Pemilik Blog

Pemilik Blog
Ust Kama (PerenungLangit)

TAQWIM HIJRI

Waktu Malaysia

WAKTU SOLAT

TEACHERS ONLINE

IDME E-OPERASI SPLKM HRMIS EHASIL PenyataGaji apdm NKRA(KEBERHASILAN) FROG VLE Pajsk

PDPR 2024

Blog PDPR PDPR Kedah SpKedah Hantar RPH SKSS

LAMAN ARAB

AL_QARADHAWI Al-Meshkat Islamweb Islam Online LiveIslam Soidul Fawaid Toriqul Islam Al-Islam Islamqa Multaqa Ahlul Hadis Toriqut Taubah Zadul Ma'ad Mausu'ah Al-I'jaz Al-Ilmi Nidaul Iman Lahaonline Sahab.net Al-Sunnah.com Al-Sunnah.com

PORTAL PILIHAN

AKSESORI

Facebook BOX.NET Youtube Imageshack Babylon translation Merriam Webster Online Kamus Online Bahasa Arab Online Dictionary: English-Malay Ujia Kecepatan Menaip Mediafire Rapidshare 4Shared Ziddu Slide Filehippo 2Shared 2Shared PDFChaser MIXPOD Al-Ma'ani EVERNOTE BOX.NET Photobucket Photobucket Photobucket Unit Coverter

Rujukan

GENERASI YANG TERBEBAN

July 28, 2008


Tajuk pengajaran bagi kelas Tahun 5 pada hari ini ialah mengenai peristiwa Israk dan Mikraj. Aku membawakan satu peristiwa yang nabi lihat dalam perjalanan Israk baginda. Peristiwa tersebut ialah apa yang nabi saksikan mengenai satu kaum yang punya hidangan lauk pauk yang dimasak dengan sempurna dan selamat dimakan, tetapi kaum tersebut mengerumuni satu bangkai yang busuk dan dihurungi lalat lalau mereka memakannya beramai-ramai. Aku ceritakan kepada murid-muridku bahawa apa yang nabi lihat membayangkan apa yang akan berlaku kepada sebahagian ummatnya di akhir zaman. Mereka mempunyai isteri atau suami yang sah tetapi masih mencari pasangan yang haram. Ada suami yang masih melanggan pelacur dan ada pula isteri yang berjalang dengan lelaki lain di luar rumahnya.

Dari perbincangan tersebut aku melanjutkan penjelasanku sehingga menyentuh persoalan bahawa lelaki dibenarkan berkahwin lebih dari satu sehingga empat. Murid-muridku kelihatan terkejut dan ada yang bersuara:
“aku satu sahaja ustaz…”
Aku tersenyum sahaja.Aku tanya murid lelaki yang lain sama ada sesiapa yang berminat untuk berkahwin sampai empat. Semua menggeleng kepala, enggan.

Lalu seorang murid perempuan yang lebih pintar berbanding murid-murid lain bersuara antara dengar dan tidak, seperti menayakan satu soalan. Aku mendekat. Dia adalah Siti Azira Nasa bt Rosnan.

“bukankah isteri nabi ramai…”dia bertanya dalam perasaan berbelah bagi. Mungkin takut tersilap fakta.

“Ya…Nabi Muhammad ada sembilan isteri….”, sambutku mengiyakan keraguannya.

“hah!”, ramai murid malahirkan keterkejutan.

“tapi…itu adalah khas untuk nabi sahaja…Nabi daud ada 99 orang isteri….”, kataku seterusnya.

“ayo…ramainya”, aku tak pasti murid mana yang menyahutku dengan keterkejutan itu.

“nabi Sulaiman lagi ramai….satu ribu orang…”lanjutku.

“Apa?ramainya…kalau bagi aku satu orang pun jadilah…sekarang nak kawin mahal…perlu banyak duit…”, Response itu datangnya daripada Jainuddin, anak Pak Mail.

Inilah sebuah anekdot yang kucatatkan sebagai satu renungan. Bahawa seorang anak lelaki yang lahir dan membesar pada zaman ini sudah ditanamkan satu perasaan terbeban dengan mahalnya kos untuk berkahwin. Mereka telah mendengar dan menyaksikan perkahwinan yang terjadi dalam masyarakat dan mereka sudah difahamkan bahawa untuk sebuah perkahwinan, satu bebanan kewangan yang mencabar kudrat perlu diselesaikan. Kalau tidak, perkahwinan hanya akan menjadi angan-angan. Bagi pemuda yang tidak mempedulikan adat susila dan apatah lagi agama, mereka mengambil jalan mudah dengan membujang dan hidup dengan bebas tanpa sekatan dalam pergaulan dengan perempuan.

Sesungguhnya, masyarakat telah bersalah terhadap setiap generasi yang sedang tumbuh ini. Seseorang yang mempunyai kekuatan perlu mengubah situasi ini. Jika tidak, generasi sekarang dan akan datang akan dimusnahkan oleh satu stigma negative yang sedang mengakar dan menumbuhkan pohon tegal pemikiran yang salah.

Abgkama
28 July 2008
2:26:30 PM
Lot 268, Taman Fajar.Sdk.

0 comments:

Post a Comment