Mereka tidak akan pernah insaf. Memang itulah Melayu yang mudah lupa. Dalam gempita negara dihimpit masalah keselamatan, tuntutan menaikkan harga minyak tidak dapat disekat lagi. Keinginan laba berlipat dari golongan kapitalis terpaksa ditamakan berbanding perasaan hati rakyat. Soal sokongan menjelang pilihanraya mungkin dilihat dapat digarap melalui pelbagai mekanisma lain.
"Saya tak pakai RON97...", seorang yang berjiwa individualistik menyahut sewaktu dimaklumkan kepadanya mengenai kenaikan harga minyak. Masih ramai rakyat negara ini yang berfikiran tidak apa asalkan tidak kena pada aku. Satu saat, bila diri sendiri dipukul dasar pincang dari pihak atasan, tanpa rasa malu dan muka selamba, dia mula berpaling arah. Tidak ikhlas.
Biarkan si Luncai terjun dengan labu-labunya.
0 comments:
Post a Comment