Pemilik Blog

Pemilik Blog
Ust Kama (PerenungLangit)

TAQWIM HIJRI

Waktu Malaysia

WAKTU SOLAT

TEACHERS ONLINE

IDME E-OPERASI SPLKM HRMIS EHASIL PenyataGaji apdm NKRA(KEBERHASILAN) FROG VLE Pajsk

PDPR 2024

Blog PDPR PDPR Kedah SpKedah Hantar RPH SKSS

LAMAN ARAB

AL_QARADHAWI Al-Meshkat Islamweb Islam Online LiveIslam Soidul Fawaid Toriqul Islam Al-Islam Islamqa Multaqa Ahlul Hadis Toriqut Taubah Zadul Ma'ad Mausu'ah Al-I'jaz Al-Ilmi Nidaul Iman Lahaonline Sahab.net Al-Sunnah.com Al-Sunnah.com

PORTAL PILIHAN

AKSESORI

Facebook BOX.NET Youtube Imageshack Babylon translation Merriam Webster Online Kamus Online Bahasa Arab Online Dictionary: English-Malay Ujia Kecepatan Menaip Mediafire Rapidshare 4Shared Ziddu Slide Filehippo 2Shared 2Shared PDFChaser MIXPOD Al-Ma'ani EVERNOTE BOX.NET Photobucket Photobucket Photobucket Unit Coverter

Rujukan

Jauhi perbuatan orang fasiq

May 8, 2009

"Muhammad itu seorang Ahli Sihir".
"Muhammad itu seorang Gila".
"Muhammad itu seorang Kahin".

Dakwah Rasulullah berdepan dengan pelebelan yang betujuan untuk menggencatkan perjuangannya. Pelebelan terhadap Rasulullah bukan hal yang baru malah menimpa juga nabi-nabi yang terdahulu. Pelebelan terhadap para nabi-nabi memang menjadi tradisi orang yang memusuhi kebenaran dan ketandusan hujjah. Nabi-nabi dilebelkan dengan nama-nama yang negatif dan rendah dalam masyarakat seperti tukang sihir, orang gila dan tukang nujum.

Nabi Musa dilebelkan oleh Firaun sebagai ahli sihir dan orang gila sebagaimana firman Allah SWT:

وفي موسى إذ أرسلناه إلى فرعون بسلطان مبين، فتولى بركنه وقال ساحر أو مجنون، فأخذناه وجنوده فنبذناهم في اليم وهو مليم

Dan juga pada Musa (terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah) ketika kami mengutusnya kepada Fir'aun dengan membawa mukjizat yang nyata. Maka dia (Fir'aun) berpaling (dari iman) bersama tentaranya dan berkata: "Dia adalah seorang tukang sihir atau seorang gila. Maka kami siksa dia dan tenteranya lalu kami lemparkan mereka ke dalam laut, sedang dia melakukan pekerjaan yang tercela.

(Surah Az-Dzariyat: 38-40)



Ketika nabi Muhamamd melancarkan dakwahnya di Makkah, pemuka-pemuka Makkah melemparkan tuduhan dengan dengan mengatakan baginda seorang tukang nujum, ahli sihir dan orang gila.

Allah berfirman:

كذالك ما أتى الذين من قبلهم من رسول إلا قالوا ساحر أو مجنون أتواصوا به بل هم قومُ ُ طاغون

Demikianlah tidak seorang rasulpun yang datang kepada orang-orang yang sebelum mereka, melainkan mereka mengatakan: "Dia adalah seorang tukang sihir atau seorang gila. Apakah mereka saling berpesan tentang apa yang dikatakan itu. Sebenarnya mereka adalah kaum yang melampaui batas.

(Surah Az-Dzariyat: Ayat 52-53)

Mengatakan Rasul utusan Allah sebagai tukang nujum, tukang sihir dan orang gila adalah perkataan kufur. Ini kerana memberi gelaran yang tidak sepatutnya kepada mereka adalah satu pendustaan, penghinaan dan dan persendaan ke atas mereka. Mendustai para rasul adalah mendustai Allah SWT. Menghina para Rasul adalah menghina Allah SWT. Mempersendakan para Rasul adalah mempersendakan Allah.

Inilah perbuatan melebel yang menjadi tradisi golongan kafir. Sesiapa yang berjuang atas manhaj para nabi-nabi, pastinya akan menghadapi pelebelan yang sama seperti yang dialami oleh para nabi-nabi. Ini kerana begitulah sunnah perjuangan yang benar dan orang yang memperjuangkannya.

Renunglah baik-baik sunnah perjuangan ini dan fahami dalam konteks zaman sesudah nabi.

Semenjak nabi telah wafat, muncul golongan yang mencela para sahabat. Golongan syiah memberi gelaran yang berbagai kepada sahabat-sahabat besar seperti Abu Bakar, Umar dan Uthman. Mereka menggelar Abu Bakar sebagai 'fusuq' dan Umar sebagai 'Isyan'. Penukil sejarah yang tidak punya adab susila dengan sahabat mengelar Uthman sebagai nepotis. Demikianlah, palitan lebel dan gelaran terus mewarnai perjuangan para p ejuang kebenaran sesudahnya.

Memberi gelaran kepada seseorang yang beriman adalah perbuatan fasiq sebagaimana firman Allah SWT:
ولا تنابزوا بالألقاب بئس ال
اسم الفسوق بعد الإيمان ومن لم يتب فأولئك هم الظالمون
Dan jangan memanggil dengan gelaran yang mengandung ejekan. seburuk-buruk panggilan adalah (panggilan) yang buruk sesudah iman dan barangsiapa yang tidak bertobat, Maka mereka It ulah orang-orang yang zalim.
Surah Al-Hujurat : Ayat 11

Tabiat suka menggelar seseorang dengan gelaran-gelaran buruk atau gelaran yang bermaksud menghina adalah tabiat orang-orang fasiq. Biarpun pada mula orang ini beriman, mereka menjadi fasiq dengan sebab suka memberi gelaran kepada orang lain. Itulah kedudukan yang paling buruk kerana setelah mereka beriman kepada Allah, mereka ini menjadi fasiq angkara lidah mereka sendiri.
Kepada pejuang-pejuang Islam seantero dunia, perlu memahami hal ini dan mengerti bahawa gelaran yang diberikan kepada mereka ada angkara golongan fusaqa yang lidah mereka tidak punya ikatan dan sempadan.


TG Hj. Hadi dituduh Wahabi kerana memperakui Ibn Taimiyyah

Ada yang digelar Wahabi semata-mata kerana dia mempersoalkan beberapa perkara yang dikatakannya bid'ah.
Ada yang digelar Salafi kerana manhaj beragamanya yang tidak ta'asub dengan mazhab.
Ada yang digelar mujassimah.
Ada yang digelar terorist.
Ada yang digelar agen Amerika.
Ada yang digelar agen Yahudi


Mereka yang yang menggelar nabi Muhammad dengan gelaran tukang nujum, ahli sihir dan orang gila adalah golongan Jahiliah Arab. Maka sesiapa yang suka meletakkan gelaran kepada tokoh-tokoh pejuang Islam dan ulama Islam dengan gelaran yang menghina dan bertujuan memperlecehkan, mereka itu, selain dari kalangan orang fasiq, adalah termasuk kalangan orang jahil. Maka wajarlah kita melayani mereka sebagaimana firman Allah SWT:

وَعِبَادُ الرَّحْمَنِ الَّذِينَ يَمْشُونَ عَلَى الْأَرْضِ هَوْنًا وَإِذَا خَاطَبَهُمُ الْجَاهِلُونَ قَالُوا سَلَامًا


Dan hamba-hamba Tuhan yang Maha Penyayang itu (ialah) orang-orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata (yang mengandung) keselamatan.

(Surah Al-Furqan: Ayat 63)

Justeru, apalah mahu dihairankan.Jika mereka yang telah meninggal dunia seperti yang Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah boleh dilebelkan sebagai mujassimah , TG Nik Aziz dan TG Hj. Hadi yang masih hidup dan berjuang pun dituduh sebagai Wahabi dan Salafi. Menuduh memang perbuatan orang yang tiada kerja. Tokoh yang tidak berjuang dan hidup beribadat dalam mahallanya itu dilebelkan sebagai tokoh yang bersih dari kontroversi. Tokoh yang berjuang dan menetang arus, itu dipanggil sebagai tokoh kontroversi dan ditolak.

Namanya berjuang, tentu menimbulkan banyak pertentangan. Kontroversi dan pertentangan terbesar pernah diciptakan oleh Rasulullah SAW. Maka, tokoh-tokoh yang hendak dinilai sebagai pejuang, bukanlah seorang yang namanya tak dicemuh. Bukan yang tidak dilebel dan digelar dengan lebel dan gelaran yang nista dan negatif.

Kerajaan Sekular di Turki telah lama melebelkan tokoh-tokoh pembaharu Islam di Turki dengan gelaran-gelaran yang berbagai-bagai. Kerajaan Mesir cuba mematikan perjuangan Ikhwan dengan melebelkan mereka dengan pelbagai gelaran. Di mana-mana serata dunia, tokoh yang berjuang akan mendapat lebel daripada musuh kebenaran. Musuh kebenaran tidak punya hujjah dan bergantung dengan tradisi melebel dan menggelar.

Pokoknya...jauhi dari menggelar dan melebel seseorang dengan tujuan mematikan hujahnya kerana itu adalah perbuatan orang fasiq.

Semoga artikal ini mengandung keselamatan....


4 comments:

Shaikh Hamza said...

Muslims must provide certain percentages of any kind of wealth which they have accumulated. The very first act of worship that each Muslim performs is a confirmation of faith, called the shahaadah.Al Islam

Rahbar Islamic Foundation said...


The Five Pillars of Islam
The Five Pillars are the core beliefs and practices of Islam:

Profession of Faith (shahada). The belief that "There is no god but God, and Muhammad is the Messenger of God" is central to Islam. This phrase, written in Arabic, is often prominently featured in architecture and a range of objects, including the Qur'an, Islam's holy book of divine revelations. One becomes a Muslim by reciting this phrase with conviction.

Shaikh Hashim said...

كلماتك رائعة يا حبذا زدنا من معلوماتك
https://www.arabicdawateislami.net/blog/253#

Shaikh Hashim said...

من الليالي العظيمة في السنة هي ليلة الاسراء والمعراج وهي ليلة السابع والعشرين من شهر رجب على أصح الأقوال
https://www.arabicdawateislami.net/blog/308

Post a Comment