Abu Hurairah berkata: Kami mengenang malam Al-qodar ketika Rasulullah masih hidup.
Lalu Katanya: "Siapa di kalangan kamu yang masih ingat bahawa pada malam itu bulan kelihatan seperti separuh mangkuk?
أَيُّكُمْ يَذْكُرُ حِينَ طَلَعَ الْقَمَرُ وَهُوَ مِثْلُ شِقِّ جَفْنَةٍ
Ketika aku bangun dini pagi hari ini, aku keluar rumah dan melihat langit. Langit pagi tidak berbintang. Bahkan sejak semalam, aku mendongak melihat langit. Langit tidak berbintang. Apakah itu tanda malam Al-Qodar? Tidak tahulah. Sehingga pagi ini. tatkala aku keluar melihat suasana langit, tiada sebiji bintang pun nampak. Bila mataku jatih pada bulan, aku nampak bulan seperti sebuah mangkuk yang terletak nun jauh di atas angkasa.
Apakah itu rupa bulan yang disifatkan Abu Hurairah sebagai "Syaq Jufnah"?
0 comments:
Post a Comment