Chin Peng sudah mati. Kisahnya dan perjuangan komunisnya telah menjadi sejarah. Ura-ura pihak tertentu mahu membawa balik mayatnya ke Malaysia menjemput amarah para gombang patriotisme. Lantaran kebencian berlumut terhadap komunis, mendengar nama Chin Peng pun sudah berbulu dirasakannya. Maka, terbitlah fatwa-fatwa mengharamkan Chin Peng dibawa balik ke Malaysia.
Chin Peng adalah bapa pengganas. Chin Peng bukan warga negara Malaysia. Chin Peng pengkhianat. Berbagai-bagai letusan kebencian muncul dan dihumbankan kepada Chin Peng. Sangat takut kepada taghut bernama Chin Peng walaupun dia sudah mati? Sungguh melucukan.
Seharusnya, kerajaan melihat Chin Peng sebagai bahan sejarah. Dunia Islam dan Melayu khasnya kehilangan banyak tinggalan sejarah. Hari ini, kalau nak mencetak sejarah bangsa, terpaksa pergi ke London untuk mencarinya. Penjajah telah bawa balik tinggalan sejarah kita dan mereka jadikan sebagai keuntungan material buat mereka. Kita punya sejarah, tetapi kita terpaksa mengemis ke negara bekas penjajah kita!
Kisah Chin Peng dan komunismenya sudah jadi sejarah. Apalah faedahnya memusuhi sejarah? Sejarah harus dilihat dengan jiwa yang bijaksana dan bukan mengobar emosi. Kalau emosi yang menjadi jurupandu dalam menilai sejarah, jadilah kita seperti kelompok Syiah.
Syiah memusuhi sejarah. Mereka mengkafirkan Abu Bakar As-Siddiq dan Umar Al-Khattab yang telah pun menjadi sejarah. Kebencian itu menggangu mereka, menjadi igauan mimpi mereka sehingga kini. Hatta, jadilah mereka pengingau yang tidak pernah sedar. Mereka jadikan sejarah Karbala sebagai pengganggu emosi mereka. Cinta berlebihan kepada Hussin menyenbabkan amarah mereka ditumpahkan kepada Muawiyah dan keluarganya.
Membenci sejarah...Itulah sebenarnya perangai Syiah. Apakah kita juga harus membenci sejarah. Segunung kebencian kepada komunis yang sudah jadi sejarah, apakah faedahnya. Ambilah sejarah hitam dan jadikan ia sebagai aset negara untuk tatapan generasi hari muka.
Kita boleh jadikan kesan penjajah sebagai memorial untuk generasi muda mempelarinya dalam negara kita. Mengapa kita mahu padamkan sejarah hitam komunis lalu memadamkannya dari bumi Malaysia? Padahal, komunis dan penjajah Inggeris sama-sama membawa bahana kepada bumi pertiwi kita.
Menatap kanvas penjajah Inggeris, kita melihatnya sebagai sejarah. Mengapa melihat lembaran komunis, kita menggengam amarah?

0 comments:
Post a Comment