“Wahai murid-murid perempuan…anda semua ibarat rusa dalam rimba !”demikian aku memberi tamsilan buat murid-murid tahun 6 hari itu.
Lalu aku titipkan nasihat ini untuk mereka...
Jagalah diri penuh waspada.
Dalam dunia amat bahaya.
Ramai gadis hilang dara
Diperkosa syaitan bertopeng manusia.
Kekadang hampir tidak percaya
Mendengar anak diperkosa ayahnya
Pakcik memperkosa anak saudara
Datuk pula memperkosa cucunya.
Gadis diperkosa di luar sana
Oleh manusia yang tak terduga
Sering dibaca dalam berita
Radio TV selalu menyiarkannya.
Ada insan dihormati masyarakat
Ke taraf imam dia diangkat
Sanggup berbuat dujana keparat
Murid mengaji dia panjat.
Ada guru mengajar di sekolah
Dibawa bicara di mahkamah
Kerana berbuat cabul lucah
Murid perempuan maruahnya punah.
Ada pula pengawal keselamatan
Sanggup merogol remaja perempuan
Lalu dibunuh tanpa perasaan
Meninggalkan nestapa keluarga berkenaan.
Oleh itu wahai sekalian
Murid perempuan ambil ingatan
Anda semua bagai rusa di hutan
Jika leka datanglah sesalan
Jadilah seperti rusa di rimba
Sambil meragut pucuk muda
Mata nyalang sentiasa waspada
Bimbang takut bahaya menerpa
Dalam rimba ada singa
Harimau serigala serta semuanya
Buat rusa perlu diwaspada
Setiap gerak jangan dialpa.
Biar renek bergoyang cuma
Dihembus angin sepoi bahasa
Atau hinggap dek pipit rimba
Rusa rimba mengangkat kepala.
0 comments:
Post a Comment