Pemilik Blog

Pemilik Blog
Ust Kama (PerenungLangit)

TAQWIM HIJRI

Waktu Malaysia

WAKTU SOLAT

TEACHERS ONLINE

IDME E-OPERASI SPLKM HRMIS EHASIL PenyataGaji apdm NKRA(KEBERHASILAN) FROG VLE Pajsk

PDPR 2024

Blog PDPR PDPR Kedah SpKedah Hantar RPH SKSS

LAMAN ARAB

AL_QARADHAWI Al-Meshkat Islamweb Islam Online LiveIslam Soidul Fawaid Toriqul Islam Al-Islam Islamqa Multaqa Ahlul Hadis Toriqut Taubah Zadul Ma'ad Mausu'ah Al-I'jaz Al-Ilmi Nidaul Iman Lahaonline Sahab.net Al-Sunnah.com Al-Sunnah.com

PORTAL PILIHAN

AKSESORI

Facebook BOX.NET Youtube Imageshack Babylon translation Merriam Webster Online Kamus Online Bahasa Arab Online Dictionary: English-Malay Ujia Kecepatan Menaip Mediafire Rapidshare 4Shared Ziddu Slide Filehippo 2Shared 2Shared PDFChaser MIXPOD Al-Ma'ani EVERNOTE BOX.NET Photobucket Photobucket Photobucket Unit Coverter

Rujukan

KHUTBAH JUMUAT: ERTI HIJRAH BUAT UMMAT

November 16, 2012


SEDUTAN KHUTBAH JUMUAT:(Klik Untuk Teks Penuh)

Melaksanakan hijrah bukan mudah. Ia adalah langkah yang penuh ujian dan cabaran. Apabila langkah hijrah mahu dimulakan, syaitan akan menebarkan was-was.

Apakah kamu mahu tinggalkan negaramu yang di dalamnya kamu dilahirkan dan dibesarkan?
Apakah kamu tidak sayangkan bangsamu lagi?
Apakah kamu ingin putuskan hubungan kerabat?
Aduh, sayangnya harta yang telah kau usahakan.
Rumah yang kau bangunkan dan perniagaan yang kau giatkan…
Kekasih-kekasih yang kau tinggalkan…
Kebiasaan hidupmu…
Rutin harianmu…

Para Muhajirin di zaman Rasulullah telah berjaya menepis was-was syaitan itu. Mereka tetap berhijrah biarpun diancam dan digoda dengan semua macam gugatan dan rayuan perasaan itu. Akhirnya mereka berjaya. Apa yang hilang dari Kota Makkah, Allah gantikan dengan yang lebih baik di Kota Madinah.

Tiada cinta Negara kalau bukan kerana Islam!
Tiada bangsa yang diperjuangkan kalau bukan untuk Islam!
Tiada kemuliaan pada menjaga hubungan kerabat kalau bukan demi Islam!
Harta dan usaha itu hina kalau bukan untuk Islam!
Rumah dan perniagaan yang dibina itu tiada nilai kalau tiada Islam!
Semua kekasih menjadi musuh jika tidak Islam!
Kebiasaan hidup biar bersendikan Islam.
Rutin hidup buar di atas garis Islam.

Sesiapa yang mengejar kemuliaan, maka ketahuilah bahawa kemuliaan itu semuanya milik Allah SWT.

Allah berfirman:

وَمَنْ يُهَاجِرْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ يَجِدْ فِي الْأَرْضِ مُرَاغَمًا كَثِيرًا وَسَعَةً ۚ وَمَنْ يَخْرُجْ مِنْ بَيْتِهِ مُهَاجِرًا إِلَى اللَّهِ وَرَسُولِهِ ثُمَّ يُدْرِكْهُ الْمَوْتُ فَقَدْ وَقَعَ أَجْرُهُ عَلَى اللَّهِ ۗ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَحِيمًا

Barangsiapa berhijrah di jalan Allah, niscaya mereka mendapati di muka bumi Ini tempat hijrah yang luas dan rezki yang banyak. barangsiapa keluar dari rumahnya dengan maksud berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya, Kemudian kematian menimpanya (sebelum sampai ke tempat yang dituju), Maka sungguh Telah tetap pahalanya di sisi Allah. dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
(Surah An-Nisaa’:Ayat 100)

Kita ingin menegaskan bahawa mereka yang bertekad untuk melaksanakan hijrah dalam kehidupan, jangan takut mengenai razekinya. Allah menjanjikan limpahan kurnia bagi mereka yang bersedia mengambil jalan hijrah menuju Allah. 


Sebagai contoh, hari ini, kita berdepan dengan fenomena para artis yang berhijrah meninggalkan kehidupan sebagai artis yang lalai dan tidak bermatlamat agama dalam kerjaya mereka. Sesetengah orang beranggapan bahawa bila seorang artis wanita yang dulunya berpakaian seksi, kemudian berjilbab, manalah lagi akan ada peluangnya untuk meraih razeki dari bidangnya itu. Dunianya akan dilihat makin menyempit. Tetapi, ketahuilah dan yakinlah dengan janji Allah. Allah pasti meluaskan untuknya. Siapa yang menegakkan kehidupannya berasaskan takwa, Allah akan berikannya jalan keluar serta mengurniakan kepadanya razeki tanpa diduga.


Keyakinan yang sama juga harus tersemat dalam semua mereka yang masih ragu-ragu meninggalkan kehidupan lalunya yang berdosa. Siapa yang masih ragu-ragu meninggalkan alam jahiliahnya kepada kehidupan Islam yang sejati hendaklah meyakini janji Allah untuk meluaskan dunianya sesudah hijrah. Para pemakan rasuah hendaklah yakin bahawa kehidpannya akan lebih baik tanpa rasuah. Para pemakan riba hendaklah yakin bahawa dia akan lebih senang jika meninggalkan riba. Para penipu dalam urusniaga hendaklah meyakini bahawa dia akan semakin kaya jika berniaga dengan jujur dan amanah. Pemuja Barat dengan segala hagemoninya hendaklah yakin bahawa memilih Islam akan mengangkat darjatnya. Meninggalkan sistem yang tidak Islam dan berpindah kepada sistem Islam akan menambahkan keluasan hidup dan bukan mempersempitkan.


Inilah keyakinan yang wajib dipasakkan dalam hati sanubari setiap muslim yang meyakini Islam sebagai gaya hidup. Sebagaimana indah lafaz syahadah di bibir, biarlah demikian cantik pula tindakan dan perilaku. Kesyumulan Islam, kehebatan Islam dan keindahannya hendaklah diterjemahkan kepada tindakan dan tidak ada gunanya pada madah dan bicara semata-mata.


Semua orang hendaklah melangkah dengan yakin untuk berhijrah sebagaimana keyakinan para sahabat meninggalkan tanah air tercinta dan harta serta keluarga di Makkah. Demi Islam, kita berhijrah. Dunia tidak akan hilang sebaliknya ia datang mempersembahkan diri. 


Nasib Pemimpin ke enam

November 13, 2012

Imam As-Sayuthi menyebutkan dalam karyanya Tarikh Al-Khulafa' bahawa Ibn Al-Jauzi memetik perkatan Abu Bakar As-Suli di mana dia telah berkata:

Ada orang berkata bahawa sesiapa yang menjadi pemimpin keenam akan berdepan dengan pemecatan (disingkirkan dari jawatannya).

Petikan yang sama juga diturunkan oleh Ibn Kathir dalam Al-Bidayah Wan Nihayah .

Ibn Al-Jauzi berkata bahawa dia telah meneliti hal tersebut dan mendapati ia sangat menakjubkan. Beliau membawa contoh pemerintahan Islam yang bermula dengan nabi SAW dan khalifah yang yang ke enam adalah Hasan bin Ali. Jawatannya dicabut dan diambil oleh Mu'awiyah. Lalu selepas itu dalam kekhalifahan umaiyyah, dengan meletakkan Ibn Zubair sebagai khalifah ke enam, beliau juga dicabut kekhalifahannya apabila terbunuh dalam serangan Hajjaj bin Yusuf As-Tsqafi ke atas kota Makkah. Setelah itu, bermula khalifah Al-Walid, Sulaiman, Umar Abd Aziz, Yazid, Hisyam dan Al-Walid sebagai yang ke enam, dia juga hilang kekuasaan dan tamatlah pemerintahan Umaiyyah.

Dalam dinasti Abbasiyyah,bermula khalifah As-Saffah, Al-Mansur, Al-Mahdi, Al-Hadi, Ar-Rasyid dan yang ke enamnya adalah Al-Amin. Dia ditewaskan abangnya Al- Makmun yang merebut jawatan khalifah daripadanya. Selepas itu, bermula dengan Al-Makmun dan disusuli dengan Al-Mu'tasim, Al-Wathiq, Al-Mutawakkil, Al-Muntasir dan yang ke enamnya Al-Musta'in juga mengalami nasib yang sama.

Dapat disimpulkan, meneliti perjalanan khalifah-khalifah seterusnya, yang ke enam setelah proses rampasan kuasa, pemecatan, penggulingan atau apa sahaja seumpamanya juga akan mendapat nasib yang sama atau hampir sama. Ia memberi satu kesimpulan hasil pemerhatian (tajarrub) bahawa pemimpin ke enam akan berdepan pemecatan. 
 
Komen penulis:

Teringat pula pemimpin ke lima adalah DS Abdullah Ahmad Badawi, beliau letak jawatan dan diambil alih oleh DS Najib Tun Abd Razak.  DS Najib Adalah pemimpin keenam. Apakah beliau akan berdepan dengan nasib para pemimpin ke enam sebagaimana yang ditulis oleh ulama dalam karya mereka? Kita tunggu dan lihat.

Kalau apa yang dihuraikan oleh Ibn Al-Jauzi itu boleh diambil kira, maka hubaya-hubaya wahai sesiapa yang dipilih jadi pemimpin ke enam. Tidak kira pemimpin peringkat manapun. Nombor enam seperti punya rahsia Allah yang masih perlu ditadabburkan. 
Mungkinkah ada kaitan dengan penciptaan langit dan bumi dalam masa enam hari?

HIJRAH MEMBINA KERAJAAN


Tahun 1433 telah sampai ke penghujungnya. 2 hari lagi Zulhijjah akan melabuhkan tirai dan akan bermulalah bulan pertama dlam kiraan kalender Islam iaitu Muharram. Sungguhpun hijrah nabi dari Kota Makkah ke Madinah berlaku dalam bulan Rabiul Awal, ia tidaklah dijadikan bulan pertama dalam kiraan kalender hijri yang dirintis mulanya pada zaman pemerintahan khalifah Umar Al-Khattab r.a. Para sahabat telah sepakat menjadikan Muharram sebagi bulan pertama kerana ia telahpun dikenali sebagai bulan pertama dalam susunan mereka. Menghargai susunan yang telah sedia ada itulah maka bulan Muharram diambil. Ini menjadi iktibar kepada kita bahawa Islam menghargai khazanah tamaddun dan kebudayaan ummat yang tidak bertentangan dengan Islam. Selain itu, pengambilan bulan Muharram sebagai bulan pertama juga disandarkan kepada kedudukannya sebagai bulan haram dan juga bulan pertama selepas selesai ibadah haji. BUkankah ibadah haji itu membersihkan seseorang dari dosa dan amatlah elok jika tahun baru bermula dengan kebersihan dari dosa.

Di Malaysia, sambutan awal tahun Hijri dipopularkan dengan nama Ma'al hijrah. Ini kerana, sungguhpun bulan di mana nabi berhijrah iaitu Rabiul Awal tidak menjadi bulan pertama dalam kalender, tetapi tahun hijrah nabi itu dikira sebagai tahun pertama. Ini kerana perinstiwa Hijrah itu juga mempunyai impak besar dalam kebangkitan Islam sebagai tamaddun besar yang kemudiannya menguasai dunia.

Hijrah Nabi SAW dari Makkah ke Madinah bukan satu proses perpindahan biasa. Ia adalah simbolik kepada langkah dan tekad membina kerajaan baru yang adil dan saksama. Kerajaan yang mendapat redha Allah SWT. Nabi-nabi sebelum nabi Muhammad juga berhijrah tetapi hijrah mereka bukan membina kerajaan. Hijrah mereka adalah kerana faktor-faktor yang boleh disimpulkan sebagi menjauhikan diri dari azab.

Nabi Ibrahim umpamanya, berhijrah dan menetap serta wafat dan dikebumikan di Palastin kerana ingin lebih dekat kepada Allah sebagaimana firman ALlah SWT:

 
وقال إني ذاهب إلى ربي سيهدين



Dan Ibrahim berkata:"Sesungguhnya Aku pergi menghadap kepada Tuhanku, dan dia akan memberi petunjuk kepadaku.

(Surah As-Saffat: Ayat 99)

 Nabi Musa pula berhijrah meninggalkan Mesir semas belum pun menjadi nabi dan hijrah itu pulah adalah kerana lari dari kezaliman Firaun dan pembesar-pembesarnya. Firman Allah SWT:


إن الملأ يأتمرون بك ليقتلوك فاخرج إني لك من الناصحين ، فخرج منها خائفاً يترقب قال رب نجني من القوم الظالمين


Dan datanglah seorang laki-laki dari ujung kota bergegas-gegas seraya berkata: "Hai Musa, Sesungguhnya pembesar negeri sedang berunding tentang kamu untuk membunuhmu, sebab itu keluarlah (dari kota ini) Sesungguhnya Aku termasuk orang-orang yang memberi nasehat kepadamu. Maka keluarlah Musa dari kota itu dengan rasa takut dan waspada, dia berdoa: "Ya Tuhanku, selamatkanlah Aku dari orang-orang yang zalim itu".

(Surah Al-Qasas: Ayat 20-21)

Sementara hijrah Nabi Muhammad SAW bukan seperti hijrah para pendahulunya. Istimewanya hijrah nabi adalah kerana ia perpindahan dari hidup tidak memerintah kepada memerintah. Daripada tidak punya kerajaan kepada adanya kerajaan. Islam yang didakwahkannya sebelum hijrah diperintah sedangkan Islam yang didakwahkannya selepas hijrah adalah Islam yang memerintah.

Maka sambutan ma'al hijrah yang kita sambut saban tahun, jangan hanya jadi acara tahunan yang melalikan. Biarlah sambutan hijrah kali ini membawa kita mengimbau keberhasilan nabi SAW membina kerajaan  hasil dari hijrah tersebut. Lantas, kita pasakkan tekad agar Islam meraih kekuasan dan menjadi pengatur dalam pencak di persada kekuasaan. Sudah lama dan jemu kita mendengar Islam diatur demi kepentingan kekuasaan.

Sementelahan, pilihanraya yang bakal diadakan tidak lama lagi jatuh pada tahun baru Hijri. Maka, ia merupakan langkah terbaik menggarap pembinaan kerajaan madani yang mencontohi kerajaan nabi. Mungkin memiripi acuannya adalah mustahil, namun mengambil dasar-dasarnya adalah mungkin. Paling utama, kerajaan Islam hendaklah menjunjung keadilan dan hak-hak rakyat. Rakyat tidak harus ditindas, dipermalukan dan dianggap dunggu dengan hidangan maklumat senget yang membingungkan. Kerajaan juga hendaklah ditadbir oleh penguasa yang bersendikan kepada kekuatan dan amanah dalam menegakkan tuntutan bernegara. Sementara khianat dan hilang jatidiri sebagai kerajaan yang membela rakyat menjadi justifikasi jelas bahawa ia sudah tidak diperlukan.

Kerajaan manusia boleh bertukar silih berganti. Ia bukan hal yang menakutkan. Bukan juga hal yang perlu congak sukar. Hanya kerajaan Allah sahaja yang kekal abadi. Dialah Allah pemilik sejati semua kerajaan dan Dialah juga yang mengatur kekuasaan kerajaan negeri dan negara di dunia, ke pundak siapa hendak diberi pinjamkan.

ANTARA "BARBIE" DAN BABI

November 11, 2012

" Baba, belikan Mila barbie!", demikian anakku yang berusia 5 tahun itu sering pesankan bila aku beritahunya bahawa aku mahu ke bandar dan tidak membenarkannya ikut sama. Itu adalah sebagai tukar gantinya  dia tidak ikut serta.

Barbie adalah anak patung perempuan cantik yang menjadi animasi kegemaran ramai kanak-kanak perempuan dewasa ini. Ia mempunayi raut wajah yang menarik dan gaya berpakaian  yang begitu fashionable. 


" Apa? belikan babi?", aku sering mengusik.
" Eh...bukan babi, barbie", anakku yang usianya lima tahun itu dengan pantas membetulkan.

Dia pun tahu bezanya antara babi dengan barbie.Aku tersenyum. Itu satu perkembangan kognitif yang membanggakan.

Anak-anak orang Islam memang ditanamkan rasa anti-babi. Semakin membesar, kefahaman mereka tentang babi akan bertambah. Umumnya babi akan ditanggapi dengan jijik dan kotor. Babi itu nista dan haram. Haram di makan dan najis mughallazoh pula.

Barbie lain dari babi. Itu cuba dibetulkan. Tetapi sebutan hampir sama. Kalau ada masalah pendengaran, maka barbie akan jadi babi. Bagi yang jahil dan bodoh mengenai perkembangan dunia kanak-kanak hari ini, mereka akan kata barbie itu samalah dengan babi. Kalimah babi sudah dikenali sejak zaman berzaman tetapi kalimah barbie itu baru sahaja diperkenalkan akhir-akhir ini.

Ada juga orang yang buat-buat bodoh dan dungu kerana ada kepentingan tertentu. Cantik sekali apa yang dicatat oleh Ust. Zaharuddin Abd rahman (UZAR) dalam FBnya mengaenai masalah membezakan antara dua kalimah yang hampir sama ini:

Crop FB Uzar


Pihak yang membodohkan diri sekarang ini sengaja memutarbelitkan dua kalimah yang hampir sama bunyinya supaya dengan putarbelit tersebut dapat dicapai sesuatu maksud jahat mereka. Kalau anakku yang lima tahun pun tahu bezakan antara "barbie" dengan "babi", mengapa TV3 dan Utusan Malaysia amat bengong sehingga tidak tahu membezakannya?

Ketika ada kenyataan Nurul Izzah yang mengulas tentang hak memilih agama, kenyataan tersebut telah dipulas belit sehingga menambahkan kekeliruan. Konsep kebebasan memilih agama yang sebenarnya  menjadi lambang tasamuh serta keadilan Islam telah gagal difahami sehingga ia dikatakan galakan supaya orang Melayu jadi murtad. Barangkali kerana perjuangan untuk bangsa masih menebal sehingga bangsa Melayu dilihat suci dan  tidak boleh dikaitkan dengan aktiviti kemurtadan. Hakikatnya mahkamah telah pun meluluskan banyak permohonan murtad orang Melayu. Hal tersebut tidak pula menjadi agenda bantahan para pejuang kebangsaan Melayu.

Itulah bahananya kalau daya kognitif gagal membezakan antara "barbie" dan babi!.