Pemilik Blog

Pemilik Blog
Ust Kama (PerenungLangit)

TAQWIM HIJRI

Waktu Malaysia

WAKTU SOLAT

TEACHERS ONLINE

IDME E-OPERASI SPLKM HRMIS EHASIL PenyataGaji apdm NKRA(KEBERHASILAN) FROG VLE Pajsk

PDPR 2024

Blog PDPR PDPR Kedah SpKedah Hantar RPH SKSS

LAMAN ARAB

AL_QARADHAWI Al-Meshkat Islamweb Islam Online LiveIslam Soidul Fawaid Toriqul Islam Al-Islam Islamqa Multaqa Ahlul Hadis Toriqut Taubah Zadul Ma'ad Mausu'ah Al-I'jaz Al-Ilmi Nidaul Iman Lahaonline Sahab.net Al-Sunnah.com Al-Sunnah.com

PORTAL PILIHAN

AKSESORI

Facebook BOX.NET Youtube Imageshack Babylon translation Merriam Webster Online Kamus Online Bahasa Arab Online Dictionary: English-Malay Ujia Kecepatan Menaip Mediafire Rapidshare 4Shared Ziddu Slide Filehippo 2Shared 2Shared PDFChaser MIXPOD Al-Ma'ani EVERNOTE BOX.NET Photobucket Photobucket Photobucket Unit Coverter

Rujukan

MAJLIS TAHLIL SELEPAS MAGHRIB

July 30, 2008


Petang itu, seorang jiran satu lorong taman perumahan di kawasan kejiranan aku menghuni, menjemputku ke majlis tahlil yang akan diadakan di rumahnya. Katanya, majlis tahlil akan diadakan selepas solat maghrib. Aku mengiyakan sebagai tanda komitmen aku untuk hadir ke majlis tahlil tersebut. Namun, dalam hati kecilku, aku telah pun memuktamadkan bahawa aku tidak akan hadir selepas solat magrib, tetapi akan hadir sesudah solat insya.

Inilah dilemma yang sering aku hadapi. Sebahagian besar warga taman perumahan, apabila membuat majlis tahlil, masa yang dipilih adalah selepas solat maghrib. Sungguhpun itu lebih baik berbanding dengan apa yang pernah aku alami di sebuah pulau tempat aku berkhidmat, yang mana mereka mengadakan tahlil pada waktu maghrib,amalan sebegitu masih tidak boleh diterima. Apakah masalahnya jika tahlil dibuat selepas solat insya.

Ironinya, penganjur majlis tahlil selepas solat maghrib ini seringkali pula menjemput ahli masjid dan surau.

Pernah satu masa dahulu, ketika aku mula-mula menggabungkan diri dalam kejiranan yang aku huni sekarang, aku menyertai majlis tahlil yang diadakan selepas solat maghrib. Rupanya, majlis tersebut tidaklah diadakan terus selepas solat maghrib. Apa yang berlaku, jemputan dijemput datang berkumpul selepas maghrib, dihidangkan dengan kuih-kuih tertentu, lalu apabila azan insya di surau dilaungkan atau hampir dilaungkan, barulah majlis dimulakan.

Di kalangan jemaah masjid al-Fajar, sudah difahamkan bahawa sebarang tahlil selepas maghrib tidak akan dilayan. Jika ada yang menyampaikan jemputan kepada ahli jemaah masjid, ia tidak digalakkan hadir sebelum solat insya. Perkara sebegini telah ditanamkan sebelum kehadiranku lagi. Nampaknya, sebilangan orang lama yang istiqamah dengan solat jemaah di masjid al-Fajar berpegang dengan prinsip ini.

Sesungguhnya, majlis tahlil tidak menduduki tangga sunat sekalipun dalam senarai-senarai amalan Islam. Malahan, ia dibid’ahkan oleh sebahagian ulama. Justeru, bagaimana mungkin ia hendak didahulukan atas amalan yang menjadi keutamaan dalam Islam iaitu solat berjemaah. Lebih-lebih lagi, dengan melakukannya terpaksa meninggalkan amalan yang utama dan jelas tuntutannya berdasarkan nas.

Abgkama
30 July 2008
2:07:12 PM
Lot 268, Taman Fajar.

0 comments:

Post a Comment