Ya Allah...kirimkan sang pembunuh untuk membunuh lelaki durja ini!
Pemilik Blog

Ust Kama (PerenungLangit)
TAQWIM HIJRI
Waktu Malaysia
WAKTU SOLAT
Rujukan
Khutbah
Download Pelbagai
SUMBER FATWA
Senjata Blogger
Mana pembunuh Gaddafi?
February 26, 2011Ya Allah...kirimkan sang pembunuh untuk membunuh lelaki durja ini!
Posted by PERENUNG LANGIT at 7:49 AM 0 comments
Halal darah Muammar Gaddafi-Qardhawi
February 22, 2011Posted by PERENUNG LANGIT at 11:30 PM 0 comments
Labels: PETIKAN
Untung sabut timbul...
February 20, 2011Lihatlah, bagaimana Allah tunjukkan di Tunisia. Kejatuhan pemerintahan "istibdadiyyah" selama berdekad itu bukan hasil perjuangan jema'ah An-nahdhah pimpinan Rachid Ghanushi. Apa kaitannya dengan peristiwa seorang pemuda membakar diri membantah ketidakadilan pemerintah dengan Jema'ah An-Nahdhah? Tiada! Peristiwalah itulah yang menjadi asbab lonjakan emosi ramai pemuda Tunisia. Sebahagian besarnya bukan pun pemuda yang lahir dari tarbiah Jema'ah An-Nahdhah.
Posted by PERENUNG LANGIT at 1:22 PM 0 comments
Yang jahat itu Nasionalis dan Kapitalis
February 17, 2011Dia membawakan kepadaku contoh-contoh kejahatan bangsa Cina. Menurutnya, orang Cina, apabila dia menubuhkan sebuah syarikat dia akan menaikkan bangsa Cina dan menidakkan hak bangsa lain untuk menapak naik dalam syarikat, khasnya orang Melayu. Bersumberkan pengalamannya yang pernah bekerja dalam sebuah syarikat milik orang Cina, dia disuruh melatih seorang pekerja baru Cina dan kemudian pekerja baru itu mendapat kedudukan yang lebih baik daripadanya dalam syarikat dan memperolehi gaji yang lebih tinggi.
Di negeri Sabah, banyak konsesi balak dimiliki oleh orang Cina. Malah, tanah-tanah di banyak tempat dalam kawasan Sandakan dimiliki oleh orang Cina. Dengan menyebutkan kawasan batu 10 sebagai contoh, katanya hampir 90 peratus adalah milik orang Cina.
Sebuah bandar baru yang hampir siap dibina di Sandakan, dinamakan Bandar Letat. Ditulis Letat, tetapi sebenarnya Lee Tat, nama seorang Cina. Bandar tersebut muncul dengan prasarana pasar yang mengiklankan secara melampau arak "calrsberg". Aku pernah meninjau sepintas lalu kedai-kedai makan di atas pasar bandar tersebut, hampir keseluruhan signboard nama-nama kedai di situ diletakkan bersama logo "calrsberg".
Ini kerana orang Cina memang jahat. Lelaki Melayu yang berbual dengan itu menyimpulkan. Mereka nak tunjuk "power" sehingga menghina orang Melayu Islam. Presiden MPS pun seorang Cina dan dia tentu melebihkan kaum Cina dalam membangunkan Sandakan. Orang Melayu di Sandakan, penempatan mereka adalah di persisir pantai, kawasan kampung air yang miskin. Sedangkan kawasan perumahan mewah dengan rumah agam dan halaman yang selesa seperti di Grand View dan beberapa taman awal yang lain, dimiliki oleh kaum Cina. Cuma perumahan baru yang sedang dibina, oleh kerana terikat dengan koata bumiputera, pegangan kaum Cina sudah berkurang.
"Itu pun mereka cuba membantah...tidak puas hati...", lelaki Melayu itu berang.
"Kalaulah negeri Sabah ada Sultan...orang Cina taklah sewenang-wenangnya seperti sekarang!", Dia mengeluh mengimbau kehilangan institusi Sultan di Sabah, tidak sebagaimana negeri-negeri Melayu di Semenanjung.
" Yang jahat itu bukan bangsa Cina...bangsa melayu pun jahat", balasku.
Kalau orang Cina jadi pengarah syarikat besar, mengutamakan bangsanya, itu tidak lebih jahat daripada bangsa Melayu yang diberi jawatan mengepalai sesebuah syarikat besar milik negara tetapi mengutamakan hanya adik beradiknya. Mereka, malah tega merampas tanah orang miskin dengan alasan projek pembangunan. Soal mengumpulkan kekayaan dengan jalan haram, rasuah, pecah amanah dan sebagainya telah menjadi kebiasaan pula bagi konglomerat Melayu. Kehidupan di belakang tabir pula dihiasi dengan party air setan dan wanita-wanita simpanan. Sebagaimana watak peniaga-peniaga besar bangsa Cina, demikian pula watak kapitalis Melayu ini.
Ketika mereka diberi undi untuk menjadi YB dan terpilih untuk menjadi pemimpin di peringkat tertentu, mereka jadikan jawatannya sebagai jalan merebut peluang kekayaan. Kalau ada yang lebih baik sedikit, asyik melaungkan selogan perjuangan bangsa secara membuta tuli. Bukan juga bangsanya yang diperjuangkan, melainkan hanya kelompoknya sahaja yang rata-rata berbangsa Melayu. Melayu teramai tidak juga terbela.
Posted by PERENUNG LANGIT at 3:17 PM 0 comments
Labels: Pendapat
Orang dulu tak tahu tarikh lahirnya
February 15, 2011Bukan tradisi Islam mengingati hari lahir. Dakwaan bahawa mengenang hari lahir nabi boleh mengembalikan cinta kasih kepada nabi SAW adalah tidak dapat dibuktikan. Lagi pun, cinta nabi bukan dengan menyambut hari lahirnya tetapi adalah dengan menegakkan sunnahnya. Sekarang ini, banyak sunnah nabi diabaikan miski Maulid nabi disambut meriah saban tahun.
Pemerintahan tidak ditegakkan mengikut pemerintahan nabi. Kenyataan ini cukup menjadi dalil sinis mengapa dikatakan sambutan Maulid nabi tidak menambahkan cinta kepada nabi. Ia, malah hanya menimbulkan riak pihak tertentu bahawa merekalah pencinta nabi. Menumpang reputasi nabi untuk meningkatkan reputasi diri.
Posted by PERENUNG LANGIT at 9:33 PM 0 comments
Labels: Pendapat
Maulid anda bagaimana?
Mereka mendakwa inilah jalan kelompok Ahli Sunnah Wal Jama'ah.Berhujahkan bahawa kita perlu mencintai Rasulullah, maka dibuat Maulid Nabi. Kerana kita disuruh mencintai para ulama, maka para pengikut masyayeikh buat sambutan Maulid masyayeikh. Tanda cinta dijelmakan dengan pujian dan majlis Maulid.
Jumlah sambutan maulid yang berentetan ini mengelirukan aku. Apakah ini jalan ahli Sunnah Wal Jama'ah? Apakah ini pula cara meluahkan cinta dan kasih kepada nabi dan ulama? Orang-orang kafir Makkah mengungkapkan "madah" buat nabi dengan menggelarkannya "al-amin", namun mereka mengkufuri nabi Muhammad SAW. Malah, Abu Lahab, pada hari kelahiran nabi, dia membebaskan hambanya dan menyembelih unta untuk dikendurikan tanda gembira atas kelahiran nabi SAW. Namun, apakah Abu Lahab itu beriman dengan nabi? Tidak! Malah dia memusuhi nabi dan tergolong kalangan ahli neraka.
Kalau Maulid adalah jalan Ahli Sunnah, tentu nabi buat dan para sahabat buat. Para sahabat adalah contoh unggul Ahli Sunnah. Para Salafus Soleh pula adalah "al-Jama'ah". Mana Maulid yang dibuat oleh imam mazhab yang empat? Mana pula Maulid yang dibuat oleh orang lain untuk mereka?
Mungkin ketika Maulid Nabi diperkenalkan, aku boleh memikirkan untuk menerimanya berdasarkan hujah positifnya. Namun, apabila aku melihat di sana ada beratus sambutan Maulid selain nabi, ternayatalah sambutan maulid ini adalah satu yang menimbulkan tandatanya dan mengelirukan. Apakah keperluannya maka sambutan Maulid Masyayeikh yang beratus jumlahnya itu diadakan?
Mengapa orang tak buat sambutan Maulid Abu Bakar r.a, Umar Al-Khattab r.a dan Uthman. bin Affan r.a? Sambutan Maulid Fatimah binti Rasulillah r.a, Ali r.a, Hasan r.a , Husain r.a, Zainab dan keturunan-keturunan mereka banyak sekali diadakan. Perangai siapa yang menyanjung keturunan Ali r.a berlebihan ini? Apakah ulama-ulama Ahli Sunnah Wal Jama'ah sejak zaman silam pernah beranggapan Ali lebih mulia daripada Abu Bakar, Umar Al-Khattab dan Uthman bin Affan?
Justeru, mengapa pendokong perjuangan Imam As-Shahid Hasan Al-Banna, Sayyed Qutb dan ratusan ulama pejuang lain yang terkorban dalam jihad mereka, tidak melakukan Maulid untuk mereka? Kalau mahu dinilai pengorbanan untuk Islam, apa yang mereka lakukan adalah lebih besar daripada apa yang segala masyayeikh tariqat itu lakukan. Mengapa Maulid Masyayeikh dilakukan dan tidak Maulid para Mujaddid agama yang begitu berjasa?
Kepada siapa cinta kasih kita sepatutnya tumpah? Kepada mereka yang dicerca dan terkorban demi membela agama ini atau kepada mereka yang hidup terhormat tanpa cercaan dan mati dimaqamkan di bawah kubah agam?
Kalau kita boleh menerima sambutan maulid dengan kepelbagaian acaranya itu, maka janganlah mengata nista pula kalau anak kecil yang baru mencecah tahun-tahun awal hayatnya menngungkapkan peringatan buat ibu bapanya:
"Papa...mama...birthday saya tahun ni jangan lupa...",
Kuihnya mahu besar. Mesti ada lilin yang dipacakkan mengikut jumlah usia. Ada pula topi Santa Claus di kepala. Kemudian diiringi nyanyian lagu "happy birthday to you". Seterusnya ada "party".
Apakah sambutan Maulid Masyayeikh sahaja mahu diadakan? Kami juga mahu diadakan maulid untuk kami. Mungkin itulah ocehan anak-anak kecil itu...Apa kita nak kata?
Maulid anda bagaimana?
Posted by PERENUNG LANGIT at 11:58 AM 0 comments
Labels: komentar isu, kritikan
Velentine's day bukan dari agama Kristian.
Dalam hal ini, sebagai kalangan muslimin, kita tidak perlu melatah untuk membela Siti Nor Bahyah lalu membantah tuntutan Pemuda CCM itu. Sememangnya kesilapan telah dilakukan oleh beliau kerana lontaran komen secara 'simplistik' terhadap Velentine's day dan mengaitkannnya dengan agama kristian tanpa fakta yang kukuh. Islam menuntut kita untuk menghomati agama lain dan tidak menghina amalan mereka. Apatah lagi kalau kita menempelkan satu-satu keburukan terhadap agama mereka padahal mereka sendiri tidak mengakuinya. Ia merupakan satu fitnah dan fitnah tidak boleh dilakukan sekalipun tehadap orang bukan Islam.
Posted by PERENUNG LANGIT at 8:58 AM 0 comments
Labels: komentar isu
Bagaimana rakyat Yaman akan bangkit?
February 13, 2011Beliau telah menjadi presiden Republik Yaman sejak tahun 1978. Minggu yang lalu, melihat kepada kebangkatan rakyat di rantau Arab, dia telah berjanji untuk melepaskan jawatannya menjelang 2013 dan tidak akan mewariskan kepada anakanya.
Bagaimanalah rakyat Yaman akan bangkit? Namun khabarnya ada usaha golongan intelek di sana menghapuskan kebiasaan mengunyah daun qat ini.
Posted by PERENUNG LANGIT at 7:40 AM 0 comments
Labels: kritikan
Kemudian...Algeria
February 12, 2011Posted by PERENUNG LANGIT at 4:53 PM 0 comments
Labels: Hasrat
Selamat tinggal Hosni Mubarak
Selama ini, rakyat Mesir dituduh sebagai rakyat yang lemah dan tidak pandai melawan penguasa. Dengan kebangkitan rakyat ini, ternyata rakyat Mesir telah membuktikan bahawa mereka adalah rakyat yang menyimpan khazanah tamadun berabad. Kebangkitan rakyat telah menjadi lautan dan ombak yang memalu kebatilan berlumut keluar dari negaranya.
Kata Dr. Yusuf Al-Qardhawi, Medan Tahrir yang menjadi lokasi perhimpunan rakyat merupakan sebuah universiti yang mana rakyat belajar untuk mengenal kepentingan orang lain di atas kepentingan diri. Sesudah ini, kita semua akan berfikir bahawa tidak selamanya kebatilan dan penindasan ke atas rakyat berkekalan.
Hosni Mubarak bukan lagi dikenang sebagai bekas presiden mesir semata-mata, tetapi presiden yang disingkirkan rakyat. Dalam umurnya menjangkau 82 tahun, dia hanya mampu meratah sisa usianya dalam kehinaan dan penyesalan. Tunggulah saat nyawa direnggut malaikat maut dan baki umur yang ada tidak cukup untuk mensucikan dosa angkara murkanya buat rakyat selama berdekad. Kasihan…
Posted by PERENUNG LANGIT at 12:32 PM 0 comments
Labels: kritikan
Allah Khairulmakirin
February 6, 2011Posted by PERENUNG LANGIT at 7:33 PM 0 comments
Labels: pengajaran
Ketika syaitan lari terbirit-birit
Posted by PERENUNG LANGIT at 9:58 AM 0 comments
Labels: pengajaran, Ulasan
Cemar duli
Wallahu a'lam.
Posted by PERENUNG LANGIT at 6:55 AM 7 comments
Labels: Pendapat
Rabu terakhir bulan Safar
February 2, 2011Kebetulan pula hatiku tergerak untuk mengambil jalan menyusur pantai Pasir Putih, Sandakan ketika pulang dari bandar selepas membeli keperluan dapur di pasar besar Sandakan pagi tadi. Tertanya-tanya kenapa ramai orang sedang bermandi manda di pantai, aku singgah menyaksikan. Sambil berfikir, kenapa hari ini, bukan juga hujung minggu, orang ramai berhimpun di pantai Pasir Putih. Sejenak, baru aku sedar bahawa hari ini hari rabu dan minggu terakhir di bulan Safar.
Amalan mandi tolak bala adalah warisan jahilliyah Melayu. Ia juga ada dalam jahilliyah Arab, malah ada dalam jahilliah India dan lain-lain bangsa. Untuk kembali kepada ketulinan Islam kita perlu membebaskan diri daripada warisan nenek moyang yang telah dimansukhkan oleh Islam.
Pihak berkuasa agama boleh mengambil tindakan membanteras amalan khurafat ini dengan mewujudkan unit-unit pencegahaan di pantai pada hari-hari yang disambut penganut khurafat bulan Safar. Mencegah maksiat bukan dengan mengintip pasangan-pasangan yang mencurigakan dalam bilik rumah tumpangan atau hotel. Malah itu adalah maksiat yang tdiak lebih besar daripada maksiat akidah seperti amalan khurafat. Jika ada pasukan pencegahan maksiat untuk maksiat-maksiat seumpama itu. selayaknya lebih diperlukan pasukan pencegah maksiat besar seperti maksiat khurafat.
Allahumma ameen...berikan kami kekuatan membela agamamu.
Posted by PERENUNG LANGIT at 11:22 AM 2 comments
Labels: kritikan
Rachid Ghannouchi kembali ke Tunisia
February 1, 2011Rachid Ghannouchi adalah pemimpin Gerakan Islam An-Nahdha yang tinggal dalam buangan di London sejak tahun 1991. Beliau kembali semula ke Tunisia pada hari Ahad yang lalu, dua minggu setelah kerajaan presiden Zein al-Abidine Ben Ali. An-Nahdha merupakan gerakan yang mempunyai hubungan dengan Ikhwanul Muslimin dan pada tahun 1989 telah muncul sebagai pembangkang yang kuat dalam pilihanraya parlimen. Kebangkitan An-Nahdha pada tahun tersebut menimbulkan kebimbangan presiden Zainul Abidin Ben Ali dan beliau telah mengambil tindakan mengharamkan gerakan An-Nahdha. Wakil-wakil An-Nahdha tidak berdiri sebagai ahli parlimen bebas. Ancaman penangkapan melanda pemimpin-pemimpin utama An-Nahdha termasuk Rachid Ghanouchi yang keluar masuk penjara sejak zaman Bourguiba. Kini Rachid Ghannouchi telah kembali. Semoga gerakan Islam dapat mengisi lakuna politik yang sedang melanda Tunisia. |
Posted by PERENUNG LANGIT at 1:37 AM 0 comments
Labels: catatan