Pemilik Blog

Pemilik Blog
Ust Kama (PerenungLangit)

TAQWIM HIJRI

Waktu Malaysia

WAKTU SOLAT

TEACHERS ONLINE

IDME E-OPERASI SPLKM HRMIS EHASIL PenyataGaji apdm NKRA(KEBERHASILAN) FROG VLE Pajsk

PDPR 2024

Blog PDPR PDPR Kedah SpKedah Hantar RPH SKSS

LAMAN ARAB

AL_QARADHAWI Al-Meshkat Islamweb Islam Online LiveIslam Soidul Fawaid Toriqul Islam Al-Islam Islamqa Multaqa Ahlul Hadis Toriqut Taubah Zadul Ma'ad Mausu'ah Al-I'jaz Al-Ilmi Nidaul Iman Lahaonline Sahab.net Al-Sunnah.com Al-Sunnah.com

PORTAL PILIHAN

AKSESORI

Facebook BOX.NET Youtube Imageshack Babylon translation Merriam Webster Online Kamus Online Bahasa Arab Online Dictionary: English-Malay Ujia Kecepatan Menaip Mediafire Rapidshare 4Shared Ziddu Slide Filehippo 2Shared 2Shared PDFChaser MIXPOD Al-Ma'ani EVERNOTE BOX.NET Photobucket Photobucket Photobucket Unit Coverter

Rujukan

ANTARA "BARBIE" DAN BABI

November 11, 2012

" Baba, belikan Mila barbie!", demikian anakku yang berusia 5 tahun itu sering pesankan bila aku beritahunya bahawa aku mahu ke bandar dan tidak membenarkannya ikut sama. Itu adalah sebagai tukar gantinya  dia tidak ikut serta.

Barbie adalah anak patung perempuan cantik yang menjadi animasi kegemaran ramai kanak-kanak perempuan dewasa ini. Ia mempunayi raut wajah yang menarik dan gaya berpakaian  yang begitu fashionable


" Apa? belikan babi?", aku sering mengusik.
" Eh...bukan babi, barbie", anakku yang usianya lima tahun itu dengan pantas membetulkan.

Dia pun tahu bezanya antara babi dengan barbie.Aku tersenyum. Itu satu perkembangan kognitif yang membanggakan.

Anak-anak orang Islam memang ditanamkan rasa anti-babi. Semakin membesar, kefahaman mereka tentang babi akan bertambah. Umumnya babi akan ditanggapi dengan jijik dan kotor. Babi itu nista dan haram. Haram di makan dan najis mughallazoh pula.

Barbie lain dari babi. Itu cuba dibetulkan. Tetapi sebutan hampir sama. Kalau ada masalah pendengaran, maka barbie akan jadi babi. Bagi yang jahil dan bodoh mengenai perkembangan dunia kanak-kanak hari ini, mereka akan kata barbie itu samalah dengan babi. Kalimah babi sudah dikenali sejak zaman berzaman tetapi kalimah barbie itu baru sahaja diperkenalkan akhir-akhir ini.

Ada juga orang yang buat-buat bodoh dan dungu kerana ada kepentingan tertentu. Cantik sekali apa yang dicatat oleh Ust. Zaharuddin Abd rahman (UZAR) dalam FBnya mengaenai masalah membezakan antara dua kalimah yang hampir sama ini:

Crop FB Uzar


Pihak yang membodohkan diri sekarang ini sengaja memutarbelitkan dua kalimah yang hampir sama bunyinya supaya dengan putarbelit tersebut dapat dicapai sesuatu maksud jahat mereka. Kalau anakku yang lima tahun pun tahu bezakan antara "barbie" dengan "babi", mengapa TV3 dan Utusan Malaysia amat bengong sehingga tidak tahu membezakannya?

Ketika ada kenyataan Nurul Izzah yang mengulas tentang hak memilih agama, kenyataan tersebut telah dipulas belit sehingga menambahkan kekeliruan. Konsep kebebasan memilih agama yang sebenarnya  menjadi lambang tasamuh serta keadilan Islam telah gagal difahami sehingga ia dikatakan galakan supaya orang Melayu jadi murtad. Barangkali kerana perjuangan untuk bangsa masih menebal sehingga bangsa Melayu dilihat suci dan  tidak boleh dikaitkan dengan aktiviti kemurtadan. Hakikatnya mahkamah telah pun meluluskan banyak permohonan murtad orang Melayu. Hal tersebut tidak pula menjadi agenda bantahan para pejuang kebangsaan Melayu.

Itulah bahananya kalau daya kognitif gagal membezakan antara "barbie" dan babi!.

2 comments:

Anonymous said...

engkau yang tak faham bodoh

Anonymous said...

Tv3 & utusan sebaik-baiknya meletakkan kepentingan agama melebihi kepentingan mana-mana pihak. Apabila agama menjadi satu bahan mainan dan kuda tunggangan maka perkara-perkara tersebut dipermainkan...

Post a Comment