Pemilik Blog

Pemilik Blog
Ust Kama (PerenungLangit)

TAQWIM HIJRI

Waktu Malaysia

WAKTU SOLAT

TEACHERS ONLINE

IDME E-OPERASI SPLKM HRMIS EHASIL PenyataGaji apdm NKRA(KEBERHASILAN) FROG VLE Pajsk

PDPR 2024

Blog PDPR PDPR Kedah SpKedah Hantar RPH SKSS

LAMAN ARAB

AL_QARADHAWI Al-Meshkat Islamweb Islam Online LiveIslam Soidul Fawaid Toriqul Islam Al-Islam Islamqa Multaqa Ahlul Hadis Toriqut Taubah Zadul Ma'ad Mausu'ah Al-I'jaz Al-Ilmi Nidaul Iman Lahaonline Sahab.net Al-Sunnah.com Al-Sunnah.com

PORTAL PILIHAN

AKSESORI

Facebook BOX.NET Youtube Imageshack Babylon translation Merriam Webster Online Kamus Online Bahasa Arab Online Dictionary: English-Malay Ujia Kecepatan Menaip Mediafire Rapidshare 4Shared Ziddu Slide Filehippo 2Shared 2Shared PDFChaser MIXPOD Al-Ma'ani EVERNOTE BOX.NET Photobucket Photobucket Photobucket Unit Coverter

Rujukan

Anda adalah apa yang anda fikirkan.

March 19, 2013

Tulisan kali ini, aku ingin kaitkan kata-kata orang politik yang bertanggapan negatif ketika melihat sesuatu yang dilakukan oleh orang lain. Pada saat melihat seteru politiknya melakukan kebaikan, maka ditafsirkan sebagai ada muslihat yang tertentu. Secara khusus, aku suka mengambil kenyataan yang dilontarkan oleh Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan, sebagaimana yang dilaporkan dalam Portal Malaysiakini. Beliau dilaporkan menyifatkan penyertaan bekas pegawai tinggi kerajaan dalam gerakan politik pembangkang akhir-akhir ini sebagai satu cubaan "memotong jalan" orang yang sudah lama dalam politik pembangkang itu. Katanya, mereka yang terjun dunia politik setelah bersara daripada perkhidmatan awam itu sedang cuba melobi mejadi calon dengan jalan mudah.

Mengamati apa yang diungkapkan oleh Datuk Ahmad Maslan ini, mari kita merenung sepotong firman Allah dalam Al-Quran:


لَوْلا إِذْ سَمِعْتُمُوهُ ظَنَّ المُؤْمِنُونَ وَالْمُؤْمِنَاتُ بِأَنفُسِهِمْ خَيْرًا


“Mengapa di waktu kamu mendengar berita bohon itu orang-orang mukminin dan mukminat tidak bersangka baik terhadap diri mereka sendiri, dan (mengapa tidak) berkata: "Ini adalah suatu berita bohong yang nyata."
(Surah An-Nur:Ayat 12)



Ayat di atas memperingatkan orang beriman agar membuat ukuran pada diri sendiri ketika hendak berperasangka kepada orang beriman yang lain. Dengan kata yang lain, jika diri sendiri tidak sanggup berbuat sebagaimana yang diperasangkan itu, maka janganlah pula ditempelkan perasangka itu ke atas orang lain. Keinginan kebaikan ke atas diri sendiri akan menyebabkan harapan dan keinginan kebaikan itu juga dicubakan agar berada pada orang beriman yang lain.

Lebih jauh dari itu, dalam memahami maksud ayat tadi, jika anda orang yang keji dan jahat, anda tidak akan punya prasangka baik kepada orang lain. Anda akan sentiasa membadingkan diri anda yang jahat itu dengan semua orang. Kata anda, masakan orang itu boleh berbuat baik. Anda tidak dapat menerima bahawa orang lain berbuat baik kerana anda sendiri tidak baik.

Buya Hamka, dalam tafsir Al-Azharnya, ketika mengulas ayat tersebut yang diturunkan mengenai peristiwa Hadithul Ifki yang melibatkan Aishah R.A, membawa kisah seorang yang pergi ke sebuah bandar di Amerika Syarikat dan mengeluhkan banyaknya ditemukan kebobrokan di sana. Ketika keluhan tersebut diungkapkan kepada Buya Hamka, beliau mengatakan tidak ditemukan olehnya apa yang dikhabarkan oleh sang pengeluh itu.Kisah simbolik ini punya pengertian yang amat dalam. Jika dalam fikiran kita hanya menyemai prasangka buruk, maka akan keburukan yang kita temui. Orang yang baik dan sentiasa berperasangka baik, akan dipelihara Allah SWT.

Terdapat jawapan-jawapan sinis beberapa pengomen disebuah status di muka buku yang memaparkan riwayat hidup TG Nik Abd Aziz Nik Mat yang menolak bayaran elaun perumahan yang dimasukkan ke akaunnya. Alasannya adalah kerana beliau tidak tinggal di rumah sewa dan oleh itu elaun tersebut tidak layak diterimanya. Ada yang menyindir sikap TG Nik Abd Aziz tersebut dengan mengatakan bahawa tangan kanannya menolak elaun perumahan tersebut tetapi tangan kirinya menyambar hasil keuntungan projek-projek kerajaan negeri.

Apa yang dikatakan tersebut menggambarkan sifat orangb tersebut sendiri. Kalau memang makhluk itu pemakan bangkai, maka bangkailah yang mahu dimakannya. Pandangan seseorang itu selalunya sekufu dengan gaya hidupnya.

Kalau seorang ahli politik itu jenis yang suka mengamalkan politik cantas, opurtunis dan mengejar keuntungan peribadi, maka, semua yang orang lain buat akan ditafsir mengikut perangainya. Dia akan sukar menerima keikhlasan orang kerana baginya tidak ada orang ikhlas sebagaimana dia sendiri bukan orang ikhlas. 

Awaslah...apa yang anda tanggapi itu adalah manifestasi siapa anda sebenarnya....

0 comments:

Post a Comment