Aku dapat bayangkan betapa rimas, resah dan gelisahnya media tersebut menerima berita yang sebegini. Kegelisahan dan rasa rimas tersebut samalah ketika mengetahui bahawa kemenangan Pas di beberapa kawasan pilihanraya adalah disebabkan oleh undi kaum Cina. Dalam keadaan kebingungan, timbul persoalan dalam benak mereka, bagaimana boleh orang cina menyokong Pas padahal selama ini telah banyak dimomokkan pelbagai prasangka terhadap Pas. Kini, bagaimana pula penyanyi rock boleh menerima Pas?
Biarkan mereka pening kepala!
Kemasukan artis ke dalam Pas bukan perkara baru. Dewasa ini bukan sahaja artis mencari alternatif. Masyarakat umum juga mencari alternatif. Berapa banyak golongan profesional yang sudah mula mendokong perjuagan Islam di Malaysia. Inilah situasi yang dinyatakan dalam Al-Quran:
إذا جاء نصر الله والفتح ورأيت الناس يدخلون في دين الله أفواجا فسبح بحمد ربك وأستغفره إنه كان توابا
Apabila Telah datang pertolongan Allah dan kemenangan, dan kamu lihat manusia masuk agama Allah dengan berbondong-bondong. Maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sesungguhnya dia adalah Maha Penerima taubat.
(Surah An-Nasr: 1-3)
Menjadi keyakinan para pejuang Islam bahawa masa depan adalah untuk Islam. Ini bukan khayalan dan impian tetapi adalah janji Allah SWT.
0 comments:
Post a Comment