Pemilik Blog

Pemilik Blog
Ust Kama (PerenungLangit)

TAQWIM HIJRI

Waktu Malaysia

WAKTU SOLAT

TEACHERS ONLINE

IDME E-OPERASI SPLKM HRMIS EHASIL PenyataGaji apdm NKRA(KEBERHASILAN) FROG VLE Pajsk

PDPR 2024

Blog PDPR PDPR Kedah SpKedah Hantar RPH SKSS

LAMAN ARAB

AL_QARADHAWI Al-Meshkat Islamweb Islam Online LiveIslam Soidul Fawaid Toriqul Islam Al-Islam Islamqa Multaqa Ahlul Hadis Toriqut Taubah Zadul Ma'ad Mausu'ah Al-I'jaz Al-Ilmi Nidaul Iman Lahaonline Sahab.net Al-Sunnah.com Al-Sunnah.com

PORTAL PILIHAN

AKSESORI

Facebook BOX.NET Youtube Imageshack Babylon translation Merriam Webster Online Kamus Online Bahasa Arab Online Dictionary: English-Malay Ujia Kecepatan Menaip Mediafire Rapidshare 4Shared Ziddu Slide Filehippo 2Shared 2Shared PDFChaser MIXPOD Al-Ma'ani EVERNOTE BOX.NET Photobucket Photobucket Photobucket Unit Coverter

Rujukan

Daulat, tulah dan saka

May 28, 2009

Langkawi bebas daripada sumpahan Mahsuri akhirnya. Sebagai tanda bebasnya dari sumpahan tersebut, Langkawi membangun pesat. Demikianlah sesetengah orang Melayu menyimpan kepercayaan.
Kononnya Mahsuri itu keturunan yang berdaulat dan sumpahannya menjadi kenyataan.


Di Kota Tinggi , Johor pula, timbul cerita-cerita mulut mengatakan sumpahan Sultan Mahmud yang mangkat dijulang, ke atas Laksamana Bentan dan keturunannya telah berakhir.

Cerita Laksamana Bentan membunuh Sultan Mahmud ketika dijulang atas tandu disebutkan dalam Hikayat Tuhfat Al-Nafis. Kerana Sultan itu telah membunuh isterinya, kerana seulas nangka, Laksamana tersebut yang bernama Megat Seri Rama, telah membalas dendam dengan menikam raja yang zalim tersebut. Maka, matilah raja itu tetapi sebelum mati, kononnya dia bersumpah, bahawa semua anak Bentam tidak boleh menjejaki kaki ke Kota Tinggi. Laksamana Bentan telah muntah darah selepas raja melafazkan sumpahannya. Seterusnya keturunan Laksamana Bentan yang melanggar sumpahan sang raja dan berani menjejaki kaki ke Kota Tinggi akan muntah darah.

Kata mereka yang mempercayai hal ini...
"Inilah daulat seorang raja...!"

Ada cerita yang aku dengar tentang Sultan Abdul Hamid yang memerintah Kedah dahulu, kononnya pada satu masa dia dipanggil merasmikan sebuah jambatan yang telah siap dibina. Dia letakkan sebelah kakinya dan jambatan itu pun senget. Peristiwa luar biasa itu dikatakan berkaitan dengan daulat sang raja.

Jangan main-main dengan daulat raja berdaulat. Demikianlah satu kefahaman disebarkan dalam pemikiran masyarakat Melayu.

Orang Melayu pun melaungkan...

"Daulat Tuanku!"



Akibat melangkah daulat raja, akan datanglah satu bentuk hukuman dan pembalasan yang disebut tulah. Orang-orang di Sabah selalu menggunakan istilah 'ketulahan' untuk menggambarkan akibat buruk kerana melanggar satu pantang larang.

"Daulat, tulah dan saka adalah nama-nama yang berkisar pada satu persoalan yang sama..." aku membuat kesimpulan itu ketika berbincang dengan GB mengenai pengembaraannya ke Pulau Langkawi baru-baru ini.

Daulat bukan keramat para auliya' Allah swt. Daulat bukan ma'unah daripada Allah swt. Daulat itu tidak lain melainkan tipudaya syaitan yang ditaburkan kepada manusia alam Melayu. Kepercayaan kepada Daulat yang diselitkan iktikad bahawa melanggar daulat seorang raja boleh menyebabkan ketulahan adalah syirik kepada Allah, wal iyazubillah.

Bahawa, tiada sesuatu apapun musibah melainkan kerana kehendak Allah belaka. Inilah iktikad selamat yang perlu kita perjuangkan untuk diri dan masyarakat.

Firman Allah swt:

Katakanlah: "Sekali-kali tidak akan menimpa kami melainkan apa yang Telah ditetapkan Allah untuk kami. dialah pelindung kami, dan Hanya kepada Allah orang-orang yang beriman harus bertawakal."

(Surah At-taubah: Ayat 51)


Dalam masyarakat Melayu ada satu istilah lain yang membawa konotasi negatif iaitu 'saka'. Saka secara jelasnya merupakan warisan nenek moyang yang berkaitan dengan jin dan syaitan. Saka kebiasaannya bersandarkan kepada sesuatu barang pusaka atau amalan nenek moyang yang dipindahkan kepada keturunan demi keturunan. Seorang terdahulu yang pernah membuat perjanjian tertentu dengan jin atau syaitan akan mewarisi legasi perjanjian itu kepada anak cucunya melalui pemusakaan sesuatu barang atau amalan yang menjadi simbul dan lambang kelangsungan hubungan tersebut.

Antara alat kebesaran yang menjadi lambang saka daulat

Inilah saka. Apa bezanya dengan daulat? Saka untuk rakyat biasa. Daulat untuk golongan bangsawan dan raja-raja. Bagi mendapat penjelasan lanjut tentang hubungan jin dengan daulat ini, kita boleh merujuk kepada satu adat pertabalan raja Perak yang dipanggil Tabal Jin. Adat sebegini jelas merupakan satu saka peringkat tinggi yang menjadikan jin-jin yang terikat dengan istiadat itu menompang dan menyokong pemerintahan seorang raja.
( Rujuk: Istiadat Tabal Jin)


Sesungguhnya masyarakat Melayu telah lama Islam. Namun, tidak semua adat, kebudayaan, sistem hidup dan lain-lain lagi di alam Melayu turut menjadi Islam. Sebahagian adat kebiasaan hindu masih diamalkan. Sebahagian adat paganism masih menyerap dalam beberapa sendi adat kebudayaan Melayu. Terdapat pula tipu daya syaitan yang masih membelanggu minda masyarakat Melayu.

Sesungguhnya generasi pembaharu perlu berani menongkah segala kebobrokan ini. Generasi pembaharu yang membawa panji agama Islam perlu segera tampil sebelum generasi pembaharu yang membawa panji selain Islam tampil mendominasi.


0 comments:

Post a Comment