Pemilik Blog

Pemilik Blog
Ust Kama (PerenungLangit)

TAQWIM HIJRI

Waktu Malaysia

WAKTU SOLAT

TEACHERS ONLINE

IDME E-OPERASI SPLKM HRMIS EHASIL PenyataGaji apdm NKRA(KEBERHASILAN) FROG VLE Pajsk

PDPR 2024

Blog PDPR PDPR Kedah SpKedah Hantar RPH SKSS

LAMAN ARAB

AL_QARADHAWI Al-Meshkat Islamweb Islam Online LiveIslam Soidul Fawaid Toriqul Islam Al-Islam Islamqa Multaqa Ahlul Hadis Toriqut Taubah Zadul Ma'ad Mausu'ah Al-I'jaz Al-Ilmi Nidaul Iman Lahaonline Sahab.net Al-Sunnah.com Al-Sunnah.com

PORTAL PILIHAN

AKSESORI

Facebook BOX.NET Youtube Imageshack Babylon translation Merriam Webster Online Kamus Online Bahasa Arab Online Dictionary: English-Malay Ujia Kecepatan Menaip Mediafire Rapidshare 4Shared Ziddu Slide Filehippo 2Shared 2Shared PDFChaser MIXPOD Al-Ma'ani EVERNOTE BOX.NET Photobucket Photobucket Photobucket Unit Coverter

Rujukan

Agama bukan cetusan akal dan warisan nenek moyang!

November 4, 2009

Daurah Al-Quran semalam, beberapa soalan dilontarkan kepadaku. Antaranya ialah soalan mengenai amalan azan dalam kubur. Berdalilkan logik manusia itu ketika lahir diazankan, maka sayugialah ketika meninggal dan dihantar tempat asalnya (tanah), azan dilaungkan juga. Aku menjelaskan mengenai hal itu berpaksikan dua perkara.

Pertama, agama tidak boleh didirikan berasaskan logik dan andaian. Agama hendaklah berpijak kepada dalil sama ada dari Al-Quran maupun hadis nabi. Amalan orang tua-tua bukan hujah sekalipun amalan orang tua-tua itu adalah amalan para agamawan masa lalu. Kuncinya terletak kepada dalil Al-Quran maupun hadis. Kedua, amalan tersebut tidak pernah dibuat oleh Nabi, para sahabat dan salafussoleh. Tidak ada dalil yang boleh dipertanggungjawabkan untuk mengharuskannya. Kalau hanya berdasarkan logik manusia diazankan ketika dilahirkan,maka sayugia diazankan ketika dihantarkan, itu cara sandaran yang tidak boleh diterima. Akal dan logik bukan sandaran dalam beragama. Amalan nenek moyang juga bukan sandaran.

Lalu..aku menjawab bahawa amalan tersebut adalah bid'ah.

Maaf. Perkataan bid'ah amat sensitif bagi sesetengah orang. Biasanya bila kita mengatakan sesuatu itu bid'ah, sesetengah orang itu akan memandang kita dengan mata dipicingkan. Sepontan, keluarlah satu tuduhan.

"Anda wahabi!".

Kerja membid'ahkan amalan yang tidak bersandarkan dalil sering dilebelkan dengan kelompok wahabi.

Soalan lain yang diutarakan semalam ialah perbuatan sesetengah kalangan masyarakat kita yang telah kematian saudara maranya di satu negeri yang jauh. Katakanlah negeri Makkah. Saudara mara yang meninggal di Makkah itu, dikuburkan di Makkah. Namun saudara maranya di negara Malaysia akan membuatkan sebuah kubur untuknya di kampungnya di Malaysia.

Aku menjawab,perbuatan itu juga bid'ah. Nabi, para sahabat dan salafus soleh tidak pernah membuatnya. Lagipun, membina kubur di satu tempat yang di dalamnya kosong, tiada mayat ditanam, adalah sia-sia. Ia boleh membawa kepada kesyirikan jika sampai kubur itu ditaqdiskan. Ia menjadikan khurafat jika sampai timbul sangkaan bahawa kubur itu adalah kubur si mati yang meninggal di negeri yang jauh. Perbuatan membuat kubur simbolik sebegini adalah diasaskan atas sangkaan akal manusia yang diwarnai dengan kepercayaan karut marut nenek moyang.

Aku tegaskan bahawa agama bukan cetusan akal dan bukan warisan nenek moyang.Dengan menafikan amalan tersebut sebagai sebahagian daripada Islam, aku menyingkirkannya kepada kelompok bid'ah. Ini kerana ia perkara baru yang dikaitkan dengan Islam padahal ia bukan dari Islam. Membid'ahkan amalan-amalan yang tidak tentu hujung pangkal ini, bukan tugas wahabi. ia adalah tugas setiap orang yang mencintai ketulinan Islam dalam pengamalan.

Ketika disoal tentang talqin, aku mengatakan talqin itu adalah perkara khilafiah di kalangan ulama. Sebahagian ulama mengamalkan berdasarkan dalil-dalil praktikal yang pernah nabi lakukan yang difahami sebagai talqin. Sebagian menolak dan berhujah bahawa praktikal Rasulullah SAW sebegitu tidak boleh diistimbatkan sebagai pensyariatan talqin. Mengamalkan talqin atau meninggalkannya bukan perkara besar yang perlu dihebohkan. Pada saat yang mengizinkan talqin dibuat, ia boleh dibuat. Pada saat yang lain, ia boleh ditinggalkan jika mahu.


Aku bukan penentang tahlil. Aku pergi ke jemputan tahlil. Namun,aku tidak menguatamakan tahlil berbanding solat berjemaah. Kalau ada usrah dan jemputan tahlil dalam satu masa, aku utamakan usrah. Kalau buat tahlil selepas solat maghrib di rumah si mati, aku tak akan pergi. Aku tak suka duduk beramai-ramai sambil geleng kepala kiri kanan mengucapkan kalimah tayyibah sedangkan waktu itu azan sudah dilaungkan dan orang lain sedang menunaikan solat berjema'ah. Majlis tahlil itu kecil sekali dan kehadiranku adalah untuk tujuan dakwah dan persaudaraan. Jika tiada maksud dakwah dan persaudaraan, tiadalah aku suka menghadirkan diri.

Malam jumaat aku baca yasin di surau. Kekadang aku pulang dan tak baca yasin malam Jumaat. Baca yasin bukan wajib buatku. Kekadang solat subuh aku tak baca doa qunut. Dalam banyak keadaan, aku baca doa qunut. Pernah, tatkala jadi imam, aku terlupa doa qunut.  Terlupa juga sujud sahwi. Ada makmum bertanya. "Apalah kiranya solat subuh kita pagi ini ustaz?". Kataku, solat subuh kita, insya Allah sempurna. Tiada kurang apa pun. Qunut bukan masalah.  Tapi, aku selalu mengingatkan diriku agar berqunut. Aku ingin mengambil iktibar dari amalan imam Syafie ketika mengimamkan jemaah solat subuh di depan pengikut mazhab Abu Hanifah.

Padaku, inilah pandangan moderat dalam beragama. Moderat ertinya wasatiyyah. Wasatiyyah adalah sebaik-baik jalan. Kita tidak semberono membid'ahkan semua perkara. Sebagaimana kita dilarang semberono dalam berpegang kepada sesuatu perkara agama, kita juga dilarang semberono menolak sesuatu amalan. Dalam menetapkan sesuatu perkara, kita melihat kepada dalil dan hujjah yang diberikan. Jika masing-masing punya dalil dan hujjah, kita lihat kepada keperluan dan tuntutan dakwah dalam masyarakat.

Namun, kita tidak harus lemah dan terhuyung hayang dalam berpegang dengan sesuatu yang kita yakini. Yang kita yakini hendaklah berpaksikan hujah dan dalil.

Kita...membujur lalu melintang patah.

Lebih-lebih lagi dalam memperjuangkan  lagu perjuangan. Kita tidak harus muzabzab. Biar kita tegak kukuh laksana gunung kinabalu yang menggapai awan itu!

Mudahan kita akan menemui Allah pada penghujung yang kekal istiqamah.Semoga itulah husnul khatimah.

0 comments:

Post a Comment