Pemilik Blog

Pemilik Blog
Ust Kama (PerenungLangit)

TAQWIM HIJRI

Waktu Malaysia

WAKTU SOLAT

TEACHERS ONLINE

IDME E-OPERASI SPLKM HRMIS EHASIL PenyataGaji apdm NKRA(KEBERHASILAN) FROG VLE Pajsk

PDPR 2024

Blog PDPR PDPR Kedah SpKedah Hantar RPH SKSS

LAMAN ARAB

AL_QARADHAWI Al-Meshkat Islamweb Islam Online LiveIslam Soidul Fawaid Toriqul Islam Al-Islam Islamqa Multaqa Ahlul Hadis Toriqut Taubah Zadul Ma'ad Mausu'ah Al-I'jaz Al-Ilmi Nidaul Iman Lahaonline Sahab.net Al-Sunnah.com Al-Sunnah.com

PORTAL PILIHAN

AKSESORI

Facebook BOX.NET Youtube Imageshack Babylon translation Merriam Webster Online Kamus Online Bahasa Arab Online Dictionary: English-Malay Ujia Kecepatan Menaip Mediafire Rapidshare 4Shared Ziddu Slide Filehippo 2Shared 2Shared PDFChaser MIXPOD Al-Ma'ani EVERNOTE BOX.NET Photobucket Photobucket Photobucket Unit Coverter

Rujukan

Jawapannya dalam satu tamparan!

August 25, 2009

Tazkirah selepas empat rakaat solat sunat taraweh malam tadi, ahli jema'ah dihidangkan satu cerita. Ustaz Rasyid Salleh yang membawakan cerita itu buat renungan ahli jema'ah.

*Untuk perhatian, Surau Al-Fajar, Taman Fajar Sandakan menganjurkan solat sunat taraweh 8 rakaat sahaja bersulam tazkirah.

Seorang anak muda baru pulang dari luar negeri. Kononnya pulang dari kembara mencari ilmu. Kepada bapanya diminta temukan dengan orang paling alim dalam negeri. Dia mahu tanyakan 3 soalan yang mana telah ditanyakan kepad semua cerdik pandai di luar negeri. Segala professor tidak tahu menjawab tiga soalan itu, kata anak muda itu. Lalu, oleh sang bapa, dibawakan seorang alim yang terkenal dalam negeri itu dan ditemukan dengan anaknya. Anak muda itu pun melontarkan 3 soalannya:

a) Di mana Allah?

b) Apa itu takdir?

c) Bagimana syaitan boleh disiksa dengan api neraka sedangkan dia adalah diciptakan daripada api?

Si alim itu tersenyum. Dia mendekati anak muda itu seolah-olah mahu menjawab soalannya. Tapi tiba-tiba…

“plepap!”, satu tamparan keras malayang ke pipi anak muda itu. Si alim menamparnya…tiba-tiba. Si anak muda terkejut dan tergamam. Itu benar-benar di luar jangkaannya. Masakan 3 soalan yang ditanyakan dibalas dengan tamparan?

“Kenapa tuan tampar saya?”, anak muda itu tidak puas hati. Teras nyeri pipinya ditampar si alim.

“Itulah jawapan bagi tiga soalanmu…”, balas si alim selamba.

“Apa?jawapan bagi soalan-soalanku?”, anak muda itu terkejut.Si alim mengangguk. Dia tersenyum, mesra.

“Terangkan padaku…”, anak muda meminta penjelasan.

“Anak muda…sakitkah tamparan saya? Si alim bertanya.

“Ya..sakit sekali…”,balas anak muda.

“Di mana sakitmu itu? Tunjukkan sakitmu itu agar aku dapat melihatnya”,tanya si alim.

“Sakit tak dapat dilihat”, balas anak muda.

“Bagaimana kamu tahu dia wujud, sedangkan kamu tidak melihatnya?”, si alim menyoal balas.

“ Aku merasanya”, balas anak muda.

“Demikianlah Allah, Dia wujud walaupun kamu tidak melihatnya", ujar si alim.

“Di mana?”, anak muda kebingungan dan dia hanya mahu tahu jawapan kepada soalan-soalannya.

“ Yang sakit itu bukan pipimu semata-mata, tetapi dirimu seluruhnya terasa sakit. Kamu pun tidak tahu di mana letaknya rasa sakit itu. Maka demikianlah soalan pertamamu’ Di mana Allah”, jawapannya sama dengan pertanyaanku “di mana sakitmu?”, terang si alim kepada si anak muda.

Soalan pertama terjawab. Jawapannya dalam satu tamparan!

“Baiklah…bagaimana jawapan soalan kedua?”. Anak muda melanjutkan.

“Hai anak muda…adakah semalam kamu bermimpi akan ditampar olehku hari ini?”, Tanya si alim.

“Tidak…”, jawap anak muda.

“Kau sudah meramalkannya?”, Tanya si alim lagi.

”Tidak juga”, anak muda menggeleng .

“Maka itulah takdir…sesuatu yang akan berlaku dan kita tidak tahu mengenainya”, balas si alim.

Soalan kedua terjawab. Jawapannya dalam satu tamparan!

Anak muda mengangguk. Tamsilan si alim mudah difahami.

“Baik…bagaimana soalanku yang ketiga?”,

“Hai anak muda…daripada apa asal kejadianmu?”, tanya si alim.

“Dari tanah”, jawap si anak muda jujur.

“Daripada apa pula aku diciptakan?”

“Samalah…dari tanah juga”,

“Kamu diciptakan dari tanah…aku dari tanah juga…aku menamparmu dengan tanganku yang diciptakan dari tanah sama seperti pipimu…mengapa pula rasa sakit?, Si alim bermantik.

Anak muda itu termenung memikirkan.

“Demikianlah…jika pipimu sakit dengan tamparan tanganku….maka apa sebabnya syaitan tidak dapat diazab dengan bakaran api neraka?” soal si alim. Anak muda itu mengangguk faham.

Soalan ketiga terjawab. Jawapannya dalam satu tamparan!

Ternyata soalan yang difikirkannya susah dan telah ditanyakan kepada segala macam profesor luar negeri itu hanya mengandungi jawapan semudah sebuah tamparan.

0 comments:

Post a Comment