(Ekstrak Ayat Tadarus Usrah-Surah An-Nisak: Ayat 88)
Orang-orang beriman tidak perlu berbaik sangka dengan orang-orang yang menzahirkan nifaq terhadap perjuangan Islam. Semasa nifaq tersebut terpendam dalam batinnya, bolehlah menyimpan sangka baik kepadanya. Sememangnya sikap orang beriman suka bersangka baik. Apa yang bersenandung dalam hati seseorang tidak dapat diketahui oleh orang lain. Begitulah dengan nifaq. Tetapi, nifaq itu umpama biawak dalam lubang. Pada satu ketika, si munafoq tidak akan tahan memendam rasa permusuhannya terhadap Islam dan pejuangnya. Ketika itu akan zahirlah apa yang disemat dalam batinnya.
Ketika telah zahir nifaqnya, tidak perlu lagi bersangka baik buatnya. Menzahirkan nifaq adalah pengisytiharan perang terhadap orang-orang yang beriman.

Allah berfirman:
فَمَا لَكُمْ فِي الْمُنَافِقِينَ فِئَتَيْنِ وَاللَّهُ أَرْكَسَهُمْ بِمَا كَسَبُوا ۚ أَتُرِيدُونَ أَنْ تَهْدُوا مَنْ أَضَلَّ اللَّهُ ۖ وَمَنْ يُضْلِلِ اللَّهُ فَلَنْ تَجِدَ لَهُ سَبِيلًا
“Maka Mengapa kamu (terpecah) menjadi dua golongan dalam (menghadapi) orang-orang munafik, padahal Allah Telah membalikkan mereka kepada kekafiran, disebabkan usaha mereka sendiri ? apakah kamu bermaksud memberi petunjuk kepada orang-orang yang Telah disesatkan Allah? barangsiapa yang disesatkan Allah, sekali-kali kamu tidak mendapatkan jalan (untuk memberi petunjuk) kepadanya”.
(Surah An-Nisa’: Ayat 88)
(Surah An-Nisa’: Ayat 88)
Ayat di atas diturunkan sebagai teguran Allah terhadap orang beriman yang berbelah bagi dalam menetapkan sikap terhadap golongan yang menzairkan nifaq mereka. Dalam perang Uhud, Rasulullah telah memimpin 1000 orang tentera ke luar Madinah untuk mempertahankan Kota Madinah dari serangan Musyrikin Makkah. Medan Uhud adalah sasarannya. Tetapi, dalam perjalanan, Abdullah bin Ubai bin Salul yang digelar sebagai bapa munafiq madinah telah berjaya menyebarkan keraguan di kalangan tentera Rasulullah SAW itu. Akibatnya, sejumlah 300 orang menarik diri dari menyertai peperangan. Tinggal lagi 700 orang yang setia untuk terjun ke medan Uhud.
Kalangan sahabat setia Rasulullah berbeza pandangan tentang mereka yang menarik diri saat-saat genting itu. Sebahagian berkata bahawa mereka itu perlu dibunuh kerana telah khianat. Tetapi, sebahagian yang lain mengatakan bahawa mereka adalah kalangan orang beriman juga dan tidak boleh dibunuh.
Maka turun ayat ini menegaskan agar orang beriman tidak boleh berpecah sikap dalam menaggapi para munafiqin. Perbalahan akan melemahkan orang beriman. Ketegasan dan kesatuan sikap akan menyebabkan orang munafiq menjadi gerun, sekaligus membenamkan potensi nifaq untuk berkembang biak.
Situasi tidak mengizinkan Rasulullah SAW bertindak. Perang sudah di depan mata dan munafiqin berbuat onar. Misi utama harus diutamakan. Olah munafiqin akan ditangani kemudian. Rasulullah SAW telah bersabda mengenai mereka:
إنها طيبة وإنها تنفي الخبث كما ينفي الكير خبث الحديد
" Sesungguhnya ini adalah Madinah. Madinah akan menyingkirkan kekotoran sebagaimana kekotoran bijih besi disaring keluar oleh penyaringnya".
(Hadis Riwayat Syaikhan)
(Hadis Riwayat Syaikhan)
Nifaq dan munafiq terus ada. Pada zaman kini, golongan munafiq terus berkembang dengan pelbagai jenama dan kelab. Syiarnya adalah menentang hukum Allah dan rasulnya serta benci kepada orang-orang beriman yang berjuang untuk agama Allah. Pelbagai tipudaya dibuat sehingga kekadang mempesonakan khalayak hatta mungkin dia sendiri dianggap pejuang Islam menggelamkan pejuang Islam yang sebenar.
Neraca kita adalah ulama al-amilin al-mujahidin. Mereka umpama Al-Kiir (penapis kekotoran bijih besi) dan Jemaah perjuangan adalah laksana Tiibah (Madinah).
Bernaunglah di bawah kebijaksanaan Al-Kiir dan berkotalah di balik pagar Tiibah!

0 comments:
Post a Comment