Pemilik Blog

Pemilik Blog
Ust Kama (PerenungLangit)

TAQWIM HIJRI

Waktu Malaysia

WAKTU SOLAT

TEACHERS ONLINE

IDME E-OPERASI SPLKM HRMIS EHASIL PenyataGaji apdm NKRA(KEBERHASILAN) FROG VLE Pajsk

PDPR 2024

Blog PDPR PDPR Kedah SpKedah Hantar RPH SKSS

LAMAN ARAB

AL_QARADHAWI Al-Meshkat Islamweb Islam Online LiveIslam Soidul Fawaid Toriqul Islam Al-Islam Islamqa Multaqa Ahlul Hadis Toriqut Taubah Zadul Ma'ad Mausu'ah Al-I'jaz Al-Ilmi Nidaul Iman Lahaonline Sahab.net Al-Sunnah.com Al-Sunnah.com

PORTAL PILIHAN

AKSESORI

Facebook BOX.NET Youtube Imageshack Babylon translation Merriam Webster Online Kamus Online Bahasa Arab Online Dictionary: English-Malay Ujia Kecepatan Menaip Mediafire Rapidshare 4Shared Ziddu Slide Filehippo 2Shared 2Shared PDFChaser MIXPOD Al-Ma'ani EVERNOTE BOX.NET Photobucket Photobucket Photobucket Unit Coverter

Rujukan

TAZKIRAH SUBUH: BERSYUKUR UNTUK AKHIRAT

July 15, 2012

Allah Berfirman :


لئن شكرتم لأزيدنكم ولئن كفرتم إن عذابي لشديد

“ Jika sekiranya kamu bersyukur, nescaya aku tambahkan untuk kamu nikmatku dan jika sekiranya kamu kufur, maka ketahuilah azabku sangat pedih”
(Surah Ibrahim: Ayat 7)

Bersyukur atas nikmat Allah, Allah janjikan tambahan. Nikmat Allah sangat banyak dan tidak mampu dihitung. Orang-orang selalu ditarghibkan supaya bersyukur kerana dia mendapat razeki harta benda, sihat tubuh badan, ada anak yang sihat, ada kereta dan rumah yang selesa, dapat pekerjaan yang baik dan bermacam-macam lagi nikmat dunia. 

Dengan semangat supaya segala nikmat itu ditambahkan lagi, seseorang sangat memerhati syukurnya. Lalu dia mengucapkan "Alhamdulillah!". Kemudian dia menggunakan nikmat itu sesuai dengan kehendak Allah SWT. Itulah dua jalan bersyukur yang sering disyarahkan para asatizah dalam televisyen dan radio-radio menerusi slot motivasi dan kuliah.

Kuliah Subuh pagi ini di masjid Al-Fajr disampaikan oleh Sdr. Nurdin dengan mengubah dimensi kefahaman bersyukur atas nikmat tersebut kepada dimensi akhirat. Sebagaimana dinyatakan dalam surah Al-Fatihah, kita memohon agar Allah memberikan kita hidayah ke jalan lurus yang telah diikuti oleh orang diberikan nikmat ke atas mereka. Menerusi tafsiran dengan ayat Quran yang lain, golongan yang diberikan nikmat itu tidak lain tidak bukan adalah empat golongan iaitu:
a) Para Nabi
b) Para Siddiqin
c) Para Syuhada.
d) Orang-orang Soleh.

Nikmat apa yang dikurniakan kepada mereka sehingga kita disuruh minta supaya jadi seperti mereka? Sudah tentu ia bukan nikmat harta, anak-anak, tubuh badan, rumah, pakaian, negeri dan kekuasaan atau sebaginya urusan duniawi. Jika kita menelaah perolehan terbesar mereka yang disifatkan nikmat, ia adalah nikmat iman dan Islam. Inilah dua nikmat terbesar daripada Allah kepada kita yang jarang kita rasa mahu bersyukur mengenainya melebihi rasa syukur kita kepada pencapaian dunia kita.

Sepatutnya, rasa sykur itu patut dialirkan sebanyak-banyaknya buat menginsafi dua nikmat agung ini. 

Alhamdulillah aku dilahirkan Islam!
Alhamdulilah aku ditentukan jadi orang beriman!
Kekalkan Islam dan iimanku selama-selamanya wahai Allah!

Marilah kita bersyukur untuk soal akhirat kita. Jangan hanya bersyukur untuk benda fatamorgana yang bakal sirna.

Perpecahan menjadi sunnah.

June 27, 2012

Sebelum diutuskan Rasul kepada satu masyarakat yang menjadikan kesesatan sebagai jalan hidup mereka, masyarakat itu bersatu padu. Kedatangan Rasul tersebut telah menyebabkan berlakunya perpecahan dalam masyarakat. Sebahagian daripada anggota masyarakat tetap dengan kesesatan mereka , manakala sebahagian yang lain mengikut para rasul tersebut. Demikianlah apa yang terjadi kepada kaum nabi Nuh, Hud, Lut, Soleh, Syuaib, dan seterusnya nabi Muhammad SAW. Allah telah menyebutkan tentang sunnatullah yang terjadi kepada kaum yang diutuskan Rasul sebagaimana firmanNya:

وَلَقَدْ أَرْسَلْنَا إِلَىٰ ثَمُودَ أَخَاهُمْ صَالِحًا أَنِ اعْبُدُوا اللَّهَ فَإِذَا هُمْ فَرِيقَانِ يَخْتَصِمُونَ


Dan Sesungguhnya kami Telah mengutus kepada (kaum) Tsamud saudara mereka Shaleh (yang berseru): "Sembahlah Allah". tetapi tiba-tiba mereka (jadi) dua golongan yang bermusuhan.
(Surah An-Namlu: Ayat 45)

Perpaduan yang tegak tidak di atas kebenaran, tidak punya nilai di sisi Allah SWT. Tiada apa yang boleh dibanggakan dengan perpaduan yang sedemikian. Kalaulah perpaduan itu menjadi berharga, sudah tentu tidak perlu dibawa kebenaran untuk menggugat kesatuan yang telah sedia ada itu. Namun, disebabkan kebenaran itu lebih bermakna, maka perpecahan yang terjadi adalah harga yang murah sekali.

Hari ini, ada orang bercakap mengenai perpaduan Melayu.  Ketika datang kalangan yang mendakwahkan kebenaran dengan pakej pemulihan sosial dengan mengusahakan penyingkiran orang yang rasuah, merosakkan Islam dan menindas masyarakat, maka soal perpaduan dikumandangkan. Seruan agar kesatuan dipertautkan lalu digenderangkan. Kita katakan bahawa perpecahan memang jalannya untuk meruntuhkan kezaliman, jahiliah dan kesesatan. Demikian itulah yang menjadi sunnah perjuangan para Rasul 'alaihimussolatu wassalam.

Tidak perlu bercakap mengenai perpaduan Melayu semata-mata kerana jika Melayu tidak tegak di atas prinsip Islam, tidak ada gunanya berpadu. Perpaduan hanya di atas prinsip Islam dan perpaduan atas prinsip kebangsaan, kepentingan kelompok tertentu hanya fatamorgana.

Alhamdulillah, dengan perpecahan rakyat Mesir kini sedang melakar sejarah baru perpaduan.  Perpaduan yang berdiri di atas paksi keadilan rakyat dan nilai-nilai rabbani dalam sebuah negara Madani. Maka, jangan takut untuk berpecah kerana para Rasul yang datang kepada kaumnya telah memecahbelahkan mereka demi mendapat perpaduan di atas kebenaran.

Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya?

Hanya Buih Yang Mereka Berikan

May 20, 2012

"Mereka hanya berikan buih kepada rakyat!", Pak Said, seorang pemimpin tempatan di sebuah perkampungan sementara di Sandakan membuat penegasan. Dia begitu marah dengan janji-janji yang ditaburkan oleh pemimpin yang dipilih oleh mereka dalam pilihanraya tetapi tidak membela hak milik tapak rumah untuk mereka huni sehingga ke anak cucu. Pemimpin tersebut hanya tahu menawarkan bantuan-bantuan yang tidak kekal. Bantuan wang, enjin bot, zink, beras dan sebagainya itu hanyalah buih. Sifat buih, bila datang ombak, berkecailah ia. Ditiup angin, buih pun hilang sirna.

Apa yang diperlukan oleh rakyat adalah tanah untuk mereka tinggal berketurunan. Namun, keperluan itu tidak dapat dilunasi oleh pemimpin dengan baik. Rakyat yang tinggal di persiran pantai diasak dan dipindahkan sesuka hati. Bila dipindah ke sesuatu penempatan, mereka dijanjikan untuk tinggal di sana hanya buat sementara waktu. Penempatan kekal akan disediakan. Demikianlah janji yang ditaburkan. Namun, janji amat mudah semudah semburan air liur hanyir yang bercampur nafas auta.

Penduduk yang dikeluarkan dari perkampungan BDC, kini menyewa apartmen di Taman Mesra. Sewa beli bagi penempatan tersebut yang dituntut oleh rakyat tidak dipedulikan. Entah berapa tahun mereka akan bayar sewa. Tanah perkampungan mereka hilang demi hagemoni penguasa yang ingin menambah kekayaan. Penempatan yang diberikan pula tidak akan menjadi hak milik diri sendiri.

Demikian perkampungan Lopak Meluas Darat. Menurut Pak Said, dia sudah menempati perkampungan itu 17 tahun. Dulu, dia hanya dijanjikan tinggal sementara untuk 6 bulan. Janji 17 tahun yang lalu sudah entah di mana. Pak Said, sungguhpun orang kampung yang bertaraf setinggan, dia cukup faham mainan pemimpin. Tanah rakyat persisiran dirampas untuk kekayaan kaum tertentu.  Sementara, penempatan sementara sudah menjangkau 17 tahun, datang pula taukeh Cina mengukur tanah yang menjadi penempatan sementara itu dengan dakwaan bahawa dia sedang mengukru tanahnya. 

Hinanya bangsa yang merempat di bumi sendiri! Siapa yang membuat bangsa ini terhina?

Pak Said cukup pesimis tehadap masa depan perkampungan persisiran di Sandakan. Kampung Bukhara yang telah menjadi tempat bermastautin kaum Suluk dan Bajau bertahun-tahun tidak pernah diakui sebagai perkampungan. Sampai masa kelak, andai kerajaan mahukannya, maka rakyat di sana akan diarak ke satu penempatan sementara. Janji diungkapkan lagi bahawa ia hanya sementara sebelum siap penempatan baru yang lebih selesa. Kisah yang sama 17 tahun lalu untuk kampung Lopak Meluas Darat akan kembali berulang dengan skrip yang sama.

" Rakyat belum sedar...", keluh Pak Said.

Kampung Lopak Meluas Laut, Kampung Istimewa, Kampung Sundang Laut, Kampung Gas dan  Kampung Bahagia adalah sederet nama perkampungan di Parlimen Batu Sapi yang statusnya hanyalah setinggan.  Kampung-kampung tersebut tidak ada sebarang jaminan untuk terus bertahan sebagai perkampungan Melayu-Muslim sampai bila-bila. Nafsu pembangunan dan keperluan isi perut penguasa serta poket kroni akan menentukan kelangsungannya.

"Rakyat perlukan tanah, bukan buih!", kata-kata Pak Said tersebut seharusnya menjadi slogan rakyat yang bermaruah.


Penyebar fahishah adalah manusia fasiq

May 6, 2012

Tuduh orang berzina bukan perangai orang soleh. Orang soleh, sekalipun melihat sendiri dengan mata kepalanya perbuatan zina yang dilakukan oleh seseorang, dia tidak akan mengeluarkan tuduhan sehingga dia yakin mempunyai bukti yang cukup menurut hukum syarak. Syarak telah menetapkan empat orang saksi diperlukan. Jika tiada empat orang saksi, maka si penuduh itu telah melakukan dosa besar. Dosa qazaf. Si pelaku dosa qazaf dihukum dengan sebatan 80 kali.

Fitnah laksana api dan apilah buat penyebarnya.
 Inilah hudud Allah. Sudah banyak kali diterangkan oleh para ulama, dibahaskan dalam seminar dan dibentangkan dalam media yang pelbagai. Sebahagian anggota masyarakat masih bebal dengan kejahilan dan kebodohannya. Kebodohan itu kian ketara apabila keluar suara sumbang agar orang dituduh melakukan zina itu melakukan sumpah. Disarankan pula sumpah di masjid dan menjunjung Al-Quran. Orang yang membuat tuduhan tidak pula dipersoalkan. Maka, dia makin girang dan merasakan dirinya sebagai orang yang berbuat baik kerana kononnya mendedahkan kemungkaran.

Ini semua kerja orang fasiq. Orang yang menyebarkan tuduhan tanpa bukti adalah kepala fasiq di atas semua orang yang mendendangkan lagu meminta sumpah penafian dibuat. Dalam Al-Quran Allah menegaskan:

إِنَّ الَّذِينَ يُحِبُّونَ أَنْ تَشِيعَ الْفَاحِشَةُ فِي الَّذِينَ آمَنُوا لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنْتُمْ لا تَعْلَمُونَ


Sesungguhnya orang-orang yang ingin agar (berita) perbuatan yang amat keji itu tersiar di kalangan orang-orang yang beriman, bagi mereka azab yang pedih di dunia dan di akhirat. dan Allah mengetahui, sedang, kamu tidak Mengetahui.
(Surah An-Nur: Ayat 19)


Jalan fikir orang fasiq memang tidak lancar. Kejahilan dalam agama ditambah pula dengki dan busuk hati menyebabkan mereka tidak lagi menghiraukan nasihat dan petunjuk para ulama. Malang pula, ada orang yang kononnya pandai agama membuat seruan yang sama seperti golongan fasiq tersebut. Demikian itu kerana hati mereka sendiri mula was-was dengan jalan yang ditetapkan agama.

Kaedah agama jelas. Jika seseorang membuat tuduhan dan gagal mendatangkan 4 saksi sebagai bukti, si penuduh itu perlu dihukum 80 kali sebatan. Dia dihilangkan kredibeliti sebagai saksi sepanjang hidupnya. Dia adalah orang hina dalam masyarakat yang tidak boleh dipercayai lagi.

Kita boleh bayangkan betapa kalutnya masyarakat jika orang boleh menuduh orang lain berzina sesuka hatinya. Kelmarin si dia dituduh berzina, liwat, melakukan biseks dan sebagainya. Hari ini orang lain pula dituduh melakukan seks dalam tandas. Esok siapa lagi? Jangan fikir anda selamat. Lusa mungkin adik beradik anda, isteri, anak atau mungkin anda sendiri pula yang akan dituduh berzina. Apakah ketika anda dituduh berzina lalu ketika itu anda pun menyahut seruan orang-orang fasiq yang bodoh itu membuat sumpah penafian. Kalau begitu, akan bergemalah suara sumpah dimasjid dan merata tempat. Sungguh senang menyelesaikan masalah tuduhan zina yang mencalar maruah orang. Hanya minta yang tertuduh bersumpah menafikannya. Apa pula tanggungjawab orang yang menuduh? Mereka sememangnya orang fasiq. Jika diminta bersumpah, apalah nilainya dosa sumpah palsu itu berbanding dosa qazaf?

Media massa perdana menampakkan kejahilan murakkab yang amat sangat. Mungkin juga lebih kepada kedegilan hati kaum Yahudi yang bersemadi dalam diri. Mangsa tuduhan zina diasak agar bersumpah. Tanpa dasar agama, mereka mengulang-ulangkan cabaran itu. Menyambung pula lidah beracun orang-orang yang dikenali rendah tsiqah dan reputasi mereka dalam masyarakat. Pelbagai cara digunapakai untuk menusuk was-was dalam dada ummat.  Hubungan antara suami isteri cuba diporak perandakan. Hubungan antara anak dan ibu dikeruhkan. Memanglah media massa seperti ini adalah sejenis pengamal sihir yang salah tujuannya belajar sihir sebagaimana mereka yang belajar sihir daripada Harut dan Marut.
 
وَمَا أُنزِلَ عَلَى الْمَلَكَيْنِ بِبَابِلَ هَارُوتَ وَمَارُوتَ وَمَا يُعَلِّمَانِ مِنْ أَحَدٍ حَتَّى يَقُولاَ إِنَّمَا نَحْنُ فِتْنَةٌ فَلاَ تَكْفُرْ فَيَتَعَلَّمُونَ مِنْهُمَا مَا يُفَرِّقُونَ بِهِ بَيْنَ الْمَرْءِ وَزَوْجِهِ



...dan apa yang diturunkan kepada dua orang malaikat di negeri Babil iaitu Harut dan Marut, sedang keduanya tidak mengajarkan (sesuatu) kepada seorangpun sebelum mengatakan: "Sesungguhnya kami Hanya cobaan (bagimu), sebab itu janganlah kamu kafir". Maka mereka mempelajari dari kedua malaikat itu apa yang dengan sihir itu, mereka dapat menceraikan antara seorang (suami) dengan isterinya.

(Surah Al-Baqarah: Ayat 102)

Para penyebar cerita fahishah dalam masyarakat, semuanya adalah manusia fasiq. Para blogger yang membuat tududuhan tidak membawa saksi adalah pemilik bahagian terbesar dalam dosa. Para penyambung lidah mereka, ada bahagian dosa masing-masing. Para perencana unsur pemberitaan yang liar dan hina, termasuk para pembaca berita fitnah, dusta dan adu domba, adalah mereka yang meraih razeki yang haram. Tidak ada gunanya pergi umrah saban tahun kalau hasilnya daripada menabur kalam dan ucapan sihir yang cuba memperdaya manusia. Amal baik dari jerih kejahatan tidak akan diterima Allah SWT.

Bagi siapa yang ada taqwa dalam hatinya, tinggalkan kerjaya pemberita TV dan pembantu media pendosa. Allah menjanjikan jalan kelepasan  dan razeki yang tidak disangka bagi mereka yang meninggalkan kerjaya maksiat demi menegakkan ketakwaan dalam pencarian razeki.

وَمَن يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَل لَّهُ مَخْرَجاً وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ


...barangsiapa bertakwa kepada Allah niscaya dia akan mengadakan baginya jalan keluar dan memberinya rezki dari arah yang tiada disangka-sangkanya

(Surah At-Talaq: Ayat 2-3)

Pada saat ahli sihir Firaun meninggalkan Firaun dan beriman kepada risalah nabi Musa, Allah menjanjikan mereka balasan syurga. Media massa pada masa kini, yang kerjanya menjadi penyebar pesona dalam masyarakat, adalah watak-watak ahli sihir zaman moden. Seharusnya, saat para ahli sihir moden itu berubah sudah sampai. Apakah perlu menunggu sehingga Firaun lemas di lautan, baru mahu berlepas diri. Ambilah sirah ahli sihir sebagai contoh dalam memburu maghfirah. Mereka berlepas diri pada saat belum terlewat, iaitu ketika melihat hujjah nyata daripada Allah SWT.

Katakan tidak kepada fitnah dan cerita nista dan perangai keji suka menjatuhkan maruah orang. Sesungguhnya orang-orang hina sedang cuba memahkotakan dirinya dalam masyarakat. Mereka ada seribu satu jalan kerana syaitan sentiasa mewahyukan kalamnya kepada mereka!


Allahumma baddilna ila ma huwa khair!