Pemilik Blog

Pemilik Blog
Ust Kama (PerenungLangit)

TAQWIM HIJRI

Waktu Malaysia

WAKTU SOLAT

TEACHERS ONLINE

IDME E-OPERASI SPLKM HRMIS EHASIL PenyataGaji apdm NKRA(KEBERHASILAN) FROG VLE Pajsk

PDPR 2024

Blog PDPR PDPR Kedah SpKedah Hantar RPH SKSS

LAMAN ARAB

AL_QARADHAWI Al-Meshkat Islamweb Islam Online LiveIslam Soidul Fawaid Toriqul Islam Al-Islam Islamqa Multaqa Ahlul Hadis Toriqut Taubah Zadul Ma'ad Mausu'ah Al-I'jaz Al-Ilmi Nidaul Iman Lahaonline Sahab.net Al-Sunnah.com Al-Sunnah.com

PORTAL PILIHAN

AKSESORI

Facebook BOX.NET Youtube Imageshack Babylon translation Merriam Webster Online Kamus Online Bahasa Arab Online Dictionary: English-Malay Ujia Kecepatan Menaip Mediafire Rapidshare 4Shared Ziddu Slide Filehippo 2Shared 2Shared PDFChaser MIXPOD Al-Ma'ani EVERNOTE BOX.NET Photobucket Photobucket Photobucket Unit Coverter

Rujukan

Tauliah..

November 2, 2009

Dr. Asri ditangkap oleh penguatkuasa JAIS atas alasan tiada tauliah.

Aku teringat seorang kawanku yang cuma lulus SPM dan kemudian menjadi guru KAFA. Dia kata dia ada lesan besar untuk mengajar di mana-mana dalam negeri Kedah kerana dia ada tauliah. Ada guru-guru agama kampung, ketika mengajar di masjid dan surau, suara antara dengar dan tidak, pendengar 3 orang cuma, tapi dia ada tauliah. Ada yang  dipanggil lebai, mengajar sambil baca kitab harfun bi harfin , macam budak-budak tabligh baca kitab Fadhail Amal depan jemaah lepas solat, tapi lebai itu ada tauliah. Ilmu ditambat dengan tauliah. Kononnya untuk mengawal penyebaran ajaran sesat. Ironinya,ajaran sesat bertambah saban tahun. Di Selangor,negeri yang keras mendaulatkan tauliah pun, ada berpuluh ajaran sesat. Terbaru ajaran Kahar Ahmad yang mengaku sebagai rasul Melayu.

Kawanku itu suruh aku minta tauliah tetapi aku tidak mengambil peduali cadangannya. Mungkin kerana aku tidak rasa perlu kerana aku bukan tinggal di negeri Kedah. Aku tinggal di negeri Sabah. Di Sabah persoalan tauliah tidak dipentingkan sangat. Sekurang-kurangnya sehingga aku menulis ini, aku belum pernah mendengar seorang ustaz dihalang menyampaikan kuliah kalau tidak ada tauliah. Kalau mahu semua ustaz ada tauliah, tak dapatlah mengajar di sekolah-sekolah. Biar semua sekolah lumpuh daripada pendidikan Islam sebab guru-guru agamanya gagal mendapatkan tauliah.

Baru pagi tadi seorang sahabatku dari negeri Selangor menalifonku mengatakan dia sedang berusaha mendapatkan tauliah. Kebetulan sahabatku itu sedang ulang alik antara Mesir dan Malaysia kerana pengajiannya peringkat ijazah yang belum tamat. Katanya tauliah diperlukan untuk mengajar atau memohon jawatan imam di negeri Selangor.

Secara sepontan dia memberitahuku bahawa dia menyokong 100% Dr. Asri dan menyatakan orang sepertinya apa perlu lagi tauliah. Ramai yang tidak layak mendapat tauliah diberikan tauliah. Dalam bersahaja, aku katakan kepada sahabatku itu, janganlah sokong 100%. Itu taklid buta namanya. Kita hendaklah mendengar hujah seseorang tokoh dan kita tidak mengkultuskan mana-mana tokoh.

"Kalau pihak JAIS tahu kamu sokong 100% jangan mimpilah nak dapat tauliah...", lanjutku.

Kita generasi baru yang belajar agama berdasarkan hujah dan dalil. Kita tidak lagi menjawab "na'am" pada segala apa yang dikatakan oleh tuan guru, syeikh atau mana-mana tokoh. Kita meminta dalil, hujah dan sandaran. Kita mahu tahu ayat berapa dan hadis mana yang menjadi rujukan. Kita mahu mendengar hujah mazhab mana paling kuat untuk dipegang. Kita tidak perlu telalu mencintai mazhab syafie sehingga bermati-matian mempertahankannya. Kita membuka minda seluasnya untuk menerima pandangan mazhab lain dan mendengar hujahnya. Seterusnya,kita juga tidak mengkultuskan mana-mana tokoh baik tokoh zaman lalu maupun tokoh semasa. Kita tidak mahu taklid buta.

Masa aku baru habis belajar universiti, datukkku telah meninggal. Menjadi kebiasaan orang kampungku pergi berjumpa tuan guru minta bacakan Quran dan tahlil untuk si mati. Bapaku juga melakukan hal yang sama untuk datukku. Aku melihat beberapa not wang beralih tangan setelah tuan guru itu mengatakan kos baca Quran dan tahlil adalah sekian banyak.Aku bertanya bapaku, apakah dalilnya semua amalan ini. Jawapan simplistik bapaku, itu adalah amalan yang diajarkan oleh tok-tok guru. Itu sahaja sandarannya. Tok guru adalah orang yang lebih pandai agama dari kita. Aku tidak suka terima itu sebagai sandaran. Aku perlukan hujah dan dalil.

Memikirkan kes Dr. Asri ditahan kerana menyampaikan kuliah tanpa tauliah, aku rasa malu dengan gelagat penguasa agama yang jahil tentang fungsi tauliah. Tauliah tidak harus dijadikan alasan untuk menidakkan otoriti penyampaian ilmu oleh orang yang diakui otoritinya oleh instititusi pengajian yang diiktiraf dan lebih-lebih lagi Dr. Asri yang merupakan bekas seorang mufti sebuah negeri. Tauliah bukan untuk digunakan  sebagai alasan lurus bendul untuk menghalang setiap orang yang tidak punya tauliah. Kalau suruh aku minta tauliah, memang aku sendiri tak akan minta tauliah.Kalau mahu aku ada tauliah, berikanlah tauliah kepadaku tanpa perlu aku minta. Apatah lagi seorang tokoh ilmuan yang pernah menjawat jawatan mufti. Siapa pula yang menjadi juru penilai untuk memberi tauliah itu? Orang yang telah berada pada satu kedudukan intelektual dan mencapai tahap keilmuan tidak akan pergi memohon sekeping tauliah.

Jangan suruh para ilmuan dan ulama terhegeh-hegeh memohon tauliah kepada pegawai yang tidak dikenali. Apa lagi pegawai itu sendiri, yang punya tauliah bertimbun-timbun, tidak mampu menyampaikan ilmu pun. Kalau pun nak sampaikan ilmu,bukan ada orang mahu mendengar.

0 comments:

Post a Comment