Pemilik Blog

Pemilik Blog
Ust Kama (PerenungLangit)

TAQWIM HIJRI

Waktu Malaysia

WAKTU SOLAT

TEACHERS ONLINE

IDME E-OPERASI SPLKM HRMIS EHASIL PenyataGaji apdm NKRA(KEBERHASILAN) FROG VLE Pajsk

PDPR 2024

Blog PDPR PDPR Kedah SpKedah Hantar RPH SKSS

LAMAN ARAB

AL_QARADHAWI Al-Meshkat Islamweb Islam Online LiveIslam Soidul Fawaid Toriqul Islam Al-Islam Islamqa Multaqa Ahlul Hadis Toriqut Taubah Zadul Ma'ad Mausu'ah Al-I'jaz Al-Ilmi Nidaul Iman Lahaonline Sahab.net Al-Sunnah.com Al-Sunnah.com

PORTAL PILIHAN

AKSESORI

Facebook BOX.NET Youtube Imageshack Babylon translation Merriam Webster Online Kamus Online Bahasa Arab Online Dictionary: English-Malay Ujia Kecepatan Menaip Mediafire Rapidshare 4Shared Ziddu Slide Filehippo 2Shared 2Shared PDFChaser MIXPOD Al-Ma'ani EVERNOTE BOX.NET Photobucket Photobucket Photobucket Unit Coverter

Rujukan

Ahli Sihir Firaun

March 22, 2010

Ketika Firaun meminta kerjasama para ahli sihir untuk menongkat kerajaannya yang kian menghampiri saat keruntuhan, para ahli sihir itu menuntut ganjaran. Firman Allah menceritakan mengenai tuntutan para ahli sihir itu:



وجاء السحرة فرعون قالوا إن لنا لأجرا إن كنا نحن الغالبين، قال نعم وإنكم لمن المقربين
Dan beberapa ahli sihir itu datang kepada Fir'aun mengatakan: "(Apakah) Sesungguhnya kami akan mendapat upah, jika kamilah yang menang?"Fir'aun menjawab: "Ya, dan Sesungguhnya kamu benar-benar akan termasuk orang-orang yang dekat (kepadaku)".
(Surah Al-A’raf: Ayat 113-114)
Pada zaman Firaun, ahli sihir adalah puak yang menjadi menyokong kuat kerajaan Firaun. Sebenarnya, puak ahli sihir ini terus menjadi penyokong kuat mana-mana kerajaan yang zalim dalam dunia. Kerajaan zalim adalah kerajaan yang tidak menegakkan hak-hak Allah dalam bernegara.  Untuk mempertahankan kelangsungan pemerintahan kerajaan ini, para penguasanya mendapatkan khidmat ahli sihir. Para ahli sihir itu terpaksa samada paksa rela maupun memang benar-benar terpaksa.

Untuk menjadikan ahli sihir itu sentiasa menyokong pemerintahannya, maka Firaun menawarkan pangkat yang akan menjadikan mereka kalangan yang berkedudukan dalam pemerintahan Firaun. Barangkali kalau mahu diperincikan, antara pangkat yang ditawarkan adalah gelaran-gelaran seumpama, Tun,  Tan Sri,  Datuk, Datuk Sri, Panglima dan berbagai-bagai gelaran lagi.

Persoalan yang kita perlu fikirkan sama-sama, kalau zaman Firaun ahli sihirnya bermain silap mata menukar tali menjadi ular, maka di zaman kini siapakah pula ahli sihirnya dan bagaimana rupa sihir yang dimainkan?

Renung dan fikirkanlah. Yang pasti, biarpun zaman berputar, rentak irama kehidupan berkisar pada persoalan yang sama. Kalau zaman Firaun ahli sihir melemparkan tali menjadi ular untuk menakutkan manusia lain  supaya tunduk akur kepada kekuasaan Firaun, maka apakah pula yang dilemparkan oleh ahli sihir zaman kini buat menakutkan manusia lain agar tunduk mendokong pemerintahan yang dipertahankannya?

0 comments:

Post a Comment