Imam As-Sayuthi menyebutkan dalam karyanya Tarikh Al-Khulafa' bahawa Ibn Al-Jauzi memetik perkatan Abu Bakar As-Suli di mana dia telah berkata:
Ada orang berkata bahawa sesiapa yang menjadi pemimpin keenam akan berdepan dengan pemecatan (disingkirkan dari jawatannya).
Petikan yang sama juga diturunkan oleh Ibn Kathir dalam Al-Bidayah Wan Nihayah .
Ibn Al-Jauzi berkata bahawa dia telah meneliti hal tersebut dan mendapati ia sangat menakjubkan. Beliau membawa contoh pemerintahan Islam yang bermula dengan nabi SAW dan khalifah yang yang ke enam adalah Hasan bin Ali. Jawatannya dicabut dan diambil oleh Mu'awiyah. Lalu selepas itu dalam kekhalifahan umaiyyah, dengan meletakkan Ibn Zubair sebagai khalifah ke enam, beliau juga dicabut kekhalifahannya apabila terbunuh dalam serangan Hajjaj bin Yusuf As-Tsqafi ke atas kota Makkah. Setelah itu, bermula khalifah Al-Walid, Sulaiman, Umar Abd Aziz, Yazid, Hisyam dan Al-Walid sebagai yang ke enam, dia juga hilang kekuasaan dan tamatlah pemerintahan Umaiyyah.
Dalam dinasti Abbasiyyah,bermula khalifah As-Saffah, Al-Mansur,
Al-Mahdi, Al-Hadi, Ar-Rasyid dan yang ke enamnya adalah Al-Amin. Dia
ditewaskan abangnya Al- Makmun yang merebut jawatan khalifah
daripadanya. Selepas itu, bermula dengan Al-Makmun dan disusuli dengan
Al-Mu'tasim, Al-Wathiq, Al-Mutawakkil, Al-Muntasir dan yang ke enamnya
Al-Musta'in juga mengalami nasib yang sama.
Dapat disimpulkan, meneliti perjalanan khalifah-khalifah seterusnya,
yang ke enam setelah proses rampasan kuasa, pemecatan, penggulingan atau
apa sahaja seumpamanya juga akan mendapat nasib yang sama atau hampir
sama. Ia memberi satu kesimpulan hasil pemerhatian (tajarrub) bahawa
pemimpin ke enam akan berdepan pemecatan.
Komen penulis:
Teringat pula pemimpin ke lima adalah DS Abdullah Ahmad Badawi, beliau
letak jawatan dan diambil alih oleh DS Najib Tun Abd Razak. DS Najib
Adalah pemimpin keenam. Apakah beliau akan berdepan dengan nasib para
pemimpin ke enam sebagaimana yang ditulis oleh ulama dalam karya mereka?
Kita tunggu dan lihat.
Kalau apa yang dihuraikan oleh Ibn Al-Jauzi itu boleh diambil kira, maka
hubaya-hubaya wahai sesiapa yang dipilih jadi pemimpin ke enam. Tidak
kira pemimpin peringkat manapun. Nombor enam seperti punya rahsia Allah
yang masih perlu ditadabburkan.
Mungkinkah ada kaitan dengan penciptaan langit dan bumi dalam masa enam hari?
0 comments:
Post a Comment