Terasa di hati, baru sahaja aku lahir ke dunia tadinya pagi. Kini, menjelang tengahari menginjak petang aku mula terasa diriku kian menua. Usia senja kian menapak mampir. Mega-mega merah senja usiaku kian merona di ufuk barat kehidupan. Saat ceria, suka dan gembira dalam tari gemalai awal pagi telah sirna dan kini berganti dengan resah, bimbang dan takut dalam menempa kekok dan kaku dalam kegelapan malam tamsil saat kematian yang pasti menjelma.
Benarlah firman Allah;
Benarlah firman Allah;
(Sangatlah dahsyatnya huru-hara hari itu, sehingga orang-orang yang bersalah merasa) pada masa melihatnya: seolah-olah mereka tidak tinggal di dunia melainkan sekadar satu petang atau paginya sahaja.
(surah An-nazia’at: 46)
Berapa lama pun hidup, ia cuma laksana tempo masa singkat sesingkat dari pagi hingga ke petang. Mungkin lebih singkat dari tempo tersebut iaitu cuma sepagi atau sepetang sahaja. Itulah jangka hayat kita. Aku cukup menginsafi ini. Aku merasakan ini. Aku merasakan betapa pantasnya fasa-fasa hidupku berlalu. Aku masih terasa masa zaman kanak-kanakku yang telah berlalu. Aku masih terimbau zaman remajaku. Kini aku boleh dikatakan dewasa dalam dasawarsa 30-an. Pastinya, kalau ada anugerah umur, aku akan merasa detik-detik usia tua.

Apa yang telah kulakukan dalam hidupku yang singkat ini. Aku cukup hanya sekadar membilang usia yang sesingkat pagi atau petang ini lalu cukuplah dengan bilangan itu. Ada orang merencanakan usianya sehingga tahun-tahun pencennya daripada sebarang pekerjaan atau perkhidmatan. Pada usia 56, aku mengerti bahawa aku telah cukup tua waktu itu. Berada pada usia itu, lalu jika kutoleh ke belakang, tentu aku tak punya banyak masa lagi untuk merebut kembali apa yang telah terlepas. Peluang membangunkan akhirat yang makmur, lebih-lebih lagi meraih dunia yang selesa telah tipis pada usia tersebut andanya pencapaian sebelum usia itu tidak memberangsangkan.
Wahai Tuhan…janganlah hendaknya aku menjadi orang yang mensesali hidupku di dunia sebagaimana telah Kau ingatkan kami dalam firmanMU;
وَهُمْ يَصْطَرِخُونَ فِيهَا رَبَّنَا أَخْرِجْنَا نَعْمَلْ صَالِحًا غَيْرَ الَّذِي كُنَّا نَعْمَلُ أَوَلَمْ نُعَمِّرْكُمْ مَا يَتَذَكَّرُ فِيهِ مَنْ تَذَكَّرَ وَجَاءَكُمُ النَّذِيرُ فَذُوقُوا فَمَا لِلظَّالِمِينَ مِنْ نَصِيرٍ
Dan mereka berteriak di dalam neraka itu : "Ya Tuhan kami, keluarkanlah kami niscaya kami akan mengerjakan amal yang saleh berlainan dengan yang Telah kami kerjakan". dan apakah kami tidak memanjangkan umurmu dalam masa yang cukup untuk berfikir bagi orang yang mau berfikir, dan (apakah tidak) datang kepada kamu pemberi peringatan? Maka rasakanlah (azab kami) dan tidak ada bagi orang-orang yang zalim seorang penolongpun.
(Surah Fathiir: Ayat 37)
Oh hidupku…betapapun aku menyayangimu…kau pasti meninggalkan daku. Aku tahu, kau bukanlah teman setia kerana kematianku lebih setia daripadamu.
Abgkama
Lot 268, Taman Fajar, Sdk.
31 July 2008
3:57 PM

0 comments:
Post a Comment