Pemilik Blog

Pemilik Blog
Ust Kama (PerenungLangit)

TAQWIM HIJRI

Waktu Malaysia

WAKTU SOLAT

TEACHERS ONLINE

IDME E-OPERASI SPLKM HRMIS EHASIL PenyataGaji apdm NKRA(KEBERHASILAN) FROG VLE Pajsk

PDPR 2024

Blog PDPR PDPR Kedah SpKedah Hantar RPH SKSS

LAMAN ARAB

AL_QARADHAWI Al-Meshkat Islamweb Islam Online LiveIslam Soidul Fawaid Toriqul Islam Al-Islam Islamqa Multaqa Ahlul Hadis Toriqut Taubah Zadul Ma'ad Mausu'ah Al-I'jaz Al-Ilmi Nidaul Iman Lahaonline Sahab.net Al-Sunnah.com Al-Sunnah.com

PORTAL PILIHAN

AKSESORI

Facebook BOX.NET Youtube Imageshack Babylon translation Merriam Webster Online Kamus Online Bahasa Arab Online Dictionary: English-Malay Ujia Kecepatan Menaip Mediafire Rapidshare 4Shared Ziddu Slide Filehippo 2Shared 2Shared PDFChaser MIXPOD Al-Ma'ani EVERNOTE BOX.NET Photobucket Photobucket Photobucket Unit Coverter

Rujukan

Cemar duli

February 6, 2011

Sering disebut, apabila seorang raja, sultan atau permaisurinya datang ke satu majlis atau pertemuan dengan rakyatnya, bahawa "baginda berkenan mencemar duli". 

Mencemar duli ditakrifkan mengikut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka ialah mengotorkan kaki. Perkataan duli itu  membawa maksud debu dan ia merujuk kepada debu di tapak kaki. Apabila seorang raja atau kerabatnya yang tertentu keluar dari lingkungan istananya, ia dianggap oleh orang Melayu zaman dahulu sebagai telah mengotorkan debu-debu yang ada di tapak kakinya.  

Ia cuma sebuah ungkapan bahasa. Mungkin begitulah rumusan kita. Dalam banyak hal, kita dapati bahasa Melayu membezakan antara bahasa rakyat biasa dengan bahasa istana. Namun, jika didalami yang tersirat di sebaliknya, ia memberi maksud kewujudan kecenderungan perhambaan yang keterlaluan dalam minda masyarakat Melayu. 

Ketika disebutkan "mencemar duli"seorang raja yang mengunjungi majlis atau pertemuan dengan rakyat, tertanya dalam fikiranku, apakah yang yang telah mencemarkan debu tapak kakinya. Apakah rakyat yang tinggal di kampung-kampung itu begitu kotor sehingga ia mencemarkan debu kaki seorang raja? Ini satu pentaqdisan yang keterlaluan. Nabi Muhammad SAW pun tidak ditaqdis sedemikian rupa sedangkan baginda Rasul itu, jika hendak dibandingkan dengan mana-mana raja dalam dunia ini jauh lebih mulia. Bagaikan bintang di langit dengan rumput di bumi. 

Bahasa melambangkan keperibadian sesuatu bangsa. Ummat Islam bukan ummat yang berjiwa hamba. Kedatangan Islam telah mengeluarkan sekelian banyak bangsa dalam dunia daripada perhambaan sesama makhluk kepada perhambaan hanya kepada khaliq.

Mungkin kita akan menganggap perkataan "cemar duli" tu cuma bahasa istana. Ia tidak membawa maksud apa-apa. Namun, Islam juga mementingkan ungkapan yang betul ketika kita memanggil seseorang kerana ungkapan yang salah akan membawa maksud yang salah. Allah berfirman dalam Al-Quran:


يا أيها الذين آمنوا لا تقولوا راعِنا، وقولوا انظُرْنا]

Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu katakan (kepada Muhammad): "Raa'ina", tetapi Katakanlah: "Unzhurna…”
(Surah Al-Baqarah: Ayat 104)


Perkataan "raa'ina" membawa maksud permintaan agar memberikan pahatian kepada apa yang kami katakan. Perkataan ini mempunyai persaamaan dengan kata-kata "unzhurna" yang bermaksud lihatlah kami. Namun, kata-kata "raa'na" ini digunaka oleh masyarakat Yahudi untuk mencela seseorang. Bagi mereka, ia bermaksud "bodoh". Pada peringkat permulaan, apabila orang-orang Islam ingin agar nabi Muhammad SAW mendengar apa yang akan mereka katakan, mereka menyubut "Ya Rasululllah...raa'ina..". Orang-orang Yahudi pun menybut demikian juga. Tetapi kemudiannya mereka tertawa. Saad bin Mu'az, seorang sahabat nabi menyedari konotasi negatif di sebalik bahasa yang mereka gunakan lalu dia mengancam dengan mengatakan bahawa jika dia mendengar lagi ungkapan tersebut daripada mereka, dia akan bunuh mereka.  Puak Yahudi berhjah bahawa perkataan tersebut juga digunakan oleh orang-orang Islam. Lalu turunlah perintah Allah agar mengubah bahasa yang negatif itu kepada yang lebih positif.

Aku melihat dalam bahasa Melayu, ada perkataan yang negatif. Umpamanya "cemar duli". Ia tidak harus digunakan kerana ia membawa konotasi negatif iaitu perlecehan kepada rakyat bawahan. dan pentaqdisan yang tidak layak buat manusia atas manusia.  Seolah-olah persekitaran dan jasmani rakyat adalah kotor dan cemar sehingga mencemarkan pula seorang raja yang mengunjunginya.


Wallahu a'lam.

7 comments:

Anonymous said...

menarik, suka dengan cara penghuraian yang lebih logik.

cikgu zuraydah said...

Menarik. Kupasan yang kritis, tapi mesti ada yang tak suka dengan pendapat menongkah arus.

Adi Nur Aidil Ali said...

Terima kasih atas penjelasan tuan itu. Ya memang itu yg ditafsirkan. Saya sedang buat kajian lapangan. Jika berkesempatan nnt saya usulkan hal ini ke majlis adat2 Melayu dan pihak istana jika boleh diperincikan lagi & dicarikan frasa bahasa istana yg baru.

Adi Nur Aidil Ali said...

Terima kasih atas penjelasan tuan itu. Ya memang itu yg ditafsirkan. Saya sedang buat kajian lapangan. Jika berkesempatan nnt saya usulkan hal ini ke majlis adat2 Melayu dan pihak istana jika boleh diperincikan lagi & dicarikan frasa bahasa istana yg baru.

delan said...

di istana dahulu , ade ahli2 ugama , tetapi tidak pula menjadi satu kesalahan menyebut yang demikian , ini menandakan bahawa perkataan itu tiada masalah dalam agama , orang melayu dahulu mendapat pendidikan agama dari pak arab terus , mereka lebih arif . dan tiada sifat keterlaluan dalam sistem raja alam melayu

eXCeLsiOr said...

Kamu tahu apa erti patek pacal yang hina menyembah duli tuanku itu? Ia bermakna saya ini anak anjing yang hina menjunjung tapak kaki kamu.

eXCeLsiOr said...

Kamu tahu apa erti patek pacal yang hina menyembah duli tuanku itu? Ia bermakna saya ini anak anjing yang hina menjunjung tapak kaki kamu.

Post a Comment