dapat membantu kita membuat pilihan untuk membeli produk makanan.
6 comments:
untuk pengetahuan ustaz, white coffe ni antara jenama yang sudah ditarik balik logo halalnya. sebab itu kalau ke ipoh, kedai2 oldtown white coffee ni tidak mempamerkan sebarang logo halal.
ya?masya Allah...ini maklumat yang baru ana tahu...syukran...atubu ilallah min syarbihi al-ann
ana baru check dalam directory JAKIM...ada pulak white coffee, ipoh mari..sijilnya tamat 2012....camnana tuh?
di sini: http://www.halal.gov.my/directory/
Tidak boleh ke pihak JAKIM mengklasifikasikan E471 Malaysia kepada suatu kod yg baru dan berlainan dari E471 luar negara? kerana saya percaya masih ramai lagi pengguna terutama umat islam akan berasa was2 dengan kod tersebut.
E471 ini biasanya dibuat drp tumbuhan. Ini kerana kos yg rendah dan senang. Namun terdapat juga E471 yg berasal drp binatang. Ini kerana pd awalnya E471 hanya didapati dpd binatang namun seterusnya dgn perkembangan teknologi E471 boleh didapati dpd tumbuhan.
Kodnya agak sukar ditukar kerana kod tersebut adalah universal dan diguna pakai oleh seluruh dunia.
Post a Comment