Pemilik Blog

Pemilik Blog
Ust Kama (PerenungLangit)

TAQWIM HIJRI

Waktu Malaysia

WAKTU SOLAT

TEACHERS ONLINE

IDME E-OPERASI SPLKM HRMIS EHASIL PenyataGaji apdm NKRA(KEBERHASILAN) FROG VLE Pajsk

PDPR 2024

Blog PDPR PDPR Kedah SpKedah Hantar RPH SKSS

LAMAN ARAB

AL_QARADHAWI Al-Meshkat Islamweb Islam Online LiveIslam Soidul Fawaid Toriqul Islam Al-Islam Islamqa Multaqa Ahlul Hadis Toriqut Taubah Zadul Ma'ad Mausu'ah Al-I'jaz Al-Ilmi Nidaul Iman Lahaonline Sahab.net Al-Sunnah.com Al-Sunnah.com

PORTAL PILIHAN

AKSESORI

Facebook BOX.NET Youtube Imageshack Babylon translation Merriam Webster Online Kamus Online Bahasa Arab Online Dictionary: English-Malay Ujia Kecepatan Menaip Mediafire Rapidshare 4Shared Ziddu Slide Filehippo 2Shared 2Shared PDFChaser MIXPOD Al-Ma'ani EVERNOTE BOX.NET Photobucket Photobucket Photobucket Unit Coverter

Rujukan

Hatimu laksana bumi

March 9, 2010


والبلد الطيب يخرج نباته بإذن ربه والذي خبث لا يخرج إلا نكدا كذلك نصرف الآيات لقوم يشكرون
Dan tanah yang baik, tanaman-tanamannya tumbuh subur dengan seizin Allah; dan tanah yang tidak subur, tanaman-tanamannya Hanya tumbuh merana. Demikianlah kami mengulangi tanda-tanda kebesaran (kami) bagi orang-orang yang bersyukur.
(Surah Al-Araf: Ayat 58)
Manusia diciptakan berasal dari tanah. Sebagaimana tanah memerlukan air hujan untuk menjadi subur buat menumbuhkan tanaman-tanaman dan  menghidupkan ternakan, makan demikianlah manusia, sebagai satu makhluk yang komponen asalnya adalah datang dari tanah, memerlukan wahyu Allah sebagai bimbingan untuk menumbuhkan rasa takut kepada Allah Tuhan yang menciptakan mereka.
Dengan turunnya hujan dari awan, bumi menerimanya. Ada tiga jenis bumi yang melayani hujan dengan cara yang berbeza. Ada bumi yang menerima hujan lalu dengan hujan itu,ia menjadi subur. Lalu, tumbuhlah segala jenis tanaman. Terbentang pula padang ragut buat ternakan. Ada pula bumi yang hanya sanggup menakung air. Umpamanya kolam, tasik, sungai serta laut. Sungguhpun ia tidak subur dan tidak dapat menumbuhkan tanaman serta padang ternak, ia memberikan sumber air buat tanaman dan pernternakan. Sejenis bumi lagi adalah dari jenis yang tidak subur dan tidak menakung air. Apabila hujan menimpanya, air tidak meresap ke dalamnya dan  mengalir pula ke tempat lain.
Sebagaimana bumi terbahagi kepada tiga kategori ketika menerima hujan, maka demikianlah manusia.  Terdapat 3 jenis manusia yang punya sikap yang berbeza ketika mendapat peringatan dari wahyu Allah SWT. Satu jenis adalah yang menerima dan beriman serta beramal dengannya. Sejenis lagi adalah yang menerima tetapi tidak mahu beriman dengannya.



Manusia dipandu hatinya untuk melakarkan tiga jalan penerimaan wahyu. Manusia yang baik adalah yang beriman dengan wahyu Ilahi. Itu adalah kerana hatinya baik. Mereka adalah laksana bumi yang baik. 

Sementara  mereka yang enggan beriman dengan wahyu ilahi adalah manusia yang jahat. Itu kerana mereka dipandu oleh hati yang rosak. Mereka laksana bumi yang tidak subur dan tidak membuahkan hasil.

Subhanallah…Tuhan yang memberikan misalan indah buat renungan kita!

0 comments:

Post a Comment