Pemilik Blog

Pemilik Blog
Ust Kama (PerenungLangit)

TAQWIM HIJRI

Waktu Malaysia

WAKTU SOLAT

TEACHERS ONLINE

IDME E-OPERASI SPLKM HRMIS EHASIL PenyataGaji apdm NKRA(KEBERHASILAN) FROG VLE Pajsk

PDPR 2024

Blog PDPR PDPR Kedah SpKedah Hantar RPH SKSS

LAMAN ARAB

AL_QARADHAWI Al-Meshkat Islamweb Islam Online LiveIslam Soidul Fawaid Toriqul Islam Al-Islam Islamqa Multaqa Ahlul Hadis Toriqut Taubah Zadul Ma'ad Mausu'ah Al-I'jaz Al-Ilmi Nidaul Iman Lahaonline Sahab.net Al-Sunnah.com Al-Sunnah.com

PORTAL PILIHAN

AKSESORI

Facebook BOX.NET Youtube Imageshack Babylon translation Merriam Webster Online Kamus Online Bahasa Arab Online Dictionary: English-Malay Ujia Kecepatan Menaip Mediafire Rapidshare 4Shared Ziddu Slide Filehippo 2Shared 2Shared PDFChaser MIXPOD Al-Ma'ani EVERNOTE BOX.NET Photobucket Photobucket Photobucket Unit Coverter

Rujukan

HUKUMAN SEBAT DALAM ISLAM

August 27, 2009

Hukuman sebat ke atas model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarno, atas kesalahan minum arak, telah menimbulkan polimik di kalangan masyarakat. Dalam keriuhan kalangan yang memberi komen terhadap hukuman 6 kali sebatan yang dijatuhkan, dari satu sudut, terpamirlah kejahilan sesetengah pihak mengenai hukum Islam dan dari sudut yang lain, dapat dilihat pula kalangan yang memperlihatkan ciri-ciri penolakan terhadap kaedah hukuman dalam Islam.


Kita mengakui bahawa hukuman 6 kali sebatan belum lagi menggambarkan hukuman hudud bagi kesalahan minum arak. Namun, oleh kerana belum pernah lagi terjadi kes kesalahan minum arak dijatuhkan hukuman sebat, ia menarik minat ramai pihak.

Hukuman sebat merupakan salah satu bentuk hukuman yang disebutkan dalam Al-Quran. Ia bukan bentuk hukuman yang diterbitkan oleh akal manusia tetapi adalah atas perintah Allah SWT. Oleh itu, tidak layak bagi orang-orang yang beriman untuk mempertikaikan kewajaran hukuman sebat yang terdapat dalam Islam lebih-lebih lagi dalam keadaan dia tidak tahu apakah yang dimaksudkan dengan SEBAT dalam Islam.

Tindakan Majlis Peguam baru-baru ini mempertikaikan hukuman sebat dan meminta kerajaan menghapuskannya atas alasan hukuman itu zalim, kuno dan keterlaluan adalah manifestasi kejahilan mereka tentang perundangan Islam. Mungkin, pada sangkaan Majlis Peguam, hukuman sebat yang disebutkan dalam Islam sama seperti sebat yang dijatuhkan dalam kes-kes mahkamah sivil.

Padahal, hukuman sebat dalam Islam jauh daripada apa yang difahami daripada hukuman sebat yang pernah dijatuhkan oleh mahkamah ke atas perogol bersiri.


Jika kita meneliti hukuman sebat yang dikenakan bagi kesalahan-kesalahan dalam Islam, kita akan mendapati sebat hanya dikenakan kepada tiga jenis kesalahan sahaja iaitu:

1. Kesalahan zina bagi yang belum kahwin:

Firman Allah SWT:

﴿الزَّانِيَةُ وَالزَّانِي فَاجْلِدُوا كُلَّ وَاحِدٍ مِّنْهُمَا مِئَةَ جَلْدَةٍ وَلَا تَأْخُذْكُم بِهِمَا رَأْفَةٌ فِي دِينِ اللَّهِ إِن كُنتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ وَلْيَشْهَدْ عَذَابَهُمَا طَائِفَةٌ مِّنَ الْمُؤْمِنِينَ

Perempuan yang berzina dan laki-laki yang berzina, Maka deralah tiap-tiap seorang dari keduanya seratus dali dera, dan janganlah belas kasihan kepada keduanya mencegah kamu untuk (menjalankan) agama Allah, jika kamu beriman kepada Allah, dan hari akhirat, dan hendaklah (pelaksanaan) hukuman mereka disaksikan oleh sekumpulan orang-orang yang beriman.

Surah An-Nur: Ayat 2

2. Kesalahan Qazaf iaitu menuduh orang lain berzina tanpa bukti:

Firman Allah SWT:

﴿وَالَّذِينَ يَرْمُونَ الْمُحْصَنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَأْتُوا بِأَرْبَعَةِ شُهَدَاء فَاجْلِدُوهُمْ ثَمَانِينَ جَلْدَةً وَلَا تَقْبَلُوا لَهُمْ شَهَادَةً أَبَداً وَأُوْلَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ

Dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, Maka deralah mereka (yang menuduh itu) delapan puluh kali dera, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. dan mereka Itulah orang-orang yang fasik.

Surah An-Nur: Ayat 4

3. Kesalahan minum arak; berdasarkan dalil sunnah dan amalan para sahabat.

Hadis Riwayat Anas bin Malik:

أن النبي أتي برجل قد شرب الخمر , فجلده بجريدتين نحو أربعين.

قال: وفعله أبو بكر , فلما كان عمر استشار الناس , فقال عبد الرحمن: أخف الحدود ثمانون، فأمر به عمر

Bahawa telah datang kepada nabi seorang lelaki yang telah minum arak. Maka baginda telah menyebatnya dengan dua pelepah tamar 40 kali sebatan. Abu Bakar juga menghukum dengan hukuman itu. Pada masa Umar (menjadi khalifah), beliau meminta nasihat orang ramai (mengenai hukum bagi peminum arak), maka berkata Abd Rahman bin Auf: "Seringan-ringan hudud adalah 80 kali sebatan". Umar pun memerintahkannya (sebat 80 kali).

(Hadis Muttafaq Alaih-lafaz Muslim)

Kaedah melakukan hukuman sebat dalam Islam tertakluk kepada peraturan dan cara yang tertentu.Ia dibincangkan secara terperinci oleh para fuqaha. Pendeknya sebatan di penjara yang diamalkan dewasa ini bukan sebatan yang dimaksudkan. Sebatan itu mengerikan. Ia zalim kuno dan keterlaluan. Itulah yang seharusnya Majlis Peguam tentang dan bukan menentang hukuman sebatan secara keseluruhan dalam keadaan mereka jahil tentang bentuk hukuman sebatan dalam Islam.

Pihak-pihak yang melarang dirotan murid-murid di sekolah kerana mengatakan hukuman rotan itu zalim dan merosakkan emosi pelajar, hari ini kembali termimpi-mimpi hukuman rotan untuk menyelesaikan kemelut gejala sosial di kalangan pelajar dewasa ini. Dahulu, semasa mula-mula mahu mengenakan sekatan dan larangan terhadap hukuman rotan, akal fikiran dijadikan panduan. Kononnya sebagaimana manusia yang belas kasihan kepada murid-murid. Belas kasihan yang membawa rebah. Hukuman rotan kepada anak-anak disarankan oleh nabi untuk mendidik mereka solat. Jika untuk tujuan mendidik boleh dirotan, maka guru-guru sebagai pendidik berhak menggunakan rotan. Kerajaan yang mendidik masyarakat juga berhak merotan rakyatnya. Itulah sebenarnya tarbiah. Tarbiah bukan sebagaimana mereka yang mengatakan “utamakan tarbiah”, sedangkan tiadapun tarbiah dibuat untuk rakyat. Rakyat dibiarkan hidup melata laksana kambing meragut rumput di luar pagar. TV menyediakan segala macam hiburan. Golongan hedonis dibela dan dilonjak dalam masyarakat. Pusat-pusat perjudian dibiarkan berkembang biak. Arak dan judi dijual bebas kepada semua lapisan masyarakat. Akidah tidak dipelihara dan pemurtadan tidak dapat dikawal.

Lalu, pada saatnya keluar kata-kata escapism “itu semua adalah persoalan iman masing-masing”.

Mana tarbiah?

1 comments:

LamanKekLapis said...

em..benar apa yang dikata..

Post a Comment