Para perokok perlu membaca hal ini dan merasa bimbang. Kalau benar sebagaimana yang dilaporkan, alangkah dahsyatnya apa yang sedang dilakukan oleh para perokok. Secara tidak sedar, para perokok menyedut saripati darah babi untuk masuk ke paru-parunya. Penemuan ini tentu patut menjadi alasan yang memperkuatkan lagi alasan "KENAPA AKU PERLU BERHENTI DARIPADA TABIAT MEROKOK?".
KUALA LUMPUR - Seorang pakar akademik dari Australia semalam mendedahkan satu hasil kajian di Belanda baru-baru ini yang mendakwa menemui sel darah merah babi sebagai kandungan penyekat bahan kimia dalam puntung rokok.
Profesor Simon Chapman dari Universiti Sydney dilaporkan berkata, kajian itu mendapati babi digunakan dalam 185 jenis industri termasuk penemuan sel darah merah haiwan itu dalam penapis (filter) rokok.
Kenyataan beliau yang disiarkan oleh akhbar Daily Telegraph kelmarin menjelaskan, hasil kajian tersebut pastinya mengejutkan perokok yang beragama Islam serta Yahudi yang diharamkan memakan babi.
Menurutnya, setakat ini satu jenama rokok yang dijual di Greece telah didapati mengandungi darah babi.
Ketika Firaun meminta kerjasama para ahli sihir untuk menongkat kerajaannya yang kian menghampiri saat keruntuhan, para ahli sihir itu menuntut ganjaran. Firman Allah menceritakan mengenai tuntutan para ahli sihir itu:
وجاء السحرة فرعون قالوا إن لنا لأجرا إن كنا نحن الغالبين، قال نعم وإنكم لمن المقربين
Dan beberapa ahli sihir itu datang kepada Fir'aun mengatakan: "(Apakah) Sesungguhnya kami akan mendapat upah, jika kamilah yang menang?"Fir'aun menjawab: "Ya, dan Sesungguhnya kamu benar-benar akan termasuk orang-orang yang dekat (kepadaku)".
(Surah Al-A’raf: Ayat 113-114)
Pada zaman Firaun, ahli sihir adalah puak yang menjadi menyokong kuat kerajaan Firaun. Sebenarnya, puak ahli sihir ini terus menjadi penyokong kuat mana-mana kerajaan yang zalim dalam dunia. Kerajaan zalim adalah kerajaan yang tidak menegakkan hak-hak Allah dalam bernegara. Untuk mempertahankan kelangsungan pemerintahan kerajaan ini, para penguasanya mendapatkan khidmat ahli sihir. Para ahli sihir itu terpaksa samada paksa rela maupun memang benar-benar terpaksa.
Untuk menjadikan ahli sihir itu sentiasa menyokong pemerintahannya, maka Firaun menawarkan pangkat yang akan menjadikan mereka kalangan yang berkedudukan dalam pemerintahan Firaun. Barangkali kalau mahu diperincikan, antara pangkat yang ditawarkan adalah gelaran-gelaran seumpama, Tun, Tan Sri, Datuk, Datuk Sri, Panglima dan berbagai-bagai gelaran lagi.
Persoalan yang kita perlu fikirkan sama-sama, kalau zaman Firaun ahli sihirnya bermain silap mata menukar tali menjadi ular, maka di zaman kini siapakah pula ahli sihirnya dan bagaimana rupa sihir yang dimainkan?
Renung dan fikirkanlah. Yang pasti, biarpun zaman berputar, rentak irama kehidupan berkisar pada persoalan yang sama. Kalau zaman Firaun ahli sihir melemparkan tali menjadi ular untuk menakutkan manusia lain supaya tunduk akur kepada kekuasaan Firaun, maka apakah pula yang dilemparkan oleh ahli sihir zaman kini buat menakutkan manusia lain agar tunduk mendokong pemerintahan yang dipertahankannya?
Apalah guna badan yang sihat? Apalah guna umur yang panjang? Setiap hari berjoging di taman rekreasi. Masuk gim, bina badan. Lincah menangkis bulu badminton. Cekap menampar bola pimpong. Segala sukan dapat ditarikan.Peluh keluar, badan sihat. Badan sihat umur panjang. Mudah-mudahan.
Kemana pagi tadi? Tak nampak solat subuh di masjid?
Oh...sungguh penat. Semalam habiskan 5 game badminton dengan kawan-kawan.
Oh...sepulang dari gim petang kelmarin, terasa lenguh segala urat dan sendi.
Apalah guna memburu kesihatan jasmani kalau kesihatan jasmani itu tidak boleh membawa kepada bertambahnya amal, meningkatnya taqarraub? Apalah ertinya mengorbankan masa untuk menyimbahkan peluh di badan kalau simbahan peluh itu tidak dapat menyiram semangat perjuangan dalam agama?
Sememangnya seorang mukmin yang kuat itu lebih baik daripada mukmin yang lemah. Tetapi menjadi seorang yang kuat jasmani tetapi lemah iman tidaklah membawa apa-apa makna. Lebih baik menjadi seorang yang lemah jasmanni asalkan kuat iman.
Beruntung sekali kalau jasmani pun kuat, iman pun mantap!
Tapi kalau iman mantap, hendaklah selalu nampak solat subuh di masjid. Kalau tak nampak solat subuh di masjid, tidaklah mantap iman. Hanya dengan kekuatan iman, seseorang itu mampu bangun meninggalkan ranjangnya yang selesa. Dengan kekuatan iman, seseorang itu sanggup membelah dingin dini ke rumah Allah.
Para sahabat nabi, ramai kalangan mereka punya betis yang kecil kurus kerana selalu menghadapi susah dalam perjalanan jihad. Sementara, orang-orang kafir berbadan tegap yang bertubuh sasa.
Dalam Manaqib Ibn Mas'ud diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
أتعجبون من دقة ساقيه والذي نفسي بيده لهم في الميزان أثقل من أحد
" Adakah kamu rasa hairan dengan kecil betisnya seseorang. Demi yang jiwaku ditangannya, bagi pemiliknya, ketika ditimbang ( di mizan), ia lebih berat daripada bukit Uhud".
Disebutkan bahawa nabi SAW bersabda:
يؤتى يوم القيامة بالرجل السمين فلا يزن عند الله جناح بعوضة
"Akan dibawa datang pada hari kiamat, seorang lelaki yang gemuk, maka tidaklah memberatkan timbangannya di sisi Allah walau sesayap nyamuk".
(Sumber: Tafsir Ibn Kasir:Tafsir Surah Al-A'raf: Ayat 8-9)
Justeru, bagus sekali punya jadual-jadual aktiviti menyihatkan badan. Namun, jika jadual aktiviti yang padat itu tidak diselarikan dengan peningkatan amal dan pelestarian jalan para solehin dalam kehidupan harian, maka percuma dan sia-sialah keterlibatan itu. Betapapun anda bersungguh-sungguh menjaga kesihatan, maut pasti menjemput anda. Jika kehidupan di dunia dibina sedangkan ia sementara, padahal kehidupan akhirat yang kekal abadi dilayukan, dilonglaikan, sesungguhnya itu jalan hidup yang merugikan.
Alangkah baik...jika kita rajin bersukan, beraktiviti menyihatkan badan, kemudian ia tidak menjadi alasan pula untuk bermalasan dalam menambahkan amal. Amat baik kalau badan sihat digunakan untuk mujahadah meningkatkan syiar Agama Allah di muka bumi ini.
Kalau badan yang sihat sekadar digunakan untuk meningkatkan daya kekuatan hubungan badan dengan isteri tercinta, maka sekadar itulah yang akan diperolehi! Demikian, kalau ia cuma sekadar buat merasa selesa dan segar untuk melangsungkan kerja-kerja rutin harian anda, itulah sahaja hasil buat dituai di dunia!
Sesunguhnya...ramai kalangan manusia adalah yang merugikan diri sendiri.
Dakwah para nabi menghadapi pelbagai ancaman. Di antara ancaman tersebut adalah penyingkiran dari negeri tumpah darah sendiri. Nabi nabi seperti Hud, Soleh, Lut, Syuaib, Musa dan nabi Muhammad SAW adalah sebilangan contoh para nabi yang menghadapi penyingkiran ini.
Menceritakan kisah nabi Syuaib, Allah menyebutkan dalam Al-Quran bagaimana ancaman penyingkiran dari negeri tumpah darah ini ditujukan kepada nabi Allah tersebut. Firman Allah SWT:
Pemuka-pemuka dan kaum Syu'aib yang menyombongkan dan berkata: "Sesungguhnya kami akan mengusir kamu Hai Syu'aib dan orang-orang yang beriman bersamamu dari kota kami, atau kamu kembali kepada agama kami". Berkata Syu'aib: "Dan apakah (kamu akan mengusir kami), kendatipun kami tidak menyukainya?"
(Surah Al-A’raf: Ayat 88)
Penyingkiran dari negeri dalam bahasa hari ini "pelucutan kewarganegaraan".
Dengan angkuhnya, pemuka-pemuka jahiliyyah itu mengancam nabi Syuaib.
Kalau tidak mahu tunduk kepada peraturan negeri kami yang kami warisi dari nenek moyang kami, kamu tidak berhak mengaku sebagai rakyat negeri ini. Nyahlah kamu keluar dari negeri ini. Kalau tidak kami akan singkirkan kamu!
Nasib yang menimpa nabi Syuaib itu juga menimpa nabi-nabi yang lain. Mengancam untuk melucutkan kewarganeraan adalah mainan pemuka Jahiliyyah sejak zaman dahulu. Jahiliyyah pada zaman mana sekalipun mempunyai watak yang sama.
Beberapa waktu dahulu, suara-suara supaya melucutkan kewarganegaraan orang tertentu dikumandangkan berikutan sikap kederhakaannya kepada tata bernegara yang telah diletakkan. Dengan sewenangnya, seorang yang telah lahir dan menjadi rakyat negara ini diancam untuk dilucutkan kewargegaraan. Ini lah suara-suara kaum nabi Syuaib yang berkumandang sehingga ke zaman kini.
Abu Bakar bukan ceti dan Umar bukan penzina
-
Sesiapa yang banyak becakap, kalau tersalah cakap, hendaklah istighfar dan
minta ampun kepada Allah SWT. Kekadang kesilapan dalam percakapan itu
merupaka...