Ini adalah satu sisi pandangan yang lain yang sewajarnya ditarbiah kepada setiap orang yang beriman.Bahawa, kita wajar mendidik diri kita sebagaimana Rasulullah mendidik sahabatnya. Satu ketika apabila Umar Al-Khattab mengeluh simpati dan menangis melihat Rasulullah tidur atas tikar yang menimbulkan bekas di belakangnya, baginda menenangkan sahabatnya dengan bersabda:
أما ترضى أن تكون لهم الدنيا ولنا الآخرة
(Hadis Bukhari)
Pencapaian orang-orang kafir dalam soal keduaniaan membuatkan sesetengah orang Islam teruja. Mereka menguasai ekonomi dalam negeri. Negara-negara kafir seperti Amerika Syarikat dan negara Eropah adalah negara-negara yang menguasai ekonomi dunia. Negara Cina yang dikatakan gergasi ekonomi baru dari timur juga bukanlah sebuah negara Islam biarpun ramai rakyatnya beragama ISlam. Ketenteraan dan persentajaan juga dikuasai oleh negara-negara kafir. Sukan dan kebuayaan juga berada di tangan negara-negara kafir. Orang-orang kafir mempamerkan pencapaian dan corak kehidupan yang mempesonakan dari segi pengumpulan kekayaan, gedung-denung perniagaan, kenderaan yang mewah dan selesa, penampilan dan gaya, penjagaan kesihatan, sistem pengurusan dan pentadbiran dan sebagainya.
Pendek kata dunia dalam genggaman mereka.
Melihat keadaan ini, aku mengingatkan diriku dan semua sahabat agar mengenang pujukkan Allah dalam Al-Quran:Janganlah sekali-kali kamu terperdaya oleh kebebasan orang-orang kafir bergerak di dalam negeri. Itu hanyalah kesenangan sementara, Kemudian tempat tinggal mereka ialah jahannam; dan Jahannam itu adalah tempat yang seburuk-buruknya.
(Surah Ali Imran: Ayat 196-197)
Apalah nak dirungsingkan tentang dunia ini. Dunia hanya sepele. Kita perlu rungsingkan akhirat. Kerana akhirat itulah kehidupan sebenar.
0 comments:
Post a Comment