Pemilik Blog

Pemilik Blog
Ust Kama (PerenungLangit)

TAQWIM HIJRI

Waktu Malaysia

WAKTU SOLAT

TEACHERS ONLINE

IDME E-OPERASI SPLKM HRMIS EHASIL PenyataGaji apdm NKRA(KEBERHASILAN) FROG VLE Pajsk

PDPR 2024

Blog PDPR PDPR Kedah SpKedah Hantar RPH SKSS

LAMAN ARAB

AL_QARADHAWI Al-Meshkat Islamweb Islam Online LiveIslam Soidul Fawaid Toriqul Islam Al-Islam Islamqa Multaqa Ahlul Hadis Toriqut Taubah Zadul Ma'ad Mausu'ah Al-I'jaz Al-Ilmi Nidaul Iman Lahaonline Sahab.net Al-Sunnah.com Al-Sunnah.com

PORTAL PILIHAN

AKSESORI

Facebook BOX.NET Youtube Imageshack Babylon translation Merriam Webster Online Kamus Online Bahasa Arab Online Dictionary: English-Malay Ujia Kecepatan Menaip Mediafire Rapidshare 4Shared Ziddu Slide Filehippo 2Shared 2Shared PDFChaser MIXPOD Al-Ma'ani EVERNOTE BOX.NET Photobucket Photobucket Photobucket Unit Coverter

Rujukan

Wali Allah

November 19, 2009

Ianya berlaku sekitar tahun 2005.

"Jom...kita pergi ziarah wali Allah!", seorang sahabat mengajakku.

"Di mana?", soalku kepadanya sambil terus memandu kereta. Kami dalam perjalanan pulang dari Alor Setar setelah sepagi bersiar-siar melihat ibu negeri Kedah yang hampir setahun tidak kami jenguk. Almaklum, perantau di negeri orang seperti kami, hanya sekali sekala pulang ke negeri kelahiran.

"Di kampung Paya", sahabat itu memberitahuku lokasinya.

"Macam mana anta kata dia wali Allah?", aku mencungkil maklumat tentang individu yang dimaksudkannya.

"Dia orang soleh, kata-katanya penuh hikmah dan kebijaksanaan, orang-orang dari serata negeri selalu mengunjunginya, ada yang berpangkat besar selalu datang ke rumahnya...", sahabat itu menceritakan kriteria yang ada pada orang yang dimaksudkan.

"Hemm..", aku diam dan tidak mahu memberi apa-apa komen sehingga aku melihat sendiri.

Kami menuju ke lokasi. Sebuah rumah yang di kelilingi kebun, pokok-pokok yang pelbagai dan redup. Ketika kami sampai,"wali Allah" itu tiada.Anaknya mengkhabarkan bahawa ayahnya sedang berpergian ke Thailand kerana mengambil barang yang orang mahu hadiahkan. Katanya beberapa bangku batu. Ketika itu hujan pun turun sangat lebat. Kami duduk berbual seketika dengan anak lelakinya yang berumur dalam penghujung belasan tahun dan masih belajar di sebuah sekolah sains. Setelah hujan agak reda, kami pulang dan bila kami sudah jauh meninggalkan kampung paya, aku teringat bahawa aku tertinggal buku-buku yang baru aku beli dari Alor Setar.

"Nampaknya kita kena datang lagi besok...",ujarku kepada sahabat itu.

Esoknya, selepas Zohor kami kembali mengunjungi kampung Paya .Sahabatku itu lebih beriya-iya untuk menziarahi pakcik yang dikatakannya wali Allah itu. Aku pun ingin tahu kebenaran cerita sahabatku itu. Ketika kami sampai, pakcik itu ada tetamu. Beberapa buah kereta sedang parking di halaman rumahnya. Nampaknya macam kereta bukan orang sembarangan. Kereta jenis mahal. Kata sahabatku itu, adalah biasa orang-orang seperti peguam, doktor dan pegawai-pegawai menjadi tetamu di rumah pakcik itu.

Ketika itu sekitar jam 2 lebih. Kami bersalaman dengan pakcik itu dan tetamu-tetamu yang lain. Ada sekitar 10 orang. Setelah itu, kami duduk di tepi dinding dan mendengar pakcik itu berceloteh seloka dengan pelbagai gaya bahasa. Ada cerita, pantun, nasihat dan sebagainya. Tidak lama sesudah kami sampai, sampai lagi beberapa orang yang lain. Dari perkenalan diri rombongan sesudah kami itu, aku tahu mereka datang dari negeri Perlis. Mereka mengadu kepada pakcik itu tentang amalan di negeri Perlis yang dikatakan menolak ahli sunnah wal jama'ah. Waktu itu, aku belum pernah mendengar isu wahabi dan Perlis dikaitkan sebagaimana hari ini.

Aku tidak pasti bagaimana jawapan pakcik itu. Tetapi, sejauh yang aku ingat, tidak ada jawapan muktamad yang diberikannya. Berbagai-bagai soalan dikemukakan oleh tetamu yang berkunjung. Berbagai-bagai  pula ulasanan dan kata-kata nasihat yang dilontarkan oleh pakcik itu. Dia juga banyak mengulas tentang perkataan "watawallani fi man tawallait" dalam doa Qunut yang menurutnya, pangkat kewalian itu hendaklah diminta dan diusahakan untuk dicapai.

Antara yang aku masih ingat, pakcik itu juga menyebutkan bahawa satu masa dahulu, di negeri Kedah ada tiga wali Allah yang terkenal dan punya kemahiran dalam bidang masing-masing. Kemahiran itu dipecahkan kepada tauhid, fekah dan tasawwuf. Mereka adalah  Tok Guru Pak Ya Junid, Tok Guru Hj Aziz dan Ustaz Niamat. Pada masa hayat ketiga-tiga mereka, pakcik itu mendakwa dia cuma bertindak sebagai pintu untuk menentukan orang yang datang hendak disalurkan kepada siapa bergantung kepada masalahnya. Kini, setelah ketiga-tiganya meninggal, kepadanya tertumpu segala cabang masalah.

Katanya,  dia sibuk sekali sekarang ini kerana berbagai-bagai orang datang bertanyakan masalah kepadanya. Oleh itu dia akan membuka semacam pejabat di rumahnya. Akan ada waktu berurusan yang akan ditulis dan dipaparkan di depan rumahnya. Dia kini berperanan sebagai doktor. Doktor kepada jiwa manusia.

Sekali, ketika dia membuka ruang untuk soalan, aku melontarkan soalan tentang isu yang dihebohkan oleh Astora Jabat pada ketika itu dan disiarkan dalam media massa bawa Imam Al-Ghazali mencela Al-Farabi dan Ibn Sina dan menuduh kedua-duanya sebagai athies dan kufur. Pakcik itu tidak menjawabnya sebaliknya dia berkata:

"Saya bukan mufti...soalan itu kena tanya kepada mufti".

Menjelang jam 5 petang pakcik itu masih rancak bercerita. Para penziarah yang datang masih khusyuk mendengar. Pertanyaan dan jawapan masih berselang seli dan tidak memperlihatkan titiknya. Asar sudah lama masuk. Ada pula tetamu-tetamu baru yang sampai. Aku membisikkan kepada sahabat itu bahawa asar sudah lama masuk dan kita perlu minta diri. Kata sahabat itu, sekejap lagi, kerana tetamu sedang berdatangan.Aku bersabar sehingga menjelang hampir jam 6 petang.

Akhirnya kami minta diri. Kami tinggalkan pakcik itu yang sedang masih kaya dengan cerita dan kalam nasihatnya yang rancak dilontarkan.

Kami singgah solat asar di masjid kampung Paya.Agak lewat. Mentari sudah rendah ke Barat.

"Bagaimana anta kata dia wali Allah kalau sampai kita keluar tadi dia belum mahu solat asar dan tidak mengajak penziarah untuk sama-sama solat asar?",keluar pertanyaan itu kepada sahabatku itu dalam pejalanan kami pulang ke kampung kami.

"Mungkin dia solat selepas kita pulang...",sahabatku itu mahu bersangka baik.

"Mudah-mudahan...",balasku.

Dalam hatiku waktu itu berat untuk memperakui kewaliannya. Tahun-tahun berikutnya aku cuba mendalami konsep kewalian yang secara sewenang-wenang diberikan kepada orang yang menampilkan watak luar  biasa dalam masyarakat.  Aku memahami satu kefahaman bahawa wali Allah itu tidak dapat dikenali dengan mudah berdasarkan petanda-petanda luaran. Banyak petanda luaran menipu kita. Ini kerana Syaitan seringkali mentazyinkan kepada kita agar sesuatu yang buruk, salah, sesat dan keji menjadi indah,muluk, molek dan syurgawi. Pengikut Ayah Pin mungkin pada awal perkembangan ajarannya menganggapnya wali Allah. Para pengikut ajaran Asaari pada peringkat awalnya mengatakan belia cuma wali Allah. Demikianlah, ratusan ajaran menyimpang dalam dunia hari ini bermula dengan rebah tatih memperakukan seseorang pemimpinnya sebagai wali Allah.

Setelah itu, wali Allah menjadi Tuhan, Pemuda Bani Tamim, Sohibuz Zaman dan Rasul bangsa Melayu. Maka, hendaklah kita beriktisod dalam meneyebarkan dakwaan kewalian. Ketua kepada segala wali Allah adalah Rasul Muhammad SAW. Tidak ada seorang manusia beriman yang layak disultankan dengan gelaran "Sultanul Auliya" di atas sahabat nabi yang terutama, Abu Bakar As-Siddik, apa lagi di atas nabi Muhammad SAW. Para wali berada di bawah para nabi. Sesiapa yang mendakwa jalan para wali dan jalan para nabi berbeza sebagai berbezanya syariat dan haqiqat, itulah jalan kesufian sesat yang direkayasa oleh syaitan.

0 comments:

Post a Comment