Para pencinta ilmu agama wajib menjadikan pembelajaran bahasa
Arab sebagai agenda penting dalam menuntut ilmu. Ilmu bahasa Arab dari
ketiga-tiga cabangnya iaitu Saraf, Nahu dan Balaghah hendaklah dikuasai sebaik
mungkin dalam upaya dan daya yang tercakup. Ini kerana agama Islam sangat
bersangkut paut dengan bahasa disebabkan sumber agama Islam adalah Al-Quran dan
Al-Quran itu diturunkan dalam bahasa Arab tulin yang tiada cemaran
bahasa-bahasa pelbagai.
Maka, memepelajari bahasa Arab adalah wajib sebagaimana
wajibnya mendalami ilmu agama. Keghairahan sesetengah pihak menekankan
pentingnya bahasa Inggeris dalam pembelajaran dan melupakan keperluan
mempelajari bahasa Arab adalah ketempangan pemikiran. Betapa ramai ornag
mengalami konflik pemikiran dalam agama lantara memetik Islam dari sumber
bahasa yang tidka berakarkan wahyu.
Allah
berfirman dalam Al-Quran:
وَمَا أَرْسَلْنَا مِن رَّسُولٍ إِلاَّ بِلِسَانِ قَوْمِهِ لِيُبَيِّنَ
لَهُمْ فَيُضِلُّ اللّهُ مَن يَشَاءُ وَيَهْدِي مَن يَشَاءُ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ
Kami tidak mengutus seorang rasulpun,
melainkan dengan bahasa kaumnya, supaya ia dapat memberi penjelasan dengan
terang kepada mereka. Maka Allah menyesatkan siapa yang dia kehendaki, dan
memberi petunjuk kepada siapa yang dia kehendaki dan Dia-lah Tuhan yang Maha
Kuasa lagi Maha Bijaksana.
(Surah Ibrahim: Ayat 4)
Semua nabi diutuskan kepada kaumnya dengan membawa pengajaran
Islam menerusi bahasa kaumnya. Nabi-nabi yang diberikan kitab, kitab mereka
diturunkan dalam bahasa kaum mereka.
1) Taurat
dalam bahasa Ibarni
2) Injil
dalam bahasa Suryani
3) Zabur
dalam bahasa Qibti
4) Al-Quran
dalam bahasa Arab.
Bahasa kaum merupakan ciri sesebuah kitab diturunkan. Telah
termaklum bahawa nabi-nabi sebelum nabi Muhammad diutuskan kepada satu kaum
sahaja iaitu kaum mereka atau kaum yang mereka diutuskan berdakwah. Sementara
nabi Muhammad diutuskan kepada seluruh manusia dan jin. Maka seluruh manusia
dan jin adalah kaum kepada nabi Muhammad SAW.
Seluruh manusia dan jin punya bahasa yang berbagai-bagai.
Apakah munasabah Al-Quran diturunkan dalam semua bahasa yang ada dalam dunia?
Maka, bagaimana kita memahami ayat Al-Quran yang mensifatkan bahawa semua nabi
diutuskan mengikut bahasa kaumnya dalam konteks perutusan nabi Muhammad SAW?
Di sinilah kita perlu mencermati maksud tersirat mengenai
kewajipan mempelajari bahasa Arab. Jika kita kaum nabi Muhammad, kita berlu mengetahui
bahasa Arab kerana Al-quran diturunkan dalam bahasa Arab. Sedangkan Al-Quran
diturunkan mengikut bahasa kaum nabi Muhammad.
Dengan kata lain, kaum nabi Muhammad adalah kaum yang
berbahasa Arab. Kilas makna tersiratnya, semua orang perlu mempelajari bahasa
Arab.
Siapa yang mengetahui bahasa Arab, dialah bangsa Arab. Konsep
ini disebutkan dalam sebuah hadis yang daif:
عن أبي سلمة بن عبد الرحمن قال : جاء قيس بن مطاطية إلى حلقة فيها صهيب
الرومي وسلمان الفارسي وبلال الحبشي , فقال : هذا الأوس والخزرج قد قاموا بنصرة هذا
الرجل , فما بال هؤلاء ؟
فقام معاذ بن جبل , فأخذ بتلابيبه ثم أتى به إلى النبي صلى الله عليه
وسلم فأخبره بمقالته , فقام النبي صلى الله عليه وسلم مغضباً يجر رداءه , حتى دخل المسجد
ثم نودي : إن الصلاة جامعة , فصعد المنبر فحمد الله وأثنى عليه ثم قال : أما بعد :
أيها الناس إن الرب رب واحد , والأب أب واحد , والدين دين واحد , وإن
العربية ليست لأحدكم بأب ولا أم , إنما هي لسان , فمن تكلم بالعربية فهو عربي , فقام
معاذ بن جبل فقال : بم تأمرنا في هذا المنافق ؟
فقال : دعه إلى النار , فكان قيس ممن ارتدَّ فقتل في الردة
Sesungguhnya Islam telah melahirkan banyak tokoh pelbagai
bangsa dalam dunia sehingga penguasaan bahasa Arab mereka mengatasi orang yang
berketurunan Arab dari segi biologi.
Siapa tidak kenal Sibawaih, tokoh besar dalam ilmu nahu Arab yang
berbangsa Parsi? Zamakhsyari, Imam Muslim, Bukhari dan ramai lagi yang
menguasai bahasa Arab dengan baik dalam bidang mereka, bukan ebrbahasa Arab.
Karya mereka dalam bahasa Arab hatta kita pun beranggapan mereka adalah bangsa
Arab lantaran bahasa Arab yang menonggak kehidupan ilmu mereka.
Siapa pengarang kamus Al-Muhit yang terkenal itu?
Al-Fairuzzabadi seorang berbangsa hindi.
Begitu banyak tokoh ilmuan Islam dan karya mereka dalam
bahasa Arab yang hebat.
Sungguhlah rugi sesiapa yang mensia-siakan umurnya daripada
mempelajari bahasa agung ini. Bertambah malang kalau mendewakan bahasa Inggeris
yang hanya digembar gemburkan kehebatannya oleh pemuja materialisme. Tidak
salah belajar bahasa Inggeris, malah bahasa apapun, tetapi jangan lupa mempelajari
bahasa Arab. Betapa payah, jatuh bangun dan patah tongkat bertompang dagu,
belajarlah bahasa Arab sehingga ke akhir hayat.
Terjunlah ke dalam ilmu Islam menerusi pintunya.
0 comments:
Post a Comment