Ada pihak yang tidak senang apabila Portfolio Hal Ehwal Islam dipegang sendiri oleh Tan Sri Khalid Ibrahim yang merupakan Menteri Besar Selangor. Portfolio itu yang sebelum ini dijawat oleh Dr. Hasan Ali selaku adun Pas tidak beralih kepada exco baru dari Pas yang dilantik iaitu Dr. Ahmad Yunus Hairi. Malah, beliau dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Tetap Adat Resam Melayu, Belia dan Sukan. Perubahan ini ditafsirkan sebagai satu penghinaan kepada Pas.
Sebenarnya, Pas itu hanya pandai menguruskan portfolio agama sahajakah? Apabila sebut mengenai Pas, yang terbayang dalam fikiran para pengkritik miskin akal dan makrifat itu ialah orang-orang yang hanya layak diberi hak menguruskan hal ehwal agama Islam yang terkepung dalam institusi agama. Kononnya mereka mahu Pas dihormati sedangkan sebaliknya mereka menghina Pas. Kalau menguruskan Belia dan sukan, apakah itu tidak sesuai dengan Pas?
Hanya manusia yang masih bergelumang najis politik sekular sahaja yang melihat Pas layak hanya diberi jawatan berkaitan keagamaan. Hakikatnya, semua porfolio itu tidak harus dilihat tidak keagamaan. Bayangkan, betapa hebatnya jika seorang exco Pas dapat menguruskan soal belia dan sukan menjuruskan kepada mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Dr. Hasan Ali sendiri mempertikaikan kelayakan Tan Sri Khalid Ibrahim untuk memegang exco agama dan menyifatkan kemusnahan akan berlaku jika orang bukan ahlinya menjawat sesuatu jawatan. Ingin dilontarkan persoalan, apakah Dr. Hasan Ali orang yang layak berbanding Tan Sri Khalid? Kata Hasan Ali, beliau orang sekular. Maka, dia bukan ustaz. Apa yang menjadikan dia rasa dirinya layak menjadi exco agama. Apa pula bezanya diri Dr. Hasan Ali dengan Tan Sri Khalid Ibrahim?
Maka, persoalan layakkah Tan Sri Khalid Ibrahim jadi exco agama sebenarnya perlu ditanya juga semasa Hasan Ali mahu mengambil jawatan tersebut dulu. Layakkah Hasan Ali yang tidak berlatarbelakangkan agama untuk menjawat exco agama. Semata-mata jadi orang Pas, apakah dia menjadi lebih istimewa berbanding Tan Sri Khalid Ibrahim yang daripada PKR?
Kalau hati sudah sakit, apa dibuat orang serba tak kena. Lebih-lebih lagi kalau tengah meratapi kehilangan jawatan. Jawatan itu hanya pinjaman. Sepatutnya bila hilang, ingatlah bahawa Allah sudah tarik balik daripadanya. Bukan menyalahkan orang sekeliling.
Laporan dan ulasan Utusan Malaysia itu janganlah diambil tauladan dan panduan. Penulis-penulis di dalamnya adalah individu yang buta makrifat. Selain otak sekular, mereka juga berhati busuk dan sentiasa mencari jalan memburukkan kerja-kerja Pas. Pas patut bangga kerana ia dipercayai untuk menguruskan belia dan sukan. Mindset pas sebagai parti pak lebai telah jauh ditinggalkan. Itulah petanda bahawa ia parti bermasa depan dan akan menjadi versatile.
Tahniah Dr. Ahmad Yunus Hairi. Kita doakan Tan Sri Khalid Ibrahim akan melakukan perkara yang lebih baik dari Dr Hasan Ali dalam bidang agama. Sebenarnya Dr. Hasan Ali bukan berjaya pun dalam menjalankan tugasnya sebagai exco agama. Setelah tidak berjawatan, baru menceritakan kesulitan menjalankan tugas itu yang mana dibimbangi Khalid Ibrahim tidak mampu melaksanakannya. Yang telah tewas adalah dia dan bukan Tan Sri Khalid Ibrahim Menteri Besar itu patut dipuji kerana meletakkan hairaki exco agama di tempat yang dominan dan terpandang. Selalunya perdana Menteri dalam kerajaan BN akan menjawat bersama kementerian kewangan, melambangkan betapa tamak dan sayangnya mereka terhadap kekayaan hasil mahsul negara. Agama dipinggirkan kepada menteri yang lekeh dan lemah. Akhirnya, rakyat melihat lekeh dan lemahlah urusan agama.
Kini, Menteri Besar sendiri memegang Exco agama. Itu menjadikan orang melihat betapa hebat dan utamanya kerja-kerja hal ehwal agama.
Begitulah sepatutnya Dr. Hasan Ali yang ada PHD berjela itu berfikir. Begitulah juga Utusan Malaysia yang berminda haprak itu merumuskan.
0 comments:
Post a Comment