Pemilik Blog

Pemilik Blog
Ust Kama (PerenungLangit)

TAQWIM HIJRI

Waktu Malaysia

WAKTU SOLAT

TEACHERS ONLINE

IDME E-OPERASI SPLKM HRMIS EHASIL PenyataGaji apdm NKRA(KEBERHASILAN) FROG VLE Pajsk

PDPR 2024

Blog PDPR PDPR Kedah SpKedah Hantar RPH SKSS

LAMAN ARAB

AL_QARADHAWI Al-Meshkat Islamweb Islam Online LiveIslam Soidul Fawaid Toriqul Islam Al-Islam Islamqa Multaqa Ahlul Hadis Toriqut Taubah Zadul Ma'ad Mausu'ah Al-I'jaz Al-Ilmi Nidaul Iman Lahaonline Sahab.net Al-Sunnah.com Al-Sunnah.com

PORTAL PILIHAN

AKSESORI

Facebook BOX.NET Youtube Imageshack Babylon translation Merriam Webster Online Kamus Online Bahasa Arab Online Dictionary: English-Malay Ujia Kecepatan Menaip Mediafire Rapidshare 4Shared Ziddu Slide Filehippo 2Shared 2Shared PDFChaser MIXPOD Al-Ma'ani EVERNOTE BOX.NET Photobucket Photobucket Photobucket Unit Coverter

Rujukan

Nabi Minum Arak, Berjudi.

July 28, 2008

“Kita kerja nelayan ni susah sikit, kalau mahu puasa, nanti pergi laut, menyelam dalam air, pergi hutan, pegang duri, terluka, batal puasa…” dia mengeluh bercerita tentang puasa di depanku.
Aku tidak memberi ruang kepadanya untuk berceloteh panjang tak berpaksi kebenaran lalu aku menyampuk.
“Luka tak batal puasa, menyelam tak batal puasa, sengaja pun tidak batal, apa lagi tidak sengaja…”aku menegaskan.
Dia selalu sahaja mengeluarkan pandangan-pandangan pelik bersangkutan hal ehwal agama. Namun kebanyakannya menyalahi kebenaran.
Kononnya, dialah tokoh yang paling terkedepan dalam hal ehwal agama.
Namun, dalam pengamatanku, dalam banyak hal, dia tidak punya keupayaan yang perlu dalam persoalan agama. Malahan dia banyak menuturkan perkataan yang menyimpang dan berbahaya.
“Nabi pun pernah minum arak, pernah berjudi…itulah makanya hari ini kita menurut kelakuan nabi….”satu kali dia pernah menuturkan kalimat-kalimat itu. Aku menjadi emosi dengan sebab perkataannya tersebut.
“Dari mana pakcik dapat ilmu sebegini?”, aku menahan kemarahanku.
“Dari kitab kami…”jawabnya selamba.
“Kitab?Ada kitab menyebut begitu?tunjukkan kepada saya…saya mahu bawakan kepada pihak Majlis Ugama…”, aku mencabar sambil menyelitkan ancaman.
“”Tak bolehlah kalau begitu…”, Dia menolak untuk memberikan kitab yang dia maksudkan.
Aku tidak ingin lagi bercakap hal itu. Makin lama bercakap mungkin banyak hal lagi akan keluar dari mulutnya.Aku bangun dan meninggalkan kentin sekolah.
Abgkama
26 Okt 2004

GENERASI YANG TERBEBAN


Tajuk pengajaran bagi kelas Tahun 5 pada hari ini ialah mengenai peristiwa Israk dan Mikraj. Aku membawakan satu peristiwa yang nabi lihat dalam perjalanan Israk baginda. Peristiwa tersebut ialah apa yang nabi saksikan mengenai satu kaum yang punya hidangan lauk pauk yang dimasak dengan sempurna dan selamat dimakan, tetapi kaum tersebut mengerumuni satu bangkai yang busuk dan dihurungi lalat lalau mereka memakannya beramai-ramai. Aku ceritakan kepada murid-muridku bahawa apa yang nabi lihat membayangkan apa yang akan berlaku kepada sebahagian ummatnya di akhir zaman. Mereka mempunyai isteri atau suami yang sah tetapi masih mencari pasangan yang haram. Ada suami yang masih melanggan pelacur dan ada pula isteri yang berjalang dengan lelaki lain di luar rumahnya.

Dari perbincangan tersebut aku melanjutkan penjelasanku sehingga menyentuh persoalan bahawa lelaki dibenarkan berkahwin lebih dari satu sehingga empat. Murid-muridku kelihatan terkejut dan ada yang bersuara:
“aku satu sahaja ustaz…”
Aku tersenyum sahaja.Aku tanya murid lelaki yang lain sama ada sesiapa yang berminat untuk berkahwin sampai empat. Semua menggeleng kepala, enggan.

Lalu seorang murid perempuan yang lebih pintar berbanding murid-murid lain bersuara antara dengar dan tidak, seperti menayakan satu soalan. Aku mendekat. Dia adalah Siti Azira Nasa bt Rosnan.

“bukankah isteri nabi ramai…”dia bertanya dalam perasaan berbelah bagi. Mungkin takut tersilap fakta.

“Ya…Nabi Muhammad ada sembilan isteri….”, sambutku mengiyakan keraguannya.

“hah!”, ramai murid malahirkan keterkejutan.

“tapi…itu adalah khas untuk nabi sahaja…Nabi daud ada 99 orang isteri….”, kataku seterusnya.

“ayo…ramainya”, aku tak pasti murid mana yang menyahutku dengan keterkejutan itu.

“nabi Sulaiman lagi ramai….satu ribu orang…”lanjutku.

“Apa?ramainya…kalau bagi aku satu orang pun jadilah…sekarang nak kawin mahal…perlu banyak duit…”, Response itu datangnya daripada Jainuddin, anak Pak Mail.

Inilah sebuah anekdot yang kucatatkan sebagai satu renungan. Bahawa seorang anak lelaki yang lahir dan membesar pada zaman ini sudah ditanamkan satu perasaan terbeban dengan mahalnya kos untuk berkahwin. Mereka telah mendengar dan menyaksikan perkahwinan yang terjadi dalam masyarakat dan mereka sudah difahamkan bahawa untuk sebuah perkahwinan, satu bebanan kewangan yang mencabar kudrat perlu diselesaikan. Kalau tidak, perkahwinan hanya akan menjadi angan-angan. Bagi pemuda yang tidak mempedulikan adat susila dan apatah lagi agama, mereka mengambil jalan mudah dengan membujang dan hidup dengan bebas tanpa sekatan dalam pergaulan dengan perempuan.

Sesungguhnya, masyarakat telah bersalah terhadap setiap generasi yang sedang tumbuh ini. Seseorang yang mempunyai kekuatan perlu mengubah situasi ini. Jika tidak, generasi sekarang dan akan datang akan dimusnahkan oleh satu stigma negative yang sedang mengakar dan menumbuhkan pohon tegal pemikiran yang salah.

Abgkama
28 July 2008
2:26:30 PM
Lot 268, Taman Fajar.Sdk.

Mana Lebih Baik?

July 25, 2008

Seorang sahabat surau yang tidak berapa istiqamah dengan solat jemaah Maghrib di surau meluahkan kemusykilan kepadaku.


“Isteri saya minta saya solat berjemaah bersamanya…tak benarkan saya ke surau…apa pandangan ustaz?”, dia bertanya dalam kesempatan sempit sebelum iqamat maghrib dilakukan.


“Jika kau solat jemaah di surau…isterimu juga mendapat pahala sebagaimana kau dapat…bukankah kita solat mahukan pahala…?”, aku memberi komen spontan.


“Jika solat bersama isteri itu lebih baik…tentu akan dilakukan oleh para lelaki terbaik ummat ini…tapi…mereka tidak berbuat begitu…”, tambahku.


Sahabatku terdiam. Iqamah telah dibacakan dan solat Maghrib akan dimulakan. Penjelasanku itu sampai di situ dan tidak sempat dikupas hingga ke titik muktamad. Aku berharap kalimah yang sedikit itu akan direnung oleh sahabat surau itu dan dia akan hadir istiqamah dalam solat berjemaah.


Persoalan solat di rumah bersama isteri ini bukan sahaja menghantui orang-orang awam yang tidak mendalami ilmu agama. Kedapatan para ustaz sendiri yang memberi alasan yang sama apabila ditimbulken persoalan mengenai keperluan menghadirkan diri untuk solat berjemaah.


Orang yang suka mengandalkan akal sebagai kayu ukur memang akan mencari alas an-alasan sepele sebegitu dan melupakan garis panduan berdasarkan sunnah baginda Rasulullah. Sebenarnya, cukuplah sirah Rasulullah sebagai cermin dalam persoalan ini. Umum mengetahui bahawa Rasulullah tidak pernah meninggalkan solat berjemaah di masjid padahal baginda mempunyai isteri yang ramai. Demikian para sahabat juga beristeri semuanya dan mereka sentiasa menghadirkan diri untuk solat berjemaah.


Kisah Abd Rahman bin Auf yang Cuma ketinggalan takbiratul ula dalam solat berjemaah disebabkan kesibukan urusan perniagaan patut menjadi renungan bersama. Abd Rahman bin Auf juga tentu punya isteri, tetapi sebab dia kehilangan sekali takbiratul ula solat berjemaah membuatkan dia amat menyesal dan mahu menggantikannya dengan infaq seluruh keuntungan perniagaannya. Rasulullah menegaskan bahawa sekalipun dunia dan isinya, dia tidak dapat menebus kerugiannya.


Demikian sikap para sahabat terhadap solat berjemaah, kenapa kini orang yang mengakui ahli sunnah wal jamaah boleh menuturkan kata-kata dan berbuat tidak sesuai dengan manhaj sunnah nabi dan para sahabat?


Banyak sekali hadis nabi yang bernada tabsyir dan tanzir dalam soal bersangkutan solat jemaah. Namun jika hati mahu menelan seribu alas an, tidak aka ada yang bisa mengenyangkannya. Alasan demi alasan akan terus dicari…


Semoga Allah memberikan daku hati yang istiqamah…


Amin…ya mujibas sailin…


abgkama
Lot 268,Taman fajar sandakan

Jambori Amal Di Kampung Tampios, Ranau.

July 24, 2008



Pada 19-21 Mac 2008, aku bersama-sama teman-teman dalam medan dakwah berada di Nunuk Ragang, Ranau. Program tersebut dinamakan Program Mesra Desa, anjuran JAKIM Cawangan Sabah bersama JHEINS dan Yayasan Amal Malaysia. Kapasiti saya bersama-sama teman-teman adalah bernaung di bawah Yayasan Amal Malaysia. Kampung yang menjadi tumpuan kami dari Sandakan ialah Kampung Tampios, sebuah kampung pendalaman yang masyarakatnya dari bangsa Dusun. Selama 3 hari,Surau Kampung Tampios menjadi lokasi aktiviti dan penginapan kami.
Replika pohon Nunuk Ragang yang kini menjadi sejarah

Pelbagai aktiviti telah dijalankan. Ini termasuklah mengadakan lawatan muhibbah ke rumah-rumah warga Tampios tanpa mengira agama sambil menyampaikan sumbangan berbentuk beras dan barang-barang keperluan dapur kepada mereka. kami juga bergotong royong memperbaiki tangki surau,membuat laman berbatu di depan surau, mengadakan ceramah maulidur Rasul, mengadakan malam ramah mesra dan juga menumbangkan 2 ekor lembu untuk jamuan kepada orang kampung.
Kampung Tampios dulunya mojoriti penduduknya adalah muslim. Mereka diislamkan semasa zaman pengislaman beramai-ramai era Tun Datu Mustapha. Namun, oleh kerana pengislaman pada masa tersebut tidak disusuli dengan tanggungjaab mendidik, sebahagian besar penduduk Tampios telah keluar Islam dan menganut agama Kristian. Dari semakan rambang yang aku buat bersama beberapa kawan, hanya berbaki 5 keluarga yang masih kekal muslim berbanding keseluruhan penduduk kampung yang berjumlah sekitar 150 kelarga.
Sesungguhnya pengalaman di Kampung Tampios menyedarkan kami bahawa betapa kerdilnyanya kami dalam dakwah. Terlalu banyak kerja dan amat sedikit kudrat yang mampu ditegakkan. Bumi sabah memerlukan ramai pendakwah yang berani, ikhlas dan sanggup berkorban.
Di depan kita menunggu generasi baru Tampios yang perlu dicerna agar kembali kepada Islam setelah pengabaian merebut mereka daripada tunas-tunas akidah yang pernah ditanamkan.