(Ekstrak Daurah 473)
Allah Berfirman:
Sesungguhnya kami pasti akan menolong rasul-rasul kami dan orang-orang yang beriman semasa dalam dunia dan pada hari berdirinya saksi-saksi (hari kiamat).
(Surah Ghafir: Ayat 51)
Pembela agama Allah akan diberi pertolongan oleh Allah. Benarkah? Kalau begitu, mengapa sampai nabi Zakaria dan Yahya boleh terbunuh oleh makar jahat orang-orang kafir. Mengapa Nabi Ibrahim sampai keluar meninggalkan negeri Babylon dan mengapa nabi Isa ditentang sehingga dianggap telah disalib oleh ummat Kristian? Apakah Allah SWT telah menolong mereka dan bagaimana pula pertolongan yang dimaksudkan itu?
Dalam menguraikan kemusykilan ini, Imam Ibn Jarir membawakan dua dimensi jawapan:-
Allah Berfirman:
إِنَّا لَنَنْصُرُ رُسُلَنَا وَالَّذِينَ آمَنُوا فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَيَوْمَ يَقُومُ الْأَشْهَادُ
Sesungguhnya kami pasti akan menolong rasul-rasul kami dan orang-orang yang beriman semasa dalam dunia dan pada hari berdirinya saksi-saksi (hari kiamat).
(Surah Ghafir: Ayat 51)
Pembela agama Allah akan diberi pertolongan oleh Allah. Benarkah? Kalau begitu, mengapa sampai nabi Zakaria dan Yahya boleh terbunuh oleh makar jahat orang-orang kafir. Mengapa Nabi Ibrahim sampai keluar meninggalkan negeri Babylon dan mengapa nabi Isa ditentang sehingga dianggap telah disalib oleh ummat Kristian? Apakah Allah SWT telah menolong mereka dan bagaimana pula pertolongan yang dimaksudkan itu?
Dalam menguraikan kemusykilan ini, Imam Ibn Jarir membawakan dua dimensi jawapan:-
1) Allah menyebut semua Rasul dan orang beriman ditolong oleh Allah tetapi apa yang dimaksudkan adalah sebahagian daripada mereka. Cara begini sudah masyhur dalam seni bahasa Arab. Menyebutkan Am tetapi yang dimaksudkan adalah khusus.
2) Allah memang membantu Para Rasul dan orang beriman semuanya sama ada semasa mereka hidup atau selepas mereka sudah meninggal. Nabi Zakaria dan Yahya yang telah dibunuh itu, Allah telah datang hukuman kepada penguasa yang terlibat dengan mendatangkan tentera raja Nebuchadnezzar dari Babylon merampas negeri kaum Bani Israil dan menjadikan mereka tawanan. Nabi Ibrahim ditolong oleh Allah walaupun dia terpaksa keluar meninggalkan negeri kelahirannya dengan dimusnahkan kerajaan Namrud sesudah itu. Mereka yang merencanakan pembunuhan nabi Isa, akhirnya kerajaan Rom menjajah dna menjadikan mereka hina.
Sesetengah ulama menjelaskan lagi maksud pertolongan Allah itu ialah dengan menjadikan sebutan nama Rasul dan orang yang beriman itu mulia dan disanjung di kemudian harinya. Sementara para penentang Rasul dan orang beriman akan dicela oleh generasi kemudian. Nama baik dan sanjungan itu adalah kemenangan moral yang lebih besar dari kemenangan fizikal yang sering dilihat orang.
Mengenang baris-baris pejuang Islam sepanjang zaman, kita akan melihat ramai sekali tokoh-tokoh yang terbunuh dan bagaikan dikalahkan oleh musuh-musuh Islam. Dalam sejarah moden ini, kita lihat bagaimana Imam Hasan Al-Banna terbunuh. Syed Qutub Abdul Qadir Audah serta ramai tokoh besar Ikhwan menemui pengakiran hayat ke tali gantung oleh penguasa taghut yang zalim.
Apakah mereka tidak ditolong? Apakah mereka kalah?
Kalau kematian itu ditafsirkan kalah, musuh yang membunuh mereka juga sudah mati kini. Mereka tidak terus hidup untuk merajai kezaliman mereka. Namun, matinya pahlawan agama disanjung sebagai As-Syahid sedangkan matinya pengkhianat agama dicemuh, dilupakan namanya dan ada yang digelar "laknatullah". Justeru, siapa sebenarnya yang menang?
Dalam kes terbaru yang sedang melanda Mesir, kelihatannya As-Sisi si pengkhianat memenangi permainan setakat ini dan para pejuang Ikhwan dikalahkan. Ramai yang terbunuh dan para pemimpin ditangkap. Tetapi, cerita belum tamat. Ada lanjutan yang sedang kita nantikan. Apa yang pasti. pejuang agama Allah akan ditolong. Sama ada As-Sisi akan menderita kekalahan fizik atau dia akan menanggung kekalahan moral yang pasti menantinya di belakang hari.
Allah menjanjikan kemenangan untuk orang beriman melalui pertolongannya apabila perjuangan orang beriman telah mencapai puncak kepayahan dan kesukaran sehingga jalan buntu sahaja berada di hadapan. Ketikalah biasanya pertolongan Allah datang mengembirakan perasaan orang yang beriman.
0 comments:
Post a Comment