Pemilik Blog

Pemilik Blog
Ust Kama (PerenungLangit)

TAQWIM HIJRI

Waktu Malaysia

WAKTU SOLAT

TEACHERS ONLINE

IDME E-OPERASI SPLKM HRMIS EHASIL PenyataGaji apdm NKRA(KEBERHASILAN) FROG VLE Pajsk

PDPR 2024

Blog PDPR PDPR Kedah SpKedah Hantar RPH SKSS

LAMAN ARAB

AL_QARADHAWI Al-Meshkat Islamweb Islam Online LiveIslam Soidul Fawaid Toriqul Islam Al-Islam Islamqa Multaqa Ahlul Hadis Toriqut Taubah Zadul Ma'ad Mausu'ah Al-I'jaz Al-Ilmi Nidaul Iman Lahaonline Sahab.net Al-Sunnah.com Al-Sunnah.com

PORTAL PILIHAN

AKSESORI

Facebook BOX.NET Youtube Imageshack Babylon translation Merriam Webster Online Kamus Online Bahasa Arab Online Dictionary: English-Malay Ujia Kecepatan Menaip Mediafire Rapidshare 4Shared Ziddu Slide Filehippo 2Shared 2Shared PDFChaser MIXPOD Al-Ma'ani EVERNOTE BOX.NET Photobucket Photobucket Photobucket Unit Coverter

Rujukan

Al-ghurabaa

April 15, 2009



Kumulai dengan melipurlara sebuah cerita dongeng...
Pada zaman dahulu, ada seorang raja memerintah sebuah negeri antah berantah. lalu, berputeralah baginda. Tapi, malangnya putera yang baru lahir itu bertelinga satu iaitu telinga kanan sahaja. Maka masygullah raja tersebut memikirkan puteranya yang tidak seperti orang lain. Orang lain bertelinga dua, tapi puteranya itu bertelinga satu. Sedangkan putera itulah yang kelak bakal mewarisi tahtanya.
Setelah memikirkan cara bagaimana menghilangkan keganjilan puteranya yang bertelinga satu ini, maka raja pun mendapat satu jalan penyelesaian. Baginda mengeluarkan satu dekri memerintahkan seluruh rakyat jelata memotong telinga kiri masing-masing . Barangsiapa yang tidak memotong telinga kirinya, maka dia akan dibunuh. Demikianlah, setiap anak yang lahir dalam negeri juga wajib dipotong telinga sebelah kirinnya.
Demi menyelamatkan nyawa masing-masing, seluruh rakyat pun memotong telinga kiri masing-masing. Baik hilang telinga sebelah daripada dihukum bunuh.
Peraturan ganjil ini akhirnya menjadi biasa. Sudah termaklum oleh seluruh rakyat bahawa tiada telinga kiri adalah tanda resmi bagi rakyat negeri itu. Setelah berlalu satu generasi, peraturan itu terlaksana dan tiada siapapun berani menyalahinya. Seluruh rakyat, bertelinga kanan sahaja. sama seperti raja mereka.
Pada satu hari, seorang pengembara telah masuk ke negeri itu. Maka, hebohlah orang memperkatakan tentang pengembara itu. Kata mereka, seorang manusia ganjil telah tiba ke negeri mereka. Keganjilannya ialah dia mempunyai dua telinga. Mereka mengejek-ejek pengembara itu dengan mengatakan dia adalah manusia pelik, ganjil dan gharib.
Pemuda itu berada di dua persimpangan. Apakah dia perlu memotong telinga kirinya mengikut adat kebiasaan negeri tersebut. Atau, apakah dia perlu berusaha memberitahu penduduk negeri itu bahawa merekalah yang pelik, ganjil dan gharib kerana setiap manusia dilahirkan dengan dua telinga.
Demikianlah sebuah cerita. Buat renungan bersama. Islam bermula daripada asing. Seperti pengembara bertelinga dua yang asing di negeri antah berantah kerana dia tak sama dengan rakyat negeri tersebut yang bertelinga satu. Jika dia berjuang untuk mengubah mereka agar kembali kepada fitrah bertelinga dua, itulah bandingan perjuangan Islam. Dialah 'ghuraba' .

‏بدأ الإسلام ‏ ‏غريبا ‏ ‏وسيعود كما بدأ غريبا ‏ ‏فطوبى ‏ ‏للغرباء
"Islam itu dimulai dalam keadaan asing, dan suatu saat akan kembali menjadi asing. Maka beruntunglah orang-orang yang asing tersebut."

(Riwayat Muslim)
Beruntunglah orang asing tersebut.Siapakah orang asing yang dimaksudkan? Dalam riwayat Ibn majah, ada penambahan kepada hadis di atas dengan pertanyaan para sahabat:
قيل يا رسول الله من الغرباء؟ قال الذين يصلحون إذا فسد الناس

"Dikatakan: Ya Rasulullah, siapakah 'al-ghurabaa'? Jawab baginda: Mereka adalah orang-orang yang sentiasa dalam keadaan baik(dan menyuruh islah) apabila manusia dilanda kerosakan".
Ini bermaksud, 'al-ghurabaa' adalah orang yang istiqamah di atas kebaikan . Dalam keadaan manusia sudah mula berubah meninggalkan sunnah dan cara hidup Islam, mereka tetap pendirian dan terus berpegang dengan sunnah Rasulullah dan cara hidup Islam. Inilah selaras dengan apa yang ditegaskan oleh Allah SWT dalam firmannya:

إِنَّ الَّذِينَ قَالُوا رَبُّنَا اللَّهُ ثُمَّ اسْتَقَامُوا تَتَنَزَّلُ عَلَيْهِمُ الْمَلائِكَةُ أَلا تَخَافُوا وَلا تَحْزَنُوا وَأَبْشِرُوا بِالْجَنَّةِ الَّتِي كُنْتُمْ تُوعَدُونَ نَحْنُ أَوْلِيَاؤُكُمْ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَفِي الْآخِرَةِ وَلَكُمْ فِيهَا مَا تَشْتَهِي أَنْفُسُكُمْ وَلَكُمْ فِيهَا مَا تَدَّعُونَ نُزُلًا مِنْ غَفُورٍ رَحِيمٍ

"Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan: "Tuhan kami ialah Allah" Kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka, Maka malaikat akan turun kepada mereka dengan mengatakan: "Janganlah kamu takut dan janganlah merasa sedih; dan gembirakanlah mereka dengan jannah yang Telah dijanjikan Allah kepadamu". Kamilah pelindung-pelindungmu dalam kehidupan dunia dan akhirat; di dalamnya kamu memperoleh apa yang kamu inginkan dan memperoleh (pula) di dalamnya apa yang kamu minta. Itulah sebagai hidangan (bagimu) dari Tuhan yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang".

(Surah Fussilat: Ayat30-32)
Bagi golongan 'ghurabaa', mereka dijanjikan balasan syurga atas istiqamah mereka dalam Islam. Apakah anda salah seorang dari 'ghurabaa'? Mudah-mudahan kita boleh merintis jalan 'ghurabaa'.

Berjuanglah untuk Islam biarpun sendirian....

0 comments:

Post a Comment