"Berapa banyak kitab anta telah baca?".
"Anta kena baca kitab banyak lagi...."
"Anta sudah baca kitab ini...kitab itu...?".
"Anta kenal ulama ini?"
Pertanyaan bernada perlecehan itu bertalu-talu. Anak muda yang sedang menekuni ilmu itu tidak lagi menahan emosinya. Aku ingin sekali membalas tetapi aku menahan hatiku agar tidak melatah. Sia-sia sahaja berlaku sombong dalam ilmu.
"Ana belum baca...",
"Ana tak berapa kenal dia..."
Jawabku bersederhana. Ocehannya tidak akan balas. Biarlah.
"Itulah...anta hanya kenal beberapa ulama...ulama-ulama muktabar anta tidak baca karya mereka...", balas anak muda itu.
Ramai orang hari ini menuntut ilmu untuk satu tujuan yang mencelakakan diri sendiri. Belajar ilmu untuk berbantah-bantah dan mencari sokongan orang. Belajar ilmu lalu tampil mempamirkan diri sebagai orang berilmu.
Rasulullah memberi amaran kepada orang yang belajar ilmu untuk tujuan seperti ini dalam hadisnya:
من طلب العلم ليباهي به العلماء، أو يماري بها السفهاء، أو يصرف به وجوه الناس إليه فهو في النار
“Sesiapa yang menuntut ilmu (agama) untuk menyaingi ulama, atau berbahas dengan orang jahil, atau supaya dengan ilmu tersebut wajah orang ramai tertumpu kepadanya, maka Allah masukkan dia ke dalam neraka.”
(Hadis Riwayat Ibn Majah dan Tirmizi)
(Hadis Riwayat Ibn Majah dan Tirmizi)
Aku mengingatkan diriku dan semuanya.
Hubaya-hubaya wahai orang yang menuntut ilmu. Peliharalah niatmu dan tahanlah lidahmu.
Hubaya-hubaya wahai orang yang menuntut ilmu. Peliharalah niatmu dan tahanlah lidahmu.
0 comments:
Post a Comment