Pemilik Blog

Pemilik Blog
Ust Kama (PerenungLangit)

TAQWIM HIJRI

Waktu Malaysia

WAKTU SOLAT

TEACHERS ONLINE

IDME E-OPERASI SPLKM HRMIS EHASIL PenyataGaji apdm NKRA(KEBERHASILAN) FROG VLE Pajsk

PDPR 2024

Blog PDPR PDPR Kedah SpKedah Hantar RPH SKSS

LAMAN ARAB

AL_QARADHAWI Al-Meshkat Islamweb Islam Online LiveIslam Soidul Fawaid Toriqul Islam Al-Islam Islamqa Multaqa Ahlul Hadis Toriqut Taubah Zadul Ma'ad Mausu'ah Al-I'jaz Al-Ilmi Nidaul Iman Lahaonline Sahab.net Al-Sunnah.com Al-Sunnah.com

PORTAL PILIHAN

AKSESORI

Facebook BOX.NET Youtube Imageshack Babylon translation Merriam Webster Online Kamus Online Bahasa Arab Online Dictionary: English-Malay Ujia Kecepatan Menaip Mediafire Rapidshare 4Shared Ziddu Slide Filehippo 2Shared 2Shared PDFChaser MIXPOD Al-Ma'ani EVERNOTE BOX.NET Photobucket Photobucket Photobucket Unit Coverter

Rujukan

Tazkiratul maut

March 5, 2010

"Aduh...",tiba-tiba terasa sakit dalam dadaku saat kutarik nafas. Aku mengaduh. 

Lailaha illallah!

Segera aku mengucapkan kalimah taiyyibah. Terlintas dalam fikiranku kematian. Aku mahu mati dalam husnul khatimah. Biar aku ke syurga Allah. Bimbang sekali kalau aku mengadap Tuhan dengan memikul beban sesal yang merugikan!

Selama ini aku sihat. Aku tidak pernah ada penyakit yang merungsingkan fikiran. Itulah sejauh yang aku tahu. Itulah yang ada dalam ilmuku. Dalam ilmu Allah, aku tak tahu.

Bukankah ramai orang yang merasa sihat, tiba-tiba disambar penyakit yang datang secara tiba-tiba?

Sedang dia menyampaikan ucapan, rebah dan terus mati!
Sedang sibuk untuk sesuatu persembahan, penyanyi itu mati!
Baru berkira-kira hendak pindah ke rumah yang baru siap dibina, tiba-tiba disambar maut, mati dia!
Sesungguhnya 'amrullah' itu seperti 'lamhul basor'!
Telah tertulis ajal dalam 'ummul kitab' yang tak akan dilanjutkan atau dipercepatkan walau sesaat!

Wahai Tuhan...panjangkan usiaku agar aku dapat mengumpul amal buat mendapat redhaMu. Aku ingin berjuang untuk menegakkan agamamu agar satu saat aku menemui jalan mati yang paling terhormat dan yang paling Kau redhai.

Barangkali permintaan  itu masih berbau rasa cinta dunia. Sayang meninggalkan dunia indah ini dan takut menghadapi akhirat!

Aku terkenang ayahku yang telah berpulang ke alam baqa'  beberapa tahun dulu. Aku terkenang mereka yang kukenal yang telah sirna dari hayat sementara ini. Aku pun pasti bahawa aku akan ke sana, berkumpul bersama mereka dan meraih nasib yang telah disemai.

Tetapi...kenapa aku sering lupa hari yang berpatah arang itu?

0 comments:

Post a Comment