Kini bunga-bunga putih usia telah mula mekar di kepalaku. Suara-suara halus membisikan ke telingaku.
” Anda telah menginjak usia menempa kancah ketuaan”.
Bisikan itu segera mengingatkan aku pada saat dimana aku akan kehilangan segalanya. Saat dimana aku kehilangan rumahku,kehilangan kaum keluargakku dan segala duniaku. Aku telah tua sebenarnya. Inilah hakikat kehidupan yang sedang aku hadapi. Semua orang akan menghadapi hakikat ini sama ada dia suka atau tidak suka.
Pada mulanya uban dikepalaku hanya tumbuh bagai sepohon bakawali yang sukar dicari. Makin hari ia berubah menjadi bagaikan tumbuhnya rumput rampai yang membiak dengan cepatnya. Kini uban di kepalaku telah menjadi laksana bintang-bintang di langit, bertaburan, meletihkan sang perenung angkasa untuk menghitungnya.
Alangkah baiknya jikalau uban di kepalaku ini menjadi manifestasi ilmu dan khibrah yang bersemadi dalan dadaku. Alangkah baiknya jikalau uban ini menjadi lambang ketuaan yang penuh dengan bijaksana . Jika demikian kehadiran uban ihi adalah satu keberuntungan pada segaris usia hayat yang ku miliki.
Sebagaimana kata Zuhir ibn Salma:
“Aku telah jemu dengan bebanan hidup, maka sesungguhnya sesiapa yang hidup sepanjang usiaku, dia akan merasa jemu “
Kekadang uban yang ditaburkan oleh Malaikat usia di kepala seseorang itu tidak memberi apa-apa makna.
Lihatlah berapa ramai lelaki dan wanita yang direnggut usia tua renta masih lagi tidak menyedari hari kematiannya yang semakin mendekat. Dunia terus disukat. Tiada apa-apa yang boleh menyekat. Semakin tua bertambah keparat. Hari-hari yang ditempuh semakin jauh tersesat. Kemudian bila mati datang sesaat barulah sedar tiada makrifat. Akhirat menanti hidup merempat.
Sesungguhnya uban di kepalaku mengingatkan daku kepada para arwah yang telah mendahuluiku, arwah datukku, arwah bapaku, arwah saudara maraku semua, bahawa aku akan menyusuli mereka. Ingatan ini menjadi kepastian yang tidak diragui lagi
Wahai Allah…rahmati daku…ampunkan dosaku… matikan daku di dalam husnul khatimah.
2 comments:
Hah.. enta dah beruban. Ana lama dah.. habis satu kepala dah uban.. mengalahkan nabi Muhmmad yang bilangan ubannya masih dapat dihitung..Ya kita sudah di penghujung usia.. yang penting sentiasa bersedia..
Subhanallah....anta lebih tua daripada analah kalau begitu....hehe
Post a Comment