Pemilik Blog

Pemilik Blog
Ust Kama (PerenungLangit)

TAQWIM HIJRI

Waktu Malaysia

WAKTU SOLAT

TEACHERS ONLINE

IDME E-OPERASI SPLKM HRMIS EHASIL PenyataGaji apdm NKRA(KEBERHASILAN) FROG VLE Pajsk

PDPR 2024

Blog PDPR PDPR Kedah SpKedah Hantar RPH SKSS

LAMAN ARAB

AL_QARADHAWI Al-Meshkat Islamweb Islam Online LiveIslam Soidul Fawaid Toriqul Islam Al-Islam Islamqa Multaqa Ahlul Hadis Toriqut Taubah Zadul Ma'ad Mausu'ah Al-I'jaz Al-Ilmi Nidaul Iman Lahaonline Sahab.net Al-Sunnah.com Al-Sunnah.com

PORTAL PILIHAN

AKSESORI

Facebook BOX.NET Youtube Imageshack Babylon translation Merriam Webster Online Kamus Online Bahasa Arab Online Dictionary: English-Malay Ujia Kecepatan Menaip Mediafire Rapidshare 4Shared Ziddu Slide Filehippo 2Shared 2Shared PDFChaser MIXPOD Al-Ma'ani EVERNOTE BOX.NET Photobucket Photobucket Photobucket Unit Coverter

Rujukan

KHAINATUL A'YUN- MATA YANG BERKHIANAT

August 21, 2013



عن سعد بن أبي وقّاص رضي الله عنه قال : " لما كان يوم فتح مكة اختبأ عبد الله بن سعد بن أبي سرح عند عثمان بن عفان ، فجاء به حتى أوقفه على النبي -صلى الله عليه وسلم- فقال: يا رسول الله، بايع عبد الله ، فرفع رأسه فنظر إليه ثلاثاً كل ذلك يأبى، فبايعه بعد ثلاث، ثم أقبل على أصحابه فقال: (أما كان فيكم رجل رشيد يقوم إلى هذا حيث رآني كففت يدي عن بيعته فيقتله؟) فقالوا: ما ندري يا رسول الله ما في نفسك، ألا أومأت إلينا بعينك؟، قال: (إنه لا ينبغي لنبي أن تكون له خائنة الأعين) " رواه أبو داود و البيهقي .

Saad bin Abi Waqas R.A menceritakan: Ketika hari Kota Makkah telah dibuka, Abdullah bin Sa'ad bin Abi Sarh telah lari bersembunyi di sisi Uthman bin Affan. Lantas Uthman bin Affan telah datang bertemu Rasulullah SAW bersamanya lalu dia berkata: "Wahai Rasulullah, Abdullah datang menyatakan bai'at terhadapmu". Baginda mengangkat kepalanya dan melihat ke arahnya sebanyak 3 kali dan baginda enggan dibai'ah. Lalu selepas kali ketiga, baginda pun menerima bai'ahnya. Setelah Abdullah berlalu, baginda berpaling kepada para sahabat di sekelilingnya dan bersabda: " Tidak adakah kalangan kamu semua orang yang cerdik yang dapat melihat ketika aku enggan dibai'ahkan olehnya lalu bangun membunuhnya?". Para sahabatberkata:" Kami tidak tahu apa yang ada dalam hatimu wahai Rasulullah. Kenapa Tuan tidak isyaratkan dengan kerlingan mata kepada kami?". Lantas bersabda nabi SAW: Sesungguhnya tidak patut bagi nabi untuk memiliki pandangan mata yang khianat".
(Riwayat Abu Daud dan Baihaqi)

Mata yang khianat, sesunguhnya bukan sikap ornag mulia. Ketika mulut berbicara mulia atau senyum kelihatan di bibir, pada sepasang mata kelihatan isyarat yang berlainan. Seringkali kita melihat riak sedemikian ketika berdepan dengan orang. Kekadang, kita sendiri pun bermain dengan jelingan mata khianat ini.

Nabi SAW, sebagaimana yang disebutkan dalam hadis tidak suka bermain mata dengan sahabatnya. Ketika hatinya tidak suka kepada Abdullah bin Saad bin Abi Sarh yang telah digazetkan halal darahnya bersama empat orang kafir yang lain di hari pembukaan Kota Makkah, dia menerima bai'ahnya dengan hati yang berat. Harapannya, jika pada saat dia menunjukkan keberatan menerima bai'ah itu, ada kalangan sahabat yang tampil bingkas meringkus dan membunuh Abdullah bin Sa'ad bin Abi Sarh.

Namun, sahabat baginda tidaklah secekap itu untuk membaca apa yang bersenandung dalam hati Rasulullah. Sementara Rasulullah pula tidak berlagu dua bahasa dalam satu masa. Bahasa lidah danb bahasa mata. Jika lidah berbicara mulia, maka mulialah juga bahasa mata. Jangan bicara manis sedangkan mata menngerdip berbau khianat dan perlecehan.

Dalam sejarah, Abdullah bin Saad bin Abi Sarh telah menjadi muslim yang baik dan telah mencatatkan jasa kepada Islam. Khalifah Amirul Mukminin Umar Al-Khattab pernah melantiknya menjalankan beberapa tugas semasa pemerintahannya. Beliau juga menyertai misi pembebasan Mesir yang dipimpin Amru bin Al-'As. Semasa pemerintahan Khalifah Uthman bin Affan, dia diberi tugas memimpin pasukan untuk membuka wilayah Afrika Utara. Beliau telah menamatkan hayatnya dengan catatan yang baik dan maut menjemputnya ketika beliau sedang solat Subuh.

Selain daripada pengertian mata yang khianat seperti digambarkan dalam hadis, menurut Ibn Abbas, mata yang khianat itu juga adalah merujuk kepada mata yang berpura-pura terpelihara. Ketika melihat perempuan cantik, mata itu gemar menajaminya. Namun, saat orang memperhatikannya, mata itu pun tunduk dan memelihara pandangannya. Bila merasakan tidak ada orang menyedari gelagatnya, mata itu kembali menelanjangi perempuan itu. Itulah mata yang khianat menurut tafsiran Ibn Abbas.

Allah SWT mengetahui apa yang dilihat melalui mata yang khianat dan apa yang tersembunyi dalam dada manusia!

يعلم خائنة الأعين وما تخفي الصدور

" Dia mengetahui apa yang dilihat oleh mata yang khianat dan apa yang tersembunyi dalam dada".
(Surah Ghafir: Ayat 19)

0 comments:

Post a Comment