Pemilik Blog

Pemilik Blog
Ust Kama (PerenungLangit)

TAQWIM HIJRI

Waktu Malaysia

WAKTU SOLAT

TEACHERS ONLINE

IDME E-OPERASI SPLKM HRMIS EHASIL PenyataGaji apdm NKRA(KEBERHASILAN) FROG VLE Pajsk

PDPR 2024

Blog PDPR PDPR Kedah SpKedah Hantar RPH SKSS

LAMAN ARAB

AL_QARADHAWI Al-Meshkat Islamweb Islam Online LiveIslam Soidul Fawaid Toriqul Islam Al-Islam Islamqa Multaqa Ahlul Hadis Toriqut Taubah Zadul Ma'ad Mausu'ah Al-I'jaz Al-Ilmi Nidaul Iman Lahaonline Sahab.net Al-Sunnah.com Al-Sunnah.com

PORTAL PILIHAN

AKSESORI

Facebook BOX.NET Youtube Imageshack Babylon translation Merriam Webster Online Kamus Online Bahasa Arab Online Dictionary: English-Malay Ujia Kecepatan Menaip Mediafire Rapidshare 4Shared Ziddu Slide Filehippo 2Shared 2Shared PDFChaser MIXPOD Al-Ma'ani EVERNOTE BOX.NET Photobucket Photobucket Photobucket Unit Coverter

Rujukan

Sangka itu cermin suluh.

June 22, 2013

Saat angin fitnah membadai kota Madinah...

Ummu Ayub berbicara dengan Abu Ayub pada satu hari.

"Tidakkah kamu dengar apa yang dikatakan orang tentang Aishah?

Abu Ayub berkata: Aku sudah dengar dan cerita itu dusta belaka.Apakah kamu sanggup melakukan seperti apa yang dikatakan orang mengenai Aishah.

"Demi Allah aku tidak terfikir dan tidak akan melakukannya...", Ummu Ayub menegaskan.

"Demi Allah, Aishah lebih baik dari kamu!", Abu Ayub berkata kepada isterinya.

Maka turunlah firman Allah sebagaimana dalam surah An-Nur: Ayat 12.

لَّوْلَا إِذْ سَمِعْتُمُوهُ ظَنَّ الْمُؤْمِنُونَ وَالْمُؤْمِنَاتُ بِأَنفُسِهِمْ خَيْرًا وَقَالُوا هَٰذَا إِفْكٌ مُّبِينٌ

"Sepatutnya, apabila kamu orang beriman, ketika kamu mendengar cerita itu ( tuduhan keji terhadap Aishah), kamu akan sentiasa besangka baik sebagaimana sangka baik atas dirimu dan berkata itu semua cerita dusta belaka"

Buya Hamka, ketika menafsirkan ayat tersebut punya cerita kiasan yang menarik dan buat kita berfikir panjang. Tulisnya, ada cerita yang dikisahkannya mengenai seorang lelaki bertanya temannya mengenai pengalaman lawatan ke sebuah bandar di negara Amerika Syarikat.

"Apakah kamu temui wanita-wanita di sana yang mudah diperolehi untuk dijadikan teman sosial...?", sebuah pertanyaan berperasangka.

"Aku tidak temui apa yang kamu katakan itu", jawab temannya tulus dan jujur.

"Ah, masakan, aku tak percaya!", lelaki yang bertanya itu membeliakkan bola matanya tak percaya dan penuh prasangka

Kerana orang lain diukur dengan diri yang jelek, maka timbul perasangka buruk. Kalau orang itu baik, orang lain juga disangkanya baik.

Jika seseorang suka meremehkan kebaikan orang lain dan melihatnya dengan penuh prasangka, itulah petanda siapa dirinya. Orang beriman akan sentiasa melihat orang lain sebagai arcanya dalam cermin yang dilihatnya. Jika arca orang beriman yang lain itu buruk, jelek dan penuh masalah, maka itu kerana dirinya yang menjadi objek arca adalah jenis yang buruk, jelek dan berbalut masalah.

Mari membina sangka baik untuk sahabat

Aku sakit

Imam Bukhari meriwayatkan dalam Sahehnya hadis mengenai permohonan manusia kepada nabi Ibrahim untuk diberi syafaat di hari akhirat, lalu nabi Ibrahim berkata:

إني كَذَبت ثلاث كذبات

" Sesungguhnya aku telah berdusta sebanyak tiga kali"

Kerana itu menurut Imam Bukhari, nabi Ibrahim menolak hak memberi syafaat hinggalah syafaat itu dilaksanakan oleh nabi Muhammad SAW.

Pendustaan yang dimaksudkan nabi Ibrahim itu ialah:

1) Perkataannya : "Sesunguhnya aku sakit" (Surah As-Saffat: Ayat 89).

2) Perkataannya: "Bahkan yang besar (dari kalangan berhala) itulah yang meruntuhkan berhala sembahan kamu" Surah Al-Ambia: ayat 63)

3) Perkataan nabi Ibrahim bahawa isterinya Sarah itu adalah saudaranya sewaktu ditanya mengenainya oleh seorang penguasa zalim.

Sesungguhnya benar adalah sifat yang wajib bagi para Rasul Allah. Tentu sekali nabi Ibrahim tidak mendusta. Lalu, kenapa Ibrahim mengatakan dia berdusta 3 kali? Dusta apakah yang dimaksudkan? Apakah semua dusta itu dusta dan kemustahilan dustanya pada Rasul itu menafikan sebarang jenis dusta.

Nabi Ibrahim berkata "aku sakit" apabila ditanya oleh kaumnya mengenai kecicirannya dari menyertai pesta kaumnya. Dia bukan sakit pun tetapi cuma alasan untuk mengelak. Dari sudut itu nampaknya dia berbohong. Tetapi, dari sudut lain, hatinya memang sakit. Nabi Ibrahim dilihat sihat kalangan kaumnya tetapi sebenarnya dia sakit dan menderita melihat keukufuran kaumnya. Maka, betullah Ibrahim itu sakit. Dia bukan berbohong.

Nabi Ibrahim kata yang runtuhkan berhala kaumnya itu adalah berhala paling besar. Sedangkan dialah yang runtuhkan semuanya. Dia tinggalkan berhala besar itu dan tuduh berhala itulah yang bantai berhala kecil yang lain. Nabi Ibrahim bohongkah? Dia buat dituduhnya berhala besar itu. Lebih daripada itu, dia fitnahkah ke atas berhala besar itu? Tidak juga boleh dikatakan dia berbohong kerana ungkapan manusia bijaksana macam Ibrahim tidak wajar lurus macam orang bodoh. Orang bijaksana bila berbicara penuh kiasan dan simbolik. Seolah-olahnya nabi Ibrahim berkata:

"Berhala besar itu yang lebih berkuasa dari aku. Ia kan Tuhan? Ia yang lakukan...", sebuah perli maha tajam dari nabi bijaksana.

" Mana boleh...berhala tu tak boleh kelip matapun, apa lagi nak hayun kapak...", kaum bodoh berkata begitu.

" Nah, kalau begitu ia bukan Tuhanlah!", mantik nabi bijaksana mengena.

Itu soal bahasa sahaja. Bukan nabi Ibrahim cakap berhala itu yang buat kerja vandalis di rumah ibadat penyembahnya sendiri. Memang tak mampu pun dan Ibrahim tahu hal itu. Kaumnya juga tahu.

Sementara dakwaan nabi Ibrahim bahawa Sarah itu saudaranya, memang dia saudara nabi Ibrahim Saudara seagama dan seakidah.

Maka nabi Ibrahim tidak berbohong dan tidak berdusta walau dia kata dia ada tiga kebohongan. Kebohongan itu sifatnya nisbi dan hakiki. Yang hakiki itu mustahil buat para nabi dan isa buat kita juga. Yang nisbi itu tidak mengapa. Ia lihat pada keadaan dan situasi.

Bohong suami untuk mendamaikan empat orang isterinya yang bergaduh, itu nisbi. Bohong seorang nmak mendamaikan dua jirannya atau sahabhatnya yang bermusuhan, itu nisbi. Ringkasnya, kalau bohong itu memang perlu dan niatnya baik, itu bukan bohong yang sebenar. Itu cuma nisbi. Bukan hakiki.

Itulah dunia manusia. Kita bukan malaikat. Kita ada seni dan lenggok. Kita ada basa basi. Kita punya ragam dan rencam. Kita bukan lateral dan tidak boleh jadi lateralis. Firman dan sabda jangan ditafsirkan lurus bendul. Jangan pula sampai bengkang bengkok. Ada akal yang menterjemahkan. Namun, dan disiplin yang mengikat.

وَإِذَا مَرِضْت فَهُوَ يَشْفِينِ

Nabi Ibrahim pun sakit. Anda sihat?

Kalau begitu kita semua sering berbohong. Sakit dikatakan sihat. Sakit hati, sakit jiwa, gundah gulana, malas beramal soleh, kurang baca Quran, riya', ujub, tazkiah diri lebih dari orang lain dan seribu satu sakit membaluti diri, semua itu menjelaskan bahawa kita adalah orang-orang sakit belaka.

Yang sakit, penawarnya hanya Allah SWT.

Fukairah mengenai Al-Ghuluw Fid Din

June 20, 2013


Sabda Rasulullah SAW:

((إياكم والغلو في الدين، فإنما أهلك من كان قبلكم الغلو في الدين))

"Jauhilah oleh kamu kemelampauan dalam agama. Sesungguhnya telah binasa umat sebelum kamu kerana kemelampauan dalam agama".
(Saheh menurut Albani dari Sunan An-Nasai dan Ibn Majah)

Tidak semua ghuluw dalam agama itu sesat. Kemuncaknya memang sesat sebagaimana ghuluw kaum Nasrani yang mempertuhankan nabi Isa. Juga sebagaimana ghuluwnya beberapa mazahib yang menyimpang dari jalan Ahli Sunnah dalam memahami dan mentafsirkan serta bertindak mengenai beberapa isu agama.

Ghuluw melalui peringkatnya. Melewati had wasatiah yang ditunjuki agama berdasarkan nas syarak atau memilih jalan keras sedangkan jalan lembut ada, ia adalah awal kepada ghuluw. Seorang yang solat sunat sepanjang malam sehingga tia masa unuk dunianya dan keluarganya aalah sedang menapak tangga ghuluw.Seorang yang mewajibkan dirinya sejumlah zikir sunat atas dasar menjalani tariqat tertentu, juga bibit ghuluw.

Bukan semua ghuluw dihukumkan sesat. Sudah tentu amalan khatam Quran dalam masa 3 hari itu masih sunnah. Dua hari khatam itu ghuluw. Satu hari juga ghuluw. Namun ada sahabat yang mampu buat. Ghuluw itu pada ghalibnya. Nadir la hukma lah. Jika ada sahabat yang boleh khatam Quran dalam masa sehari atau dua hari, itu nadir. Ia bukan ghuluw bagi yang mampu dan dilakukan secara individu dan tidak melibatkan orang lain yang berada pada standard biasa mengikut adat umum.

Apakah pula tindakan sahabat yang yang terjum ke medan perang membuta itu ghuluw? Perbuatan bomkan diri di kawasan tentera Yahudi itu ghuluw? Ia bukan ghuluw jika dibuat dalam jumlah kecil. tapi kalau semua orang sudah buat begitu, jadilah ghuluw. Maka, amalan berat yang dibuat dalam kapasiti peribadi, dan peribadi itu mampu, maka ia bukan ghuluw. Islam menetapkan pirinsip dan pinsip adalah adopt untuk semua, bukan untuk orang tertentu.

Sesuatu yang berat dibebankan secara pukal kepada semua orang atau melibatkan ramai orang padahal mereka tidak mampu, maka jadilah ia ghuluw.

Wakullu ghuluw maratib....

Falsafah perpaduan yang salah

Bukan Perpecahan yang ditakuti
Bukan perpaduan yang diburu
Tapi kebenaran itulah andilnya



وَلَقَدْ أَرْسَلْنَا إِلَىٰ ثَمُودَ أَخَاهُمْ صَالِحًا أَنِ اعْبُدُوا اللَّهَ فَإِذَا هُمْ فَرِيقَانِ يَخْتَصِمُونَ

Dan demi sesungguhnya kami telah mengutuskan kepada kaum Tsamud saudara mereka yang bernama Soleh  mengajak mereka kembali menyembah hanya Allah semata-mata, lalu kaum tersebut berpecah dua dan saling mereka saling bersengketa.

Surah An-Namlu: Ayat 45
 

Kata orang, apa yang kamu buat ini akan menimpulkan perpecahan bangsa dan nusa. Mungkin juga dikatakan perpecahan dalam agama. Hatta, kekadang demi sebuah perpaduan utuh, orang selalu berhujah tentang perlunya pendamkan kebenaran.

Apa guna kebenaran kalau akibatnya perpecahan?Demikian diperingatkan.

Biarlah bid'ah itu menjadi amalan kerana ia sudah merata dalam masyarakat. Jika kamu cuba membetulkannya, kamu hanya akan menuai perpecahan. Demi kerukunan masyarakat, pejamkan sahaja matamu dan terimalah ia sebagai perkara biasa.

Wahai...bukankah nabi Soleh datang memecahkan kesatuan kaumnya yang batil?

Setengah orang pula berkata, demi perpaduan Melayu, lebih baik kita memilih pemimpin Melayu yang perasuah sekalipun ada pemimpin Cina yang amanah. Tidak lain ini hanyalah falsafah sesat yang mengajak memperjuangkan kebatilan dengan menggunakan lebel indah bernama perpaduan...
 
Hubaya hubaya...