Pemilik Blog

Pemilik Blog
Ust Kama (PerenungLangit)

TAQWIM HIJRI

Waktu Malaysia

WAKTU SOLAT

TEACHERS ONLINE

IDME E-OPERASI SPLKM HRMIS EHASIL PenyataGaji apdm NKRA(KEBERHASILAN) FROG VLE Pajsk

PDPR 2024

Blog PDPR PDPR Kedah SpKedah Hantar RPH SKSS

LAMAN ARAB

AL_QARADHAWI Al-Meshkat Islamweb Islam Online LiveIslam Soidul Fawaid Toriqul Islam Al-Islam Islamqa Multaqa Ahlul Hadis Toriqut Taubah Zadul Ma'ad Mausu'ah Al-I'jaz Al-Ilmi Nidaul Iman Lahaonline Sahab.net Al-Sunnah.com Al-Sunnah.com

PORTAL PILIHAN

AKSESORI

Facebook BOX.NET Youtube Imageshack Babylon translation Merriam Webster Online Kamus Online Bahasa Arab Online Dictionary: English-Malay Ujia Kecepatan Menaip Mediafire Rapidshare 4Shared Ziddu Slide Filehippo 2Shared 2Shared PDFChaser MIXPOD Al-Ma'ani EVERNOTE BOX.NET Photobucket Photobucket Photobucket Unit Coverter

Rujukan

Sekali melangkah undur tiada

May 3, 2009

Kata Buya Hamka:

Anak lelaki tidak usah dihirau panjang,
hidupnya ialah berjuang,
kalau perahunya telah dikayuh ke tengah,
dia tidak boleh surut ke belakang,
miski bagaimana besar ombak gelombang yang datang,
biar patah kemudi,
biar layar robek,
itu lebih mulia daripada berbalik haluan pulang.

Aku membaca sajak Buya Hamka ini sambil menyimpan azam dan cita-cita agar aku dapat menjalani sirah anak lelaki yang dimaksudkan.Aku menyeru semua sahabat-sahabatku yang berjenis lelaki agar mengambil jalan hidup lelaki yang disarankan Buya Hamka!
Aku ingin sekali jadi anak lelaki yang dimaksudkan itu.
Anak lelaki sejati yang mengatur langkah perjuangan dan tidak akan surut ke belakang. Anak lelaki yang tidak takut kepada sebarang ancaman mendatang. Biar betapa banyak cabaran, ancaman maupun godaan yang betandang, hati tidak pernah goyang.
Aku ingin sekali jadi anak lelaki yang dimaksudkan itu.
Itulah anak lelaki sejati. Anak lelaki yang akan kekal dalam dunia biarpun jasad telah hancur tinggal tulang temulang.

Marilah kita jadi anak-anak lelaki itu...

Lalu aku lanjutkan dengan sajakku ini...

Dalam dunia yang penuh cabaran,
menuntut perjuangan dan pengorbanan,
alangkah mulia kalau hidup bersendikan keberanian,
menongkah arus terus ke hadapan.

Hidup berfikir untuk berjuang,
berjuang merentas jalan panjang,
berliku-liku tiada jalan pulang,
tidak takut maupun berhati walang.

Perjuangan tidak menuntut pamrih,
tidak pula merasa letih,
tiada pula haluan beralih,
laksana gunung tegak bertasbih.

Barang siapa berjuang untuk perut,
jika namanya selalu disebut,
ada habuan boleh direbut,
kepada perjuangan dia berpaut,

Barangsiapa berjuang untuk kaya,
bila tiada peluang niaga,
barang dijual tiada loba,
keterlibatan diri dirasa sia-sia,

Barangsiapa berjuang takut berkorban,
Setiap langkah menuntut bayaran,
Infaq harta amat keberatan,
Biarpun hanya sekali sebulan.

Barangsiapa berjuang dalam takut,
ancaman sedikit dia pun kalut,
kononnya ada SB mengikut,
jiwa kusut dahi berkerut.

Barangsiapa berjuang kerana semangat,
bila ramai dia pun kuat,
kala sedikit dia pun liat,
empat tahun sekali baru dilihat.

Barangsiapa berjuang untuk masyhur,
kelak bila disuruh undur,
pulanglah dia menyambung tidur,
kononnya kini masa berlibur.

Barangsiapa berjuang kerana pimpinan,
pemimpin mati hilanglah pedoman,
pemimpin berganti timbulah keraguan,
lalu tercipta pelbagai alasan.

Barangsiapa berjuang kerana Allah,
tidak akan merasa lelah,
biar tiada untung diolah,
kepada perjuangan tiadalah goyah.

Perjuangan ikhlas tiada penyudah,
untung rugi tidak diendah,
hanya tamat bila berpindah,
dari dunia ke alam barzakh.

0 comments:

Post a Comment