Pemilik Blog

Pemilik Blog
Ust Kama (PerenungLangit)

TAQWIM HIJRI

Waktu Malaysia

WAKTU SOLAT

TEACHERS ONLINE

IDME E-OPERASI SPLKM HRMIS EHASIL PenyataGaji apdm NKRA(KEBERHASILAN) FROG VLE Pajsk

PDPR 2024

Blog PDPR PDPR Kedah SpKedah Hantar RPH SKSS

LAMAN ARAB

AL_QARADHAWI Al-Meshkat Islamweb Islam Online LiveIslam Soidul Fawaid Toriqul Islam Al-Islam Islamqa Multaqa Ahlul Hadis Toriqut Taubah Zadul Ma'ad Mausu'ah Al-I'jaz Al-Ilmi Nidaul Iman Lahaonline Sahab.net Al-Sunnah.com Al-Sunnah.com

PORTAL PILIHAN

AKSESORI

Facebook BOX.NET Youtube Imageshack Babylon translation Merriam Webster Online Kamus Online Bahasa Arab Online Dictionary: English-Malay Ujia Kecepatan Menaip Mediafire Rapidshare 4Shared Ziddu Slide Filehippo 2Shared 2Shared PDFChaser MIXPOD Al-Ma'ani EVERNOTE BOX.NET Photobucket Photobucket Photobucket Unit Coverter

Rujukan

Tajdid Perjuangan

November 8, 2009

Pemimpin hendaklah berjiwa besar. Pemimpin hendaklah berimamkan kebijaksanaan, ketenangan dan membuang jauh emosi melulu.Pemimpin yang sebeginilah akan memacu perjuangan menongkah arus zaman. Agak senang hati bila membaca ulasan Ketua Pemuda Pas, Ust Nasruddin Hasan  Al-Tantawi dalam blognya bawa dia telah menyelesaikan krisis kecilnya dengan Dr. Aziz Bari.Episod tuduh menuduh telah ditamatkan dan tangan telah dijabatkan. Kalau sudah benar sebagaimana diberitahu, itulah jalan terpuji bagi mereka yang saling mencurigai dalam perjuangan. Kembali kepada sangka baik dan meyakini keikhlasan teman-teman seperjuangan adalah langkah yang bukan mudah dilakukan oleh semua orang.


Tekad ketua pemuda untuk mengadakan kunjungan pertemuan dengan beberapa tokoh Akademik  bagi mendengar persepsi mereka adalah satu cara yang sangat baik buat mematangkan perjuangan. Nama-nama seperti Dr. Agus, Dr. Abd Aziz Bari dan Dr. Abu Hasan Hasbullah adalah kalangan yang menekuni dunia akedemik dan mempunyai perspektif politik yang berani dan bebas. Kemahuan untuk mendengar komen, ulasan dan kritikan mereka adalah lambang kebesaran jiwa dan kemahuan untuk mematangkan perjuangan.

Sekarang bukan seperti zaman dahulu lagi. Zaman dahulu, pemuda yang menerjuni perjuangan  kurang menggunakan minda. Banyak menggunakan emosi dan pelampiasan kata-kata yang mengandungi amarah. Sekarang mad'u adalah rakyat yang cerdik pandai dan menilai dalam diam.Zaman sekarang, perlu disimpan banyak daripada persepsi sendiri tetapi mendengar persepsi orang lain. Kita perlu simpan semangat tetapi menggunakan ketenangan dan kebijaksanaan.

Ujaran Dr Abu Hasan Hasbullah bahawa menolak persepsi adalah primitif perlu difahami dan diamalkan. Biar sebagaimana pahit sekalipan tuduhan yang dilontarkan, berlapang dadalah dan anggap itu sebagai persepsi dan jadikan ia sebagai muhasabah diri. Itu lebih mulia daripada melenting dan membina persepsi balasan yang akhirnya akan menambahkan panas di telinga.

Inilah tajdid dalam perjuangan yang menjanjikan masa depan yang lebih bersinar.

3 comments:

haris said...

ust,
kdg2 ana kurang mengerti dgn sikap sesetgh ahli pas yg menanggapi soal persepsi tidak pnting, yg penting kata mereka,kita terus meyakini apa yg kita bawa dan perjuangkan.
kalau begitulah pola pemikirannya, apakah erti kita menyertai politik. kenapa tidak sahaja kita berjuang spt rakan2 dalam jemaah lain yg tidak peduli soal tanggapan masyarakat yg pnting apa yg mereka bawa.
asasnya, tiada siapa yg mmaksa utk kita mengorbankan prinsip utk memenangi persepsi rakyat. kalau kita mahu memilih politik sebagai medium dakwah, kita terlebih dahulu harus memenangi perang persepsi

PERENUNG LANGIT said...

ya..benat haris...

zabada said...

Sebuah hadia rasuluun saw berbunyi,"Apa yan aku takut keatas kamu ialah sejenisdajjal dari dari yang sebenar,Para sahabat bertanya,"siapa?".Rasululah saw menjawab,"Ulama-ulam yang buruk".Dajjal ialah orang Barat,kuasa politik Barat.Parti politik datang dari Barat.Ulama-ulama yang kuat parti politik yang diasaskan di barat ialah ulana dajjal itu,di mana mereka menjadi punca pecah belah umat islam diserat begara islam demokrasi kini.Nabi sendiri kata ulama politik ialah dajjal yang lebih ditakuti dari dajjal yang betul,kerana berjaya menipu umat islam memasuki parti agama tajaan mereka.Dajjal memang bererti menipu.Zabada

Post a Comment