Pemilik Blog

Pemilik Blog
Ust Kama (PerenungLangit)

TAQWIM HIJRI

Waktu Malaysia

WAKTU SOLAT

TEACHERS ONLINE

IDME E-OPERASI SPLKM HRMIS EHASIL PenyataGaji apdm NKRA(KEBERHASILAN) FROG VLE Pajsk

PDPR 2024

Blog PDPR PDPR Kedah SpKedah Hantar RPH SKSS

LAMAN ARAB

AL_QARADHAWI Al-Meshkat Islamweb Islam Online LiveIslam Soidul Fawaid Toriqul Islam Al-Islam Islamqa Multaqa Ahlul Hadis Toriqut Taubah Zadul Ma'ad Mausu'ah Al-I'jaz Al-Ilmi Nidaul Iman Lahaonline Sahab.net Al-Sunnah.com Al-Sunnah.com

PORTAL PILIHAN

AKSESORI

Facebook BOX.NET Youtube Imageshack Babylon translation Merriam Webster Online Kamus Online Bahasa Arab Online Dictionary: English-Malay Ujia Kecepatan Menaip Mediafire Rapidshare 4Shared Ziddu Slide Filehippo 2Shared 2Shared PDFChaser MIXPOD Al-Ma'ani EVERNOTE BOX.NET Photobucket Photobucket Photobucket Unit Coverter

Rujukan

Percekcokan dalam Jema'ah.

November 6, 2009

Seketika, termanggu aku membaca kritikan terbaru Abd Aziz Bari, seorang peguam, terhadap Presiden Pas, TG Hj. Hadi Awang dan beberapa pimpinan lain. Aku cuba menyelak lembaran sejarah yang boleh diambil iktibar dan renungan. Atas keyakinan bahawa sejarah sentiasa berulang, aku cuba membanding-bandingkan beberapa peristiwa di zaman Rasulullah SAW dengan peristiwa yang terbaru ini. Aku cuba mencari perkaitan antara dua peristiwa miskipun wujudnya dua peristiwa itu dalam  tampang yang berbeza. Mungkin ada kesamaan yang boleh dita'bir.

Ketika perang Uhud berkecamuk pada pusingan kedua, ramai juga para sahabat yang lari meninggalkan medan peperangan. Di antara yang lari tersebut, termasuklah sahabat besar merangkap menantu Rasulullah SAW iaitu Saidina Uthman bin Affan. Peristiwa larinya Saidina Uthman bin Affan tersebut telah menjadi modal ungkitan seorang sahabat yang lain yang bernama Abd Rahman bin Auf ketika  berlaku perbalahan mulut antaranya dengan Saidina Uthman bin Affan.

Kata Abd Rahman bin Auf kepada saidina Uthman bin Affan:

"Adakah kamu mencela aku padahal aku menyertai perang Badar sedangkan kamu tidak, Aku berbai'ah dalam Bai'atur Ridhwan sedangkan kamu tidak ikut serta dan kamu pula adalah dari kalangan mereka yang lari meninggalkan medan perang Uhud!".

Saidina Uthman bin Affan menjawab keritikan Abd Rahman ke atas peribadinya itu dengan mengatakan:

" Dakwaanmu yang mengatakan aku tidak menyertai perang Badar, maka sesungguhnya ketika perang itu meletus, isteriku yang juga puteri Rasulullah SAW sedang sakit dan aku merawatnya. Rasulullah SAW telah melemparkan panah untukku dalam peperangan itu. Dakwaanmu yang mengatakan aku tidak ikut serta dalam Bai'atur Ridhwan, maka sesungguhnya aku telah dihantar oleh Rasulullah SAW ke Makkah untuk melihat keadaan dalam kota Makkah ketika itu. Lalu Rasulullah SAW meletakkan tangan kanannya di atas tangan kirinya sambil berkata "ini adalah untuk Uthman". Tangan kanan dan kiri Rasulullah SAW lebih baik daripada tangan kanan  dan kiriku. Sementara dakwaanmu yang mengatakan aku lari meninggalkan medan perang Uhud maka Allah telah memaafkan aku sebagaimana firmannya:"


إن الذين تولوا منكم يوم التقى الجمعان إنما استزلهم الشيطان ببعض ما كسبوا ولقد عفا الله عنهم إن الله غفور حليم
Sesungguhnya orang-orang yang berpaling di antaramu pada hari bertemu dua pasukan ituHanya saja mereka digelincirkan oleh syaitan, disebabkan sebagian kesalahan yang Telah mereka perbuat (di masa lampau) dan Sesungguhnya Allah Telah memberi ma'af kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyantun.
(Surah Ali-Imran: Ayat 155)
Demikianlah yang dicatatkan oleh Imam Al-Qurtubhi dalam tafsirnya ketika mentafsirkan ayat 155 surah Ali Imran. Dari catatan tersebut, kita dapat melihat bagaimana seorang sahabat besar seperti Saidina Uthman bin Affan yang begitu banyak pengorbanan untuk perjuangan Islam, pun berdepan dengan kritikan terhadap komitmennya kepada perjuangan. Kalau difikirkan,  kenapalah dua sahabat Rasulullah SAW yang masing-masing dijanjikan syurga , masih berbalah dan saling membuat kritikan terhadap komitmen seorang yang  lain kepada perjuangan Islam. Namun, satu hakikat yang perlu dimengerti, bahawa sahabat-sahabat Rasulullah SAW tersebut juga adalah manusia biasa.

Peristiwa seumpama ini memang berlaku dalam jama'ah Islam. Kalau dalam jama'ah Islam yang ditegakkan dan mendapat tarbiah secara langsung daripada Rasulullah SAW pun masih ada situasi begini, apatah lagi dalam jema'ah yang berjuang untuk Islam di zaman mutaakhirin ini.Percekcokan bukan sahaja ditimbulkan oleh kalangan munafiqin dalam jema'ah tetapi juga dari kalangan anggota jema'ah yang ikhlas berjuang untuk jema'ah.

Mengenali samada munafiqin atau ahli jema'ah yang ikhlas yang menimbulkan percekcokan  dalam jema'ah, bukan satu perkara yang mudah. Rasulullah SAW yang mengetahuinya itu lalu menyuruh seorang sahabat   bernama Huzaifah Al-Yamani membuat senarai database munafiqin di Madinah, pun menerusi wahyu dari Allah SWT sebagaimana firmanNya:


ما كان الله ليذر المؤمنين على ما أنتم عليه حتى يميز الخبيث من الطيب وما كان الله ليطلعكم على الغيب ولكن الله يجتبي من رسله من يشاء فآمنوا بالله ورسله وإن تؤمنوا وتتقوا فلكم أجر عظيم
Allah sekali-kali tidak akan membiarkan orang-orang yang beriman dalam keadaan kamu sekarang ini, sehingga dia menyisihkan yang buruk (munafik) dari yang baik (mukmin). dan Allah sekali-kali tidak akan memperlihatkan kepada kamu hal-hal yang ghaib, akan tetapi Allah memilih siapa yang dikehendaki-Nya di antara rasul-rasul-Nya. Karena itu berimanlah kepada Allah dan rasul-rasulNya; dan jika kamu beriman dan bertakwa, Maka bagimu pahala yang besar.
(Surah Ali-Imran: Ayat 179)

Kalau Rasulullah pun tidak mengetahui apa yang ada dalam hati manusia untuk menentukan kemunafikannya, bagaimanalah mungkin kita mengetahuinya. Sesungguhnya kemunafiqan adalah termasuk dalam urusan ghaib yang hanya ada dalam ilmu Allah SWT.             


0 comments:

Post a Comment